BAB 1
20 DISEMBER 08/ Arsyad da freak
Hot! Panas! Melecur! Hati Arsyad mendidih. Gelegak macam sup tulang nak masak.Tadi Arsyad baru sahaja buka satu blog lucah.Arsyad tak pernah terniat pun untuk buka blog tu. Arsyad tertipu sebab tertarik dengan tajuk blog tu yang unik. Tajuknya sempoi beb. Kalau Aryad tak silap tajuk cerita tu ‘Putera Melaya’.
Adoi! Kenapa lah blogger-blogger ‘budiman’ni tak ada common sense langsung tentang perkara sensitif macam ni. Mula-mula memang niat Arsyad nak paparkan kat kau orang kandungan dalam blog tu. Arsyad dah cuba sedaya upaya nak edit bahagian yang melampau tapi Arsyad jadi geli geleman dan seram sejuk.Apa yang lebih kronik lagi,bukan Arsyad aja rasa jijik, pencipta Adobe Photoshop pun boleh muntah darah kalau disuruh edit gambar dalam blog ni. So, tanpa perlu memecahkan kepala otak, Arsyad terus padamkan karya sampah tu.Daripada Arsyad migrain mengejut sebab edit karya tu baik Arsyad cadangkan kat kau orang supaya baca blog justkhai.com. Adalah juga input-input berguna yang boleh disumbatkan dalam otak lobster atau dalam bahasa kurang up-to-date dipanggil otak udang.
Menjeling sahaja blog tu telah membuatkan semangat untuk menyumpah mencapai tahap infiniti. Kalau Arsyad tulis semua sumpah seranah dalam buku gerenti 50 buah lori sampah pun belum cukup untuk angkut buku-buku ni. Memandangkan Arsyad ini bukan mak si Tenggang yang sumpahnya boleh bertukar menjadi realiti, baik Arsyad ambil keputusan untuk diam aja.Sumpahan Arsyad tak membuahkan apa-apa selain daripada membazirkan air liur sahaja. Arsyad ni dah lah termasuk dalam kategori yang rela tersedu 1.5 juta kali daripada terpaksa minum air. Silap haribulan sebelum siap melafazkan semua sumpah seranah yang berlumut dalam otak Arsyad, Arsyad dah jadi mayat kering sebab ketiadaan air dalam badan.
Oh,ya, Arsyad terlupa pula untuk memperkenalkan watak utama dalam cerita ni.Macam dalam novel-novel yang ada kat pasaran,watak utama dalam cerita ni pun tak boleh dinafikan tahap kehensemannya.Buat pengetahuan pembaca yang dicintai, watak utama cerita ni ialah Arsyadul Zaffir.Jangan perasan iya bang.Tu nama Arsyad.Tak sangka lah pula dalam banyak-banyak orang yang tak hensem, Arsyad yang macho dipilih jadi watak utama. Ajaib betul!
Buat pengetahuan saudara sekalian, Arsyad si hero dalam cerita ini.Diulang sekali lagi, Arsyad si hero dalam cerita ini paling anti semua jenis bahan lucah samada bertulis,bergambar ataupun bervideo clip. Kalau diikutkan hati, Arsyad nak pergi ke tanah perkuburan, gali lubang dalam-dalam. Kemudian, Arsyad nak tanam semua buku lucah,handset yang ada SMS lucah,Vcd,Dvd,laptop acer, pelakon dan tuan director serta semua yang tersangkut dan terpaut dengan kejadah lucah tu.Erm, tak kecuali dengan Arsyad-fans-club yang suka mengungkapkan istilah lucah.Arsyad bukan nak bagi tazkirah. Tapi, daripada sebut kalimah-kalimah tak ada akhlak tu baiklah kau orang berzikir. Dapat juga pahala percuma.
Memang sejak dahulu lagi lagi Arsyad benci bahan-bahan macam ni Pendek kata, kebencian Arsyad pada gejala itu terlampau mendalam hinggakan jika disukat mampu mengatasi diameter perut ayahanda Ramly, pengetua sekolah menengah Arsyad yang dulu.Atas dasar kebencian inilah Arsyad berusaha sedaya upaya menangkis segala atom negatif daripada menghantui diri Arsyad. Bagi Arsyad,cinta suci pada kehidupan dan insan tak memerlukan satu pun not lucah untuk mengharmonikan irama cinta itu.Tapi, sekuat mana pun kita merancang dan membenci, kita tetap tak mampu melawan suratan takdir.
Arsyad tak pernah sangka isu lucah ni akan menjadi masalah yang mampu menggoncang kebahagian hidup Arsyad suatu hari nanti.Mana tak nya, dua orang perempuan waras yang Arsyad paling sayang kat muka bumi ni terlibat dalam masalah kurang waras ni.Sebab benda jijik ni berlaku pada perempuan-perempuan inilah kebencian Arsyad pada kejadah lucah meningkat 90 juta kali ganda. Maka, dengan ini saya Yang Mulia Dr. Dato Haji Arsyadul Zaffir mengharamkan cucu cicit cacat saya daripada mengenali gejala tak cukup vitamin ni. Iya lah..Bak kata cekgu Bm waktu Arsyad sekolah dulu, ‘tak kenal maka tak cinta’.So kita aplikasikan ayat Cekgu Bm Arsyad yang hot ni untuk saling berjanji tak kan gatal hati cuba-cuba mengenal dan memegang vcd lucah supaya kita tak jatuh cinta dengan dunia bergelumang dosa.Hidup cekgu Bm! Ish, kalau cekgu Bm Arsyad baca apa yang Arsyad sedang tulis gerenti sekarang juga dia pergi pinang Arsyad.
Uishhhh.. panjanglah pula Arsyad ni promote kempen Anti Lucah. Maklumlah, Arsyad kan terlebih prihatin pasal hal ehwal makhluk bumi.Sebelum Arsyad terlanjur mengarut,izinkan Arsyad buat satu pengakuan. Sebenarnya..Arsyad tipu kau orang. Kah! Kah! Kah! Rasa tertipu tak?Arsyad tak prihatin. Lebih bermanfaat Arsyad kira bulu ketiak daripada membazir masa sibuk pasal kau orang.Semua ni sebab Arsyad tengah bosan tahap dewa. Maklumlah Arsyad kan baru merdeka dari penjara SPM atau pun nama panjangnya SOALAN PEMBUNUH MINDA. Nasib baik tak cacat otak Arsyad jawab soalan puaka tu.Iya lah Arsyad perah otak Arsyad sampai otak pon jadi kering macam poket Encik Zulkifli bila tiba hujung bulan. Tapi, siapa Encik Zulkifli tu??
Mujurlah musim SPM nie sebulan aja Kalau setahun, confirm Arsyad kena angin ahmar.Lepas tu gerenti otak Arsyad lumpuh. Bila otak lumpuh, gelap lah masa depan Arsyad. Dengan itu, tak ada orang yang sudi kahwin dengan Arsyad. Maka, keturunan Arsyad tak akan wujud di dunia ini pada tahun 2100.Melampau betul lah Arsyad ni. Atas dasar tak boleh jawab soalan fizik waktu SPM Arsyad terus salahkan SPM 100%. Sebenarnya peperiksaan SPM tu bagus. Ini lah masa paling sesuai untuk kita menilai tahap kemampuan kita.Tapi, masa jahiliah dulu Arsyad tak pernah sedar pasal kepentingan SPM.Arsyad ni memang malas belajar masa sekolah dulu.Bagi Arsyad, korek hidung lagi penting daripada tumpukan perhatian masa cekgu mengajar.Erm, tapi.. korek hidung memang penting pun. Kalau tak korek ‘benda tu’ nanti boleh mencemarkan wajah macho dan cun kita. Silap hari bulan, mati sebab sesak nafas. Tak ker tragic kalau mati sebelum dapat kawin tiga (Arsyad pinjam ayat jiran Arsyad yang baru meninggal semalam selepas kahwin empat minggu lepas)
Sebenarnya Arsyad ada sebab kenapa Arsyad malas belajar. Bagi Arsyad belajar tu sangat membosankan. Lagipun, sejarah dunia telah membuktikan bahawa trend belajar bersungguh-sungguh memang tak pernah wujud dalam diri remaja gothic dan emo macam Arsyad. Untuk Ripin si budak nerd kat sekolah Arsyad yang tak pernah korek hidung waktu cekgu mengajar barulah sesuai.Dia perlu tumpukan perhatian 90%. Manakala baki 10% lagi diperuntukkan untuk minum air dan bernafas. Jadi, Ripin mana ada masa untuk korek hidung.Tapi, kepanjangan bulu hidung mungkin merupakan faktor sebenar Ripin ni tak mahu korek hidung.Mana tak nya, bulu hidung Ripin lebih panjang daripada koleksi semak samun belakang rumah Arsyad yang papa kumpul untuk jadikan sebagai salah satu hutan simpanan kat Malaysia. Sekali tengok, gumpalan bulu hidung Ripin saling tak tumpah macam hutan Amazon. Ripin! Jangan marah! Aku dah tolong popularkan nama engkau.
Erm, Alangkah bagusnya kalau ada subjek ‘love is cinta’ kat sekolah. Gerenti Arsyad dapat markah tertinggi dalam sejarah sekolah menengah.Ala,antara faktor Arsyad tak jadi pelajar paling top pun sebab menteri pendidikan degil tak nak wujudkan subjek cinta.. Bagi sesiapa yang minat cintan cintun undi lah Arsyad jadi menteri pendidikan. Hidup Arsyad!Sekarang kau orang semua dah dapat gambaran ringkas tentang diri Arsyad. Balik kampung nanti, kau orang pinjam cangkul atuk ,kemudian gali dan tanam dalam otak kau orang yang watak utama dalam cerita ini bukan sahaja benci kejadah lucah malah,berhasrat nak jadi menteri pendidikan. Ops..Arsyad ni mengarut sampai lupa pula nak cerita pasal diri Arsyad dan makhluk yang terlibat dalam hidup Arsyad. Memandangkan ‘malas’ tu nama kedua Arsyad, so Arsyad kena cerita pasal keluarga Arsyad lain kali lah..Selamat tinggal.Arsyad nak pergi beli majalah playboy jap..hehe..gurau aja..jangan maraaaaa kalau tak nak kena jual kat pasar malam.
******************************************************************************
25 DISEMBER 08/BoOduck lekoR tOwn
Arsyad lahir kat Lekor Town. Lekor Town ni tak pernah ada pusat membeli belah kerana tiap- tiap hari bangunan kat Lekor Town runtuh impak bebelan mama yang maha dasyat.Dia lah pemerintah kuku besi dalam rumah Arsyad. Rakyat jelata seperti Arsyad dan papa gerun woo dengan mama.Mama ni memang kuasa dia terlampau hebat dan amat sukar ditangkis. Sekali mama bersin, 40 ekor nyamuk dan 10 ekor lalat boleh mati syahid. Tu baru bersin, kalau mama nyanyi lu fikir lah sendiri.
Untuk membuktikan lagi ke-power-an mama, izinkan Arsyad menyingkap kejadian sepuluh tahun lepas.Waktu tu hujan renyai-renyai sebab katak puru dan katak pisang baru lepas rap kot.Pada hari tu papa menggaru lebih banyak daripada hari lain.Selepas menggaru setengah jam, papa pun memulakan cubaan berani mati.
Dengan suara perlahan macam orang kentut dalam selimut waktu malam pertama, papa pun memulakan komunikasi “ayang..er..Apa kata kalau malam esok kita tukar menu makan malam.Bie dah bosan lah makan nasi berlaukkan telur dadar tiap-tiap hari.Kalau ayang tak larat nak masak, kita suruh bibik lah yang handle makan malam kita.Tak pun kita dinner kat luar aja…”
Arsyad pun sibuk juga nak menyampuk. “Ia lah mama.Dah lah telur dadar tu hancur,hangus,hangit, melekat kat kuali.Acap pun kadang-kadang rela mati kebuluran daripada makan telur dadar tu”. Buat pengetahuan kau orang komen berapi tadi tak sempat dilafazkan dimulut, hanya terlekat dalam hati aja.
Papa telan air liur.Kalau Arsyad tak silap 4 kali kot.Papa bersuara lagi, “ayang?”
Mama dengan brutalnya bangkit dari kerusi dan berjalan masuk ke bilik.Kemudian, mama hempas pintu dengan kuat sampai terbelah dua meja makan.Esoknya, sebelum Arsyad pergi sekolah Arsyad nampak ada telur dinosaur 4biji atas dahi papa.Papa cakap dia kena gigit nyamuk gergasi.Disingkatkan cerita, 1 bulan mama haramkan makan malam. Mama cakap tak baik untuk penghadaman kalau selalu makan malam.Siapa ingkar arahan mama akan dicampak ke ambang maut.Walaupun sepuluh tahun berlalu semejak tragedi tu, papa mesti demam panas kalau tengok telur dadar.
Arsyad tak nak cerita panjang-panjang pasal kebrutalan mama sebab kalau mama tahu nanti dia potong duit poket Arsyad.Lebih baik Arsyad cerita pasal papa.Tagline papa Arsyad ialah cool. Tersalah hisap rokok 5 batang waktu bulan puasa tahun lepas pun papa masih boleh berlagak cool. Tapi,sifat cool papa ni confirm bertukar jadi cOld and freeze kalau Arsyad laporkan pada pengamuk no. 1 dalam dunia a.k.a MAMA..silap haribulan kami raya pakai pinggan dan cawan plastik lah.Iya lah. Semua pinggan dah pecah sebab aura getaran suara amukan mama.Kecemasan! Mama dah jeling maut kat kita. Jom kita cakap topik yang tak ada kaitan dengan mama.
Kalau Arsyad tak silap, papa Arsyad ni gabenor Bank Malaysia kot.Hehe..Kenapa Arsyad cakap macam tu? Sebab Arsyad tahu papa banyak duit. Memandangkan duit papa banyak, Arsyad pun selalulah duit yang banyak dengan papa. Papa tak banyak cakap. Dia kasi aja duit. Tapi, kalau mama yang memang banyak cakap tu tahu, lubang telinga Arsyad boleh jadi besar macam lubang jamban. Aura woo suara mama.
Arsyad ni anak tunggal dalam keluarga Arsyad. Sebab itu lah mama dan papa sayang bangat sama Arsyad.Arsyad, papa,mama..er..macam terlupa sesuatu aja..Alamak! lupa lah! Arsyad ada seorang akak angkat.Arsyad panggil dia Along.Along ni mengada.Kalau Arsyad cakap Along terlampau mengada pun tak apa.Buat pengetahuan kau orang Along telah berjaya menduduki tempat pertama dalam senarai nama orang yang WAJIB dibenci. Tahniah kepada Along atas pencapaian yang membanggakan.
Pssssstt.. Kau orang nak tahu kenapa kita wajib benci Along? Along wajib dibenci sebab dia ni full of gedikness and rich of ke-poyo-an. Macam perempuan gedik yang lain, Along akan menjerit dengan suka rela kalau tengok lelaki macho. Lepas tu, dengan spontan dia akan terlompat-lompat macam kangaroo main tali skipping. Selain tu, Along ni turut mendaftar diri dalam pertubuhan NGO. Pertubuhan yang Arsyad maksudkan ialah, pertubuhan makhluk yang tak pandai menghargai makanan. Arsyad pun tak paham kenapa Along ni suka sangat tahan lapar.Dalam kepala dia penuh perkataan ‘diet’ aja. Apa yang peliknya, cik along ni suka makan kek. Baru makan 1sudu kek, dia terus timbang berat badan.Lepas tu, mula lah dia bersungut yang dia dah gemuk.Semalam, dia paksa papa suruh belikan dia pil pelangsing. Memang tak dapat dinafikan Along memang gemuk kalau dibandingkan saiz dia dengan saiz lidi.Tapi, itu tak bermakna Along gemuk.Bagi Arsyad, badan cap sotong kering macam dia tak perlukan pil pelangsing.Nasib baik otak papa bergeliga. Papa, isi pil Appeton dalam botol ubat pelangsing.Haha..padan muka Along. Kalau ceritakan semua cacat cela Along, 130 muka surat pun belum tentu cukup. Memandangkan sesi mengumpat adalah salah disisi agama, elok kita tamatkan sesi ini dengan segera.
Tak dapat dinafikan jantina Along merupakan faktor sebenar Arsyad benci along.Bagi Arsyad perempuan adalah raksasa paling buruk dan beruk(soriiiiiiiiiii mama..sakittttttttttt..jgn tarik telinga Acap.Ok..Acap tak kutuk perempuan). Erm..line dah clear. Jom kutuk perempuan lagi. Arsyad ada sebab kenapa Arsyad tak suka perempuan.Sebabnya hanya satu: Arsyad rasa menyampah sebab tak ada perempuan yang berani tolak cinta Arsyad.Semuanya sanggup bunuh-membunuh semata-mata nak jadi teman wanita Arsyad.Ada yang sanggup tembak-menembak, racun kawan baik dan paksa James Bond cipta strategi untuk culik Arsyad(isyh..macam tak logik aja cerita ni..ermm..hentam aja lah ) Sebab itu lah Arsyad takut memiliki teman wanita. Arsyad tak sanggup tengok nyawa tak berdosa terkoban semata-mata nak dapatkan Arsyad yang sangat kacak ni.
Korang mesti fikir Arsyad tak nak bercinta seumur hidup. Arsyad bukan tak nak bercinta.Kadang-kadang terdetik juga dalam hati Arsyad untuk menamatkan title single yang bermaharajalela semenjak Arsyad dalam kandungan papa..ops..silap..dalam kandungan mama.Sebab itulah sekarang ini Arsyad berusaha mencari perempuan yang tak buta dan tak gedik macam Along.Yang biji mata dia boleh melihat tahap kehenseman dan kemurnian hati Arsyad. Arsyad tak kisah kalau kau orang anggap personaliti Arsyad ni pelik(macam tak syok aja guna perkataan ‘pelik’..) Personaliti Arsyad ni unik, istimewa, menonjol..(erm..baru lah syok ) Iya lah, suka cerita cintan-cintun tapi tak suka perempuan dan tak pernah bercinta.Cuma..Oittt.. Jangan fikir benda lain. Ini Arsyad, lelaki paling tulen dalam abad ke-21. Hal pondan dan gay Arsyad tak nak sentuh lagi.Maklumlah Arsyad ni budak bawah umur yang terlampau baik dan suci. Kalau kau orang solat hajat, jangan lupa doa supaya Arsyad dapat teman hidup yang sempurna mental dan fizikal. Amin..
******************************************************************************27 DISEMBER O9/ Arsyad period???
Hari ni Arsyad rasa macam nak pecah perut. Dah macam-macam Arsyad buat tapi tak hilang juga rasa sakit perut ni.Nak cakap Arsyad mengandung, perut Arsyad kempis aja. Confirm tak ada baby.Ayo! Lupa pula! Dalam IC Arsyad ada penggunaan perkataan ‘bin’. Ini bermakna Arsyad ni lelaki.Subjek Biologi telah membuktikan lelaki sama sekali tidak boleh mengandung. Buat anak orang mengandung boleh lah. Amboi..lasernya mulut. Tak sabar nak kena hempap dengan para ibu mengandung lah tu.
Oleh sebab perut Arsyad terlampau sakit, Arsyad pun baring. Penat baring, Arsyad melentang. Tapi, rasa sakit ni tetap tak nak hilang. Akhir sekali Arsyad ambil keputusan untuk kentut kuat-kuat sampai pecah hiasan kristal mama.Nasib baik mama tak tahu. Kalau tak satu dunia rentung dibakar haba amarah mama.
Mood Arsyad pula tak menentu. Asyik nak marah aja. Arsyad ni kalau nak marah mesti baling barang sesuka hati Arsyad aja. Kesian kat remote control. Habis kemek. Iya lah.. Arsyad baling remote control atas kepala adik. Ala.. adik tu kalau baling TV LED 32 inci pun boleh hancur lumat TV tu. Kepala adik keras macam tembaga. Tapi, Arsyad tak berani lah nak baling tv tu. Nanti, bukan adik aja kejar Arsyad macam orang gila, mama pun kejar Arsyad macam gorilla sawan. Ishh..arwah awal lah Arsyad jawabnya.
Sakit perut Arsyad pun dah makin kritikal. Mama selalu juga sakit perut macam Arsyad. Kalau Arsyad tak silap, adalah 2,3 hari sebulan. Tapi, tu penyakit perempuan. Arsyad ni lelaki sejati. Mustahil Arsyad period macam mama. Adoiiiii! Sakitnya perut. Isyhh.. entah racun apa yang Arsyad telan pagi tadi. Setahu Arsyad, Arsyad makan makanan halal aja. Tiada yang lebih halal daripada makanan yang masuk dalam mulut Arsyad. Bismillah pun Arsyad tak lupa baca.Arsyad fikir lama-lama sampai kepala Arsyad pening. Rambut rebonding Arsyad pun boleh jadi kerinting macam bulu biri-biri kalau Arsyad fikir lama macam ni.
Oleh sebab perut Arsyad terlampau sakit macam kena cucuk dengan 1000 jarum berbisa, Arsyad pun sapu lah minyak gamat kat perut. Yuck.. busuk betol bau minyak gamat ni. Ini tak boleh jadi. Arsyad boleh kena penyakit barah hidung kalau hidu bau gamat ni 10 minit lagi.Tanpa membuang masa,Arsyad berlari masuk ke dalam bilik paling hujung kat rumah Arsyad. Arsyad ambil minyak atas meja solek dan Arsyad terus sapukan minyak tu kat perut Arsyad yang super duper flat ni(kawan-kawan.. jangan sekali berbangga walaupun kita mempunyai perut yang flat. Riak tu termasuk dalam kategori dosa besar).
Buat pengetahuan kau orang minyak yang Arsyad sapu sebentar tadi ialah minyak wangi orang gaji Arsyad. Minyak wangi tu diimport dari Indonesia. Wangi lah juga. Bau macam minyak wangi Dunhill..Kau orang janganlah kutuk Arsyad. Minyak wangi bibik aja yang Arsyad berani pinjam. Tak kan lah kau orang nak suruh Arsyad guna minyak wangi mama yang wangi gila tu. Kau orang dah tak sabar-sabar nak suruh Arsyad mati syahid ek.
Selang 15 minit lepas tu, sakit perut Arsyad pun hilang serta-merta. Alamak! kenapa lah berkesan sangat minyak wangi bibik Indon ni? Arsyad rasa macam nak sakit kepala lah pula. Migrain! Migrain! Arsyad nampak semua benda jadi kabur..Bwekkkkkkk..er.. tak jadi lah nak muntah.. Sayang woO. Arsyad baru makan kat Nando’s tadi. Arsyad pun dah tak ada idea nak sakit apa pula lepas ni.
Oleh sebab fikiran Arsyad dah buntu,Arsyad paksa Along bergolek atas badan Arsyad yang ramping ni(diulang sekali lagi, sifat riak adalah antara sifat yang mengundang dosa besar). Adik yang langsung tak ramping dan badan macam tong gas pun apa lagi. Terus dia ambil kesempatan untuk bergolek atas badan Arsyad 5378 kali. Azab yang Arsyad rasa bila adik bergolek terlampau dasyat untuk diletakkan dalam novel ini. Maklumlah aksi ganas hanya untuk 18SG sahaja.Arsyad sendiri pun tak tahu macammana nak cerita keadaan Arsyad lepas tu. Yang Arsyad pasti, gerenti Arsyad cacat seumur hidup lepas ni.
Ding dong! Mama dah balik kerja rupanya. Arsyad pun apa lagi, terus merangkak ke muka pintu. Iya lah Arsyad dah tak mampu untuk berdiri. Tulang Arsyad dah hancur remuk. Kalau tak hancur mesti patah tahap kronik. Baru aja Arsyad nak bersuara, mama pun tanya samada Arsyad dah siap kemas barang ataupun tidak.. Tulang-tulang yang tadinya patah, terus bercantum. Eleh, macam lah Arsyad baru sudah minum satu gelas susu Anlene. Kemudian, secara automatik Arsyad jerit sekuat hati. Tak naaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaak! Tolong! Mama nak hantar Arsyad pergi PLKN esok.
Kalau kau orang nak tahu,ini lah penyakit sebenar Arsyad : penyakit takut nak pergi PLKN. Isyhh.Nak buat apa pergi PLKN. Tak ada apa yang menyeronokkan kat sana.Nanti kulit Arsyad yang putih gebu nie mesti jadi hitam macam warna eye shadow mama. Oksigen! Mana oksigen ni pergi?? Oksigen!!Arsyad yang tak pernah kena asma ni, tiba-tiba rasa sesak nafas. Pandangan Arsyad jadi kelam. Dan, buat sekian kalinya, Arsyad pengsan sambil peluk erat kaki bibik. Hek eleh.. konon-konon tak sampai hati nak tinggal bibik Indon lah tu….
BAB DUA
3 JANUARI 09 / PLKN
Hai..Kau orang semua terlampau rindu kat Arsyad ya? Sejuk hati Arsyad bila Arsyad tahu kau orang rindu kat Arsyad. Arsyad pun rindu kat korang juga.Arsyad rasa seronok berada di sini. Pemandangan indah dan mempersonakan, memukau setiap mata yang memandang. Arsyad dapat ramai kawan kat sini. Semua perempuan samada panjang atau pendek, gemuk atau kurus, tua atau muda, alien ataupun tidak berebut nak jadi teman wanita Arsyad. Tempat tidur pun selesa. Katil empuk. Tambahan lagi, dalam bilik ada 3 air-conditioner yang berfungsi dengan baik. Bila berada dalam bilik, Arsyad rasa saling tak tumpah macam berada kat kutub utara. Nasib baik selimut dia tebal dan selesa. Makanan kat sini pun lazat dan berkrim, lamb chop kegemaran Arsyad pun ada kat sini.
Walaupun Arsyad tak bawa ridsect, Arsyad tak pernah kena gigit nyamuk.Kelibat nyamuk pun tak nampak kat sini. Hanya rama-rama dan burung merpati aja yang ada. Rama-rama dan burung merpati tu pula jinak dan suka hinggap atas bahu Arsyad.Air kat sini jernih sangat-sangat. Bila bangun pagi Arsyad tak sabar nak mandi. Kalau boleh, Arsyad nak stay kat PLKN sampai mayat Arsyad reput. Arsyad sayang,suka,kasih, cinta dan love PLKN.
Buat pengetahuan kau orang apa yang Arsyad cakap sebentar tadi ternyata palsu semata-mata. Ceh! Tak sama pun macam iklan dalam tv. Perkara yang berlaku semuanya bertentangan dengan apa yang Aryad tulis. Walaupun Arsyad tak ada teman wanita untuk kirim sms, tapi itu tak bermakna Arsyad tak perlukan handphone. Walaupun kat sini tak ada coverage, nak guna 3G pun tak boleh, tapi janganlah ambil handphone Arsyad. Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu jer Arsyad boleh guna handphone Sony Ericson C903 Arsyad tu. Arsyad ni bukan apa. Arsyad mana boleh tidur malam kalau tak tengok image bibik dalam handphone. Tapi, ini bukanlah bermakna wajah bibik tu cun. Sebenarnya, kalau hantu tengok muka bibik, hantu pun boleh tunduk hormat kat bibik. Silap haribulan, warga hantu lantik bibik jadi ketua mereka. Bila Arsyad tengok gambar bibik, Arsyad mesti rasa gerun. Bila rasa gerun, mata Arsyad pun mesti tertutup rapat sampai pagi esok. Memandangkan bibik bukannya watak utama dalam novel ini, jom kita berhenti kutuk bibik. Kalau kita tak berhenti sekarang, makin bertambahlah dosa Arsyad kena tanggung kat akhirat nanti.
Dekat PLKN ni, bekalan air untuk mandi selalu terputus.. Saat yang paling dasyat dan mencemaskan adalah saat Arsyad kena mandi air warna hijau pucuk pisang. Semenjak Arsyad menetap kat PLKN ni Arsyad terpaksa mandi air yang saling tak tumpah macam warna hingus Along tu sebanyak 6 kali.Jumlah tu pun dah kira minimum sebab sepanjang Arsyad menetap kat sini Arsyad tak pernah mandi pagi
Tapi, kalau ada orang tapis air tu sampai jadi jernih pun belum tentu Arsyad mandi pagi. Mana sempat! Pukul 6.30 pagi dan kena berkumpul untuk jogging. Isyhh, patutlah orang cakap PLKN ni PROGRAM LATIHAN KE NERAKA. Pukul 9 pagi pula,Arsyad kena masuk kelas Character building(CB).. Kelas ni berfungsi untuk bina akhlak mulia dan bentuk sahsiah diri. Apa? Arsyad nie belum cukup mulia lagi ke? Mulia lah kot. Seingat Arsyad, Arsyad tak pernah pun tertinggal solat sunat.Cuma solat wajib kadang-kadang terlupa.
Dalam kelas CB ni tak ada perempuan cun. Maklumlah rona kulit semua perempuan dah jadi putih macam Negro sebab tiap-tiap hari kena kawad tengah panas. Jap, antara himpunan Negro yang hangit ni, ada seorang puteri salji yang harum. Nama sang puteri salji yang Arsyad maksudkan ialah Isya.Isya merupakan lambang keistimewaan dan kesempurnaan. Arsyad sangat kagum pada Isya.Dia bukan sahaja mampu bagi tumpuan dalam kelas CB yang membosankan tu, malah dia selalu jadi tumpuan dalam kelas CB.Isya berkeyakinan tinggi. Dia memiliki ciri-ciri utama untuk jadi seorang pemimpin. Kalau semua orang mempunyai ciri-ciri yang ada dalam diri Isya sudah pasti matlamat kerajaan ketika merealisasikan PLKN tercapai.
Kau orang semua jangan salah anggap pula.Tujuan sebenar Arsyad letak nama Isya bukan sebab Arsyad nak promote dia jadi kekasih kau orang. Mati hidup balik pun belum tentu Arsyad bagi. Kalau kau orang nak memiliki Isya juga korang kena langkah mayat bibik dulu. Tapi benda tu tak mungkin berlaku sebab bibik nie terlebih sihat. Bukan aja kencing manis tak ada, bibik mengidap kencing masin pun Arsyad tak pernah dengar Aik! Kenapa Arsyad selalu sebut nama bibik??? Pembaca sekalian, tolong jangan konfius. Umur bibik terlebih expired untuk jadi heroin dalam cerita ni. Heroin dalam cerita ni ialah ISYA.
Isya ni berkaliber beb. Arsyad tengok dia sepontan aja bagi ucapan atas stage waktu perhimpunan pertama semua kelas CB . Ucapan dia pula berapi macam ayam kfc hot and spicy..erm..slurppppp..nak makan kfc..nak kfc..nak kfc,,nak kfc…ayam kat sini terlampau power untuk dimakan. Bukan aja gigi boleh patah kalau gigit, kelas CB pun confirm hancur lebur kalau baling ayam goreng spesel nie kat dinding..Isyh, melalut pasal ayam lah pula.
Isya ni memang lain daripada yang lain.Dia nie comel tapi muka dia serius 24jam. Arsyad tak pernah pun tengok Isya senyum. Kali pertama Arsyad tengok dia senyum masa dia dapat anugerah penyajak terbaik waktu minggu bahasa dan kebudayaan..Tapi, tu pun senyum tak ikhlas.Kenapa Arsyad cakap senyum Isya macam tak ikhlas? Sebab senyuman dia masa tu serupa macam senyuman milik pembunuh bersiri dalam cerita Detective Conan.Pada pandangan Arsyad kalau Isya senyum bukan aja manusia akan minat kat Isya, lembu, itik, ayam dan lipas pun pasti angaukan dia.Arsyad selalu berangan dapat tengok Isya ketawa. Akhirnya, cita-cita Arsyad jadi realiti.
Waktu tu group Arsyad kena main jambatan goyang-goyang dan ketam jalan senget-senget.. Bunyi macam pelik aja kan permainan ni. Arsyad pun pelik kenapa aktiviti kelas CB nie serupa macam apa yang Arsyad belajar masa taska dulu.Sebenarnya jambatan goyang-goyang ni tarian goyang-goyang yang memupuk sikap berani dan yakin pada diri sendiri. Manakala ‘ketam jalan senget-senget’ pula nyanyian yang mempunyai pengajaran tersirat yang bernilai.Nyanyian ini mengajar kita agar tidak mudah putus asa.Dalam aktiviti jambatan goyang-goyang kita kena goyangkan badan. Semua orang malu nak lenggokkan badan. Isya aja yang bersemangat. Waktu tu Isya bukan aja senyum tapi gelak macam orang gila. Kalau dengar malam-malam Arsyad boleh tertukar Isya dengan cik Pon.Hoi!Bukan pondan lah sengaaaaaaaaaaal.
Cik Pon tu sebenarnya Pontianak lah.Syhhh..Arsyad rasa seram lah pula.Meremang semua bulu roma Arsyad..Ehhh…Bulu ketiak pun meremang juga..bibik..Ooo bibik..Arsyad takut..waaaaaaaaaa…nak bibik..dah lah malam ni blackout.Arsyad berani berjaga tengah malam pun sebab ada kawan sudi teman Arsyad. Tapi, baru aja temankan Arsyad 3 minit dia dah tergolek tidur.
Erm, sebut pasal kawan, Arsyad teringat kat Isya. Mesti Isya tengah tenangkan semua budak perempuan gedik yang tak boleh tidur sebab takut hantu muncul masa blackout. Teringat aja pasal Isya buat hati Arsyad rasa resah gelisah.Arsyad rasa Arsyad dah jatuh cinta pada dia Arsyad yakin Isya ni lah perempuan yang Arsyad cari selama ni. Arsyad perlukan perempuan berkepimpinan untuk didik Arsyad..Dan, Isya aja yang layak digelar berkaliber. Bukan tak ada orang yang berkaliber selain daripada Isya. Sebenarnya ramai lagi calon-calon lain. Jurulatih PLKN, cekgu Roy pun berkaliber juga. Tapi, dia tu lelaki. Tak kan Arsyad nak jadikan insan yang bernama lelaki pula menjadi pasangan hidup Arsyad.Huishhh..terlajak berfikiran jauh lah pula Arsyad ni.
Sebenarnya Arsyad bukan suka Isya sebab dia berkaliber aja. Arsyad suka dia sebab dia sempurna.Dia terlalu sempuna pada sudut pandangan kacamata Arsyad. Dah lah Isya ni cantik, bijak dan petah bercakap pula tu. Susuk tubuh Isya pula menggiurkan. Oleh sebab itu Arsyad rasa tak keterlaluan Arsyad cakap semua perempuan kat PLKN nie termasuk makcik dobi kagum dengan kesempurnaan Isya.Kalaulah Arsyad dapat jadi teman lelaki Isya ,sekarang juga Arsyad bawa Isya terbang hingga ke galaksi bima sakti.
Walaupun Isya disukai oleh semua hidupan bernyawa kat PLKN nie, ada juga orang yang tak berhati perut cuba sebarkan khabar angin pasal Isya.Arsyad dengar ada desas-desus daripada sumber yang tidak boleh dipercayai yang Isya ni tak berminat pada lelaki. Arsyad tak hiraukan berita palsu tu. Bagi Arsyad it hanya fitnah untuk menghalang Arsyad dan Isya daripada hidup bahagia bersama..cheeewaaahh.
Sekarang Arsyad dah fikir masak-masak. Sudah sampai masa untuk Arsyad bertidak. Esok, Arsyad bertekad untuk bersembang dengan Isya. Arsyad bersumpah atas nama cinta yang satu hari nanti Melisya binti Dato’ Taufiq akan jatuh ke pangkuan teruna idaman satu Malaysia. Ermmmm..tiba-tiba mata Arsyad rasa berat.Arsyad tidur dulu ek..Esok kena jogging lagi..Isykhh..tiap-tiap pagi kena jogging.Diorang ni tak tahu ke yang waktu pagi merupakan waktu paling syok tidur. Kalau nak hidup sihat bukan kena jogging aja. Dapatkan tidur yang cukup pun penting juga..huhhh.. boringnyaaaaaaaaaaaaaaaaaa..chow
******************************************************************************30JANUARI O9/ ISYA
Arsyad dah lama tak upgrade novel Arsyad. Maklum lah Arsyad terlampau sibuk menjalani aktiviti kat sini. Tapi, Arsyad dah mula rasa PLKN ni kadang-kadang menyeronokkan. Sekarang ni kelas CB dah tamat. Kelas CB 2 pula yang menyusul..Adoi.. Arsyad berdoa pagi, petang, malam dan juga subuh supaya tak diwujudkan kelas CB 3. Arsyad rela belajar 5tahun kat taska daripada dipaksa ke kelas CB sebulan lagi. Kelas CB tak mencabarlah.
Tapi, kelas CB bukan masalah besar pun bagi Arsyad. Masalah paling besar ialah waktu petang. Arsyad tak pandai kawad dan Arsyad paling benci kawad. Susah gila nak kawad. Bila kawad Arsyad selalu pijak kaki orang depan. Oleh sebab semua orang tak sanggup kena pijak kaki dengan Arsyad, diorang letak Arsyad kat posisi paling depan. Dah lah Arsyad ni kawad macam robot. Semua minah yang gelap macam kek coklat hangus pun tergelak besar bila tengok gaya kawad Arsyad yang unik.Hek eleh. Tak ada kerja lain ke? Ada ke patut gelak kat orang kurang upaya macam Arsyad. Mungkin orang yang gelakkan Arsyad rasa diri dia sempurna sebab warna kulit saling tak tumpah macam kek chocolate indulgence secret recipe kot. Memandangkan diorang buat Arsyad rasa lagi bengang daripada Akim AF7, Arsyad tak ada mood nak cakap pasal diorang lagi. Baik Arsyad cakap pasal aktiviti yang Arsyad lalui kat PLKN.
Satu hari tu, kitorang nak pergi masuk hutan sebab nak belajar guna kompas.Dalam perjalanan nak pergi hutan tu, kitorang kena kawad. Tengah-tengah syok kawad tiba-tiba Arsyad dengar suara sorang perempuan. Tu suara Isya. Arsyad rasa bangga gila sebab Isya pilih Arsyad untuk ditegur. Mungkin sebab Arsyad yang paling menyerlah dalam team kawad Arsyad..Ops, lupa nak cakap..Arsyad dan Isya ni satu team. Kitorang team Alpha.Kalau Arsyad bergabung dengan Isya tentu team kitorang menang tahun ni.Korang mesti nak tahu apa Isya cakap kat Arsyad kan.sampai sekarang suara lemak merdu Isya masih terngiang-ngiang kat telinga Arsyad. Isyy..kalau Arsyad bagi tahu korang, korang jangan anggap Arsyad ni show off pula. ..erm.. malu lah pula nak cakap..ishhh..tak nak cakap lah..segan lah..awwwwwwwwww..hahahaha… Isya cakap kat Arsyad macam nie: ‘hoi! Kau kawad salah kaki lah. Kaki kiri lah. Kalau yang front dah kawad terabur, yang back lagi lah hancur.’.
Ermm..jangan lah gelak..At least Arsyad dah berjaya buat Isya cakap dengan Asyad.. Lepas ni Arsya tak nak kawad elok-elok sebab Arsyad nak suruh Isya tegur Arsyad lagi. Isya memang pro bahagian kawad. Sebab tu dia jadi kapten perempuan. Arsyad pon tak kurang hebat juga. Nampak jer Arsyad sempoi, tapi jawatan Arsyad pon tinggi juga. Arsyad jadi leader bahagian toilet. Pendek kata Arsyad ni biro toilet lar..Alaaa..biro toilet pon berbakti juga..tanpa biro toilet, takde orang nak lapor kalau jamban tersumbat.
Selepas siap aktiviti guna kompas, riadah petang dibatalkan sebab hari hujan. Arsyad pon apa lagi, berlari lah balik bilik sebab boleh tidur petang. Tapi, sebelum tu, Arsyad singgah kat koop dulu sebab nak beli soya.Selaku duta soya, Arsyad ingin menyeru hadirin dan hadirat sekalian untuk meminum soya. Sesungguhnya soya ini banyak khasiat dan bangus untuk diamalkan semua umat manusia terutamanya untuk ibu mengandung macam kita…ops..silap…macam mak kita.
Sampai aja at koop.. Arsyad pun terus jerit kuat-kuat. ‘Makcik! Soya tin dua’…adoi lembab lah pula makcik nie. Sebenarnya yang jaga koop nie tak ada lah tua sangat.Umur dia baru 25 tahun Arsyad sengaja panggil dia makcik sebagai barier antara kami. So, gerenti lah tak kan wujud cinta antara pembeli dan penjual macam drama dalam tv tu..ishhhh..lambat gila..Tak ape, esok kalau kau lambat lagi macam kura-kura menapouse, aku panggil kau moyang pula.
Arsyad jenguk makcik te..errmmm..apa dia buat kat belakang tue…haaaaaaaaa..korek hidung ya.. Nampak sangat sangkaan Arsyad meleset. Rupanya dia tengah susun barang-barang kat koop.Tiba-tiba jer ada tangan putih melepak hulur tin soya kat Arsyad .‘Nah..soya kau’ ..Eh, suara lemah merdu ni suara Isya. ‘Isya tolong makcik sebab banyak sangat kerja kat koop hari ni. Stock baru sampai’ Isyhh..suara gergasi ni macam milik perempuan banyak lemak dan kaya cholesterol. Ooo..rupanya makcik mencelah.Ceh, konon-konon untuk menghentikan kebuntuan Arsyad lah tu.Arsyad pun hulur lar duit cepat-cepat.
Bila Isya bagi duit baki, jari Isya yang lembut tu tersentuh jari Arsyad.Tiba2 Arsyad rasa macam kena kejutan elektrik. Wahhhhhhh..Isya sentuh Arsyad.. Mesti lepas ni Isya kena panahan cinta Arsyad..yahooooo..yipeeeeeeee..yabedabedoooooooooooooo… Tapi, Arsyad pelik kenapa Isya macam marah bila jari kitorang tersentuh. Dia jeling Arsyad tajam gila. Agaknya Isya ni wanita muslimah. Mana boleh sentuh-sentuh kalau bukan muhrim. So, sejak hari ni Arsyad haramkan mana-mana perempuan bukan muhrim sentuh Arsyad. Arsyad nak contohi keimanan Isya. Tapi, kalau perempuan tu cun, Arsyad akan pertimbangkan sama ada dia boleh sentuh Arsyad atau pun tidak.
Ehem..ehem..Arsyad rasa sudah sampai masanya Arsyad cakap kat kau orang soalan yang terpendam dalam diri Arsyad. Sebenarnya, Isya pakai apa ek. Kenapa jari dia lembut sangat? Tiap-tiap hari dia rendam dalam softlan ker?? Ermm..kalau kau orang tau jawapan dia jangan lupa cakap kat Arsyad. Ok lah..Arsyad nak tidur cepat-cepat. Nanti, bila hujan dah berhenti tak syok tidur. Tatatititutuuuuuuuuuu
15FEBRUARI/ISYA LAGI
Makin lama Aryad makin suka dengan Isya. Tapi, Arsyad ada dengar khabar angin yang cakap Isya tak suka lelaki. Isya anti lelaki. Isyyyhhh..Arsyad tak percaya lah.Isya tu budak baik. Dalam percintaan, adalah haram sama sekali untuk kita percaya gossip liar kalau kita tak nak hubungan jadi retak. Kawan-kawan sekalian, ingat tau pesan Arsyad.
Ermmm..Kelas CB dah tamat. Sekarang nie masa khidmat komuniti dan kelas Kenegaraan. Arsyad dah lama tak jumpa Isya sebab kitorang tak sekelas lagi. Situasi ni membimbangkan Arsyad sebab Arsyad risau akan rosakkan hubungan kitorang.. chewaaaaah..jiwang karat lah pula Arsyad ni.
Hari ni, kitorang buat khidmat komuniti kat sekolah. Arsyad tak tau tempat yang Arsyad pergi tu sekolah or kawasan pelupusan sampah. Bersepah gila macam macam baru dilanda gempa bumi jer. Waku tu, Arsyad ditugaskan untuk bersihkan bilik sakit. Masuk aja bilik tu Arsyad terus rasa tak sedap hati. Menyeramkan betul bilik ni.Pada mana-mana pengarah filem yang nak cari lokasi perfileman untuk filem hantu, kat sini adalah port yang paling sesuai.Patutlah nama bilik ni bilik sakit.Aura semacam aja. Silap haribulan kalau Arsyad stay 2.3 jam lagi confirm putus nyawa lah Arsyad.
Arsyad angkat tilam,YAALLAH! Tak ada dinasour pun bawah tilam..tapi mak oiii tilam dia bau hapak gila..Mesti segala spesies hama menginap kat sini..Jangan kata kutu babi, kutu samak pun confirm ada kat sini..Bapak kutu.mak kutu, lebai kutu, penghulu kutu dan macam-macam lagi.Pendek kata satu komuniti lah ada..Tue baru cerita bab kutu tak cerita lagi bahagian lain..Kalau semua peta air liur basi kat tilam-tilam ni gerenti lebih daripada cukup untuk buat peta universe.Eh..eh..apa benda yang warna kat kuning kat cadar tu?Anak siapa lah yang tercirit kat situ..hehehe..yuck! Isyhh..time sekolah dulu cekgu tak ajar ker kalau nak melepas hanya kat tandas..
Buat pengetahuan kau orang realitinya tak lah seteruk yang Arsyad gambarkan.tapi, secara jujurnya bilik ni berjuta kali lebih teruk daripada apa yang Arsyad cakap..Debu kat tingkap tebal gila. Boleh buat stock salji untuk tujuh filem Christmas.Kalau sapu lantai kat bilik ni, 5hari 5 malam pun belum tentu siap. Arsyad pun terfikir berapa orang dah mati bila masuk bilik ni. Oleh sebab Arsyad allegic habuk, Arsyad ambil keputusan untuk angkat katil-katil antik( eleh..sebenarnya usang, buruk dan nak reput)..Terkejut gila Arsyad..Nasib baik tak terbang nyawa.Bawah katil ada sedozen tikus yang saiz dia sama besar dengan anak gajah..Kemungkinan besar tikus ni makan pesakit kat sini.
Arsyad tensyen gila..Arsyad dah tak tahan.So, Arsyad pun pergi join group yang bersihkan padang. Kat situ maybe ok kot..lagipun group Isya bertugas kat situ. Arsyad memang respek gila padang sekolah ni. Mana tak nya, sampah lebih banyak daripada rumput..Hebat kan dia orang ni..
Tengah jalan- jalan, Arsyad terpijak sampah besar..Ek, sampah apa lembik semacam jer. Waktu tu Arsyad tak pakai sarung tangan sebab sarung tangan dah habis. Arsyad pun angkat lah sampah misteri tu..Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..rupanya sampah tue pampers baby yang dah berlumut hijau.. Bwek….Arsyad rasa sampai masa untuk Arsyad berhenti rehat kejap. Tadi jumpa pampers baby, tak mustahil nanti jumpa baby pula kat padang yang penuh dengan semak ni.Hampeh betol..dah lah batang hidung Isya pun tak nampak.
Pukul 12 kita orang diarahkan berhenti untuk makan tengahari..Arsyad dah hilang selera untuk makan sebab Arsyad rasa hidup Arsyad dah tak panjang..Ye lah..baru datang kat sini tak sampai satu hari, Arsyad dah dapat free penyakit asma, heart attack dan darah tinggi..Ngeri betul..Nasib baik Isya duduk satu meja dengan Arsyad waktu lunch..Walaupun makhluk kat sekolah ni tak pandai bahagian kebersihan tapi bab management bagus gila.Kalau tak bagus mesti diorang tak bagi Arsyad duduk debelah Isya.
Time makan pihak sekolah ucapkan terima kasih kat semua budak PLKN sebab sudi bersihkan sekolah dia. Dia orang tak tahu.Sebenarnya kami sangat-sangat lah tak sudi.Tak apa, Arsyad hargai keikhlasan dia orang ucap terima kasih.Sejuk hati Arsyad bila dengar.
Tengah syok dengar pujian daripada pengetua sekolah tu, Isya yang duduk kat sebelah Arsyad bersin..Alele..kiutnya bunyi dia bersin..tapi hingus dia yang terpecik kat pipi Arsyad lagi kiut. Dah lar kuantiti hingus tu agak banyak.Nasib baik tu hingus Isya. Kalau boleh Arsyad tak nak lap muka yang kena hingus sebab Arsyad sayang.Tapi, demi mengelakkan Isya daripada kena kutuk Arsyad lap juga..Pelik betul bila jatuh cinta ni..hingus orang yang kita cinta pon kita boleh sayang sepenuh hati..
Betul lah orang cakap time bercinta kentut pun bau wangi. Tapi, Arsyad pelik kenapa Isya buat derk jer..Tak ada pun rasa bersalah dan usaha nak minta maaf. Mungkin ni style dia kot..Tak apa..tak apa..i like it..Erm..kat mana Arsyad letak tisu yang Arsyad buat lap muka tadi ek..Rasanya tadi ada atas katil..Jangan-jangan ada orang terkena penyakit addicted buang sampah kot..Alaaa…ni yang Arsyad malas ni.
Nampaknya Arsyad tak ada pilihan lain. Arsyad terpaksa juga korek tong sampah kat luar..Tapi, bukan senang nak cari tisu yang ada hingus Isya. Kalau Arsyad salah ambil tisu orang lain macam mana..isykhhhhh..sedihnya… siapa lah yang khianat kat Arsyad ni…Erm..Tak apa lah..Arsyad tak ada mood nak tulis novel hari ni…Adoi, geramnya…hati dah berasap nie. Tunggu masa jer nak meletup. Siapa yang buang tisu tu Arsyad sumpah dia jadi garbage collector tujuh keturunan..Doa orang teraniaya biasanya dimakbulkan..siap engkau..harharhar..‘Hoi! Ape kes memekak nie??? Aku nak tidur pun tak senang!’ Alamak! Jurulatih dah sound..Arsyad tidur dulu ek..
25 FEBRUARI 2009/ Good bye Isya
Berita terkini melaporkan H1N1 merupakan penyakit paling top yang melanda seantero dunia. Berita susulan melaporkan segala program yang melibatkan aktiviti luaran harus ditutup untuk mengelakkan wabak ini daripada merebak.Berita selajutnya,100 juta gadis jatuh cinta pada jejaka gentleman yang bernama Arsyad..hehe..berita selajutnya tu Arsyad reka jer. Berita terakhir, PLKN Kuala Krai diramalkan tutup impak daripada jangkitan influenza H1N1 yang semakin rancak menular.Arsyad tak nak PLKN tutup. Arsyad dah rasa syok stay kat sini.
Sejak stay kat sini, Arsyad jadi yakin diri dan berdisiplin. PLKN memang program yang bagus. Arsyad rasa menyesal tak hargai PLKN daripada awal. Minggu depan sepatutnya ada perkhemahan. Kalau PLKN ditutup, kitorang tak boleh lah camping. Keputusan samada PLKN akan ditutup ataupun tak akan diumumkan petang ni lepas pertandingan kawad.Isyhhh.. macam mana Arsyad nak concentrate time pertandingan kawad ni.
Fikiran Arsyad dari tadi lagi kacau. Kalau macam ni susah lah team kawad Arsyad nak menang. Korang jangan lah cakap Arsyad ni perasan pula. Walaupun Arsyad ni hanya penyokong team kawad Alpha jer, tapi Arsyad tetap mainkan peranan penting. Tanpa Arsyad, siapa lagi layak bagi sokongan berkobar-kobar kat diorang..Nak harapkan semua minah gedik PLKN..isyhhh..memekak aja..jerit-jerit bolehlah. Buat sakit telinga aja.Kau orang mesti kecewa sebab Arsyad tak masuk kawad..mesti Isya pun kecewa gila..
Sebenarnya, Arsyad nak take part dalam kawad tapi Arsyad kan kawad macam robot..Buat malu aja.Tapi, memandangkan Arsyad tak nak Isya anggap Arsyad lemah, Arsyad take part dalam persembahan tempur tanpa senjata(TTS)..Petang tu performance TTS gempak gila. Muka kita orang berceloreng. Sekali pandang macam askar, dua kali pandang macam Rambo, tiga kali pandang macam Kris Allen..hehe..
Lepas siap persembahan, kitorang dapat tepukan gemuruh. Isya pun tepuk untuk kita orang..er..tapi Arsyad rasa macam Isya bagi tepukan untuk Arsyad seorang.Ye lah, Arsyad kan watak utama dalam cerita ni. Tak kan Isya nak tepuk untuk watak sampingan pula.Akhir pertandingan, telah diumumkan team Alpha perempuan yang jadi juara keseluruhan..Yahoooooo..Isya menang! Kan Arsyad dah cakap Isya da bomb..
Sekarang tiba saat yang mendebarkan.. Masa untuk kita menangis bersama-sama..Tadi baru gembira sekejap, sekarang dah sedih balik. Ayahanda PLKN cakap PLKN akan ditutup dalam masa 3 hari lagi..Semua ni sebab dah ramai orang yang positive H1N1 kat sini..Arsyad rasa sebak gila.Rasa macam nak mengalir air mata darah bercampur nanah dan muntah bibik. Nampaknya, Arsyad terpaksa berpisah dengan Isya buat selama-selamanya. Harapan Arsyad nak bergambar dengan Isya waktu pesta muda mudi pun dah berkecai.
Argh! Pantang melayu menyerang kalah sebelum ajal. Arsyad akan berusaha juga snap gambar Isya. Tapi, Arsyad nak snap gambar Isya waktu pesta muda mudi. Time tu mesti Isya cantik macam bidadari.Buat pengetahuan kau orang, pesta muda mudi ini diadakan pada malam terakhir PLKN. Waktu tu semua perempuan akan bersolek tebal-tebal dan bergaya sakan. Isya ni natural beauty..tak bersolek pon cantik mengalahkan miss universe..Kalau bersolek miss universe planet marikh pun boleh kalah.
Pssssttt..Isya tengah ikat tali kasut lah..Erm, time ikat tali kasut pun still nampak bergaya. Arsyad pun apa lagi, terus Arsyad pergi terkam..ops..silap type..Terus Arsyad minta izin dengan Isya untuk ambil gambar dia. Terkejut Arsyad bila Isya setuju. Nampak sangat Isya ada perasaan kat Arsyad. Tapi, Isya cakap sekarang tak boleh tangkap gambar sebab dia berpeluh.Dia rasa rimas. Perempuan high class macam Isya memang pandai jaga imej.Isya janji nak bergambar dengan Arsyad hari akhir kat PLKN. Tanpa fikir panjang Arsyad pun setuju dengan idea Isya yang bernas ni.
Sambil ambil gambar boleh lah Arsyad minta no. telefon Isya. Mana tau perpisahan kat PLKN ni merupakan permulaan pecintaan kitorang..ehem..ehem.. Mula-mula SMS..Lepas tu gayut telefon, lepas tu jumpa, lepas tu beranak..ek..lupa pula nak letak perkataan ‘kahwin’ dulu..hehehe..jangan maraaaaaa.. Nanti, kalau kahwin dengan Isya, Arsyad nak anak seramai satu team rugby sebab Arsyad budak rugby time sekolah dulu. Tapi, kalau Isya beranak ramai mesti dia tak slim macam sekarang..Erm, kalau Isya mengembang macam belon, Arsyad ugut suruh Isya mengecut macam belon tak ada gas. Kalau Isya tak nak, Arsyad ceraikan Isya dan kahwin lain.. harharharharhar(gelak orang tak sedar diri).Tapi, tu semua hanyalah angan-angan Arsyad..Realitinya jauh panggang dari api.
Hari terakhir kat PLKN, Isya suruh Arsyad tunggu dia kat depan bangunan logistik. Arsyad tunggu Isya 2 jam lebih awal sampai lupa nak mandi pagi.. Sebenarnya Arsyad bukan lupa nak mandi aja, nak gosok gigi pun Arsyad lupa. Paling kronik, toilet pun Arsyad lupa nak pam sebab berdebar nak bergambar dengan Isya. Masa yang ditunggu telah tiba, tapi batang hidung Isya pun Arsyad tak nampak. Arsyad tunggu 15 minit lagi. Tapi, orang yang ditunggu masih tak kunjung tiba. Masa berlalu. Sudah 45 minit Arsyad bercangkung kat depan logistik. Kalau Arsyad tak silap, dah 135 ekor semur hitam melintas depan Arsyad. Tak kan Isya lupa kot..Mungkin Isya tersesat kot. Arsyad ambil keputusan untuk tunggu lagi 1o minit.
Penantian Arsyad berbaloi. Tiba-tiba Arsyad rasa yang kaki Arshad bergoyang macam tarian Salsa.Rupa-rupanya budak perempuan tu dah datang.Dah lah jalan terkedek-kedek macam itik patah kaki. Tapi, bukan salah dia jalan macam tu.Biasa lah, perut dia terlebih besar dari manusia normal dan cute. Minah ‘kalori lebih’ nie mana larat berjalan. Kura-kura berenang pun confirm lagi laju daripada dia berlari.Mesti kau orang rasa Arsyad kejam sebab kutuk dia macam-macam.Sebenarnya Arsyad sakit hati sebab yang datang jumpa Arsyad bukan Isya tapi Baby. Kau orang jangan lah tertipu dengan nama Baby sebab Baby ni berbeza dari baby-baby cute cam dalam iklan pampers tu.Arshad rasa Baby ni terlebih makan Appeton kot..sampai gedabak macam ni..hehe..Sebijik macam mama gorilla kat Zoo Negara.Baby cakap Isya tak dapat datang sebab Lisa ada masalah. Arsyad tanya apa masalah Lisa. Tapi Baby@mama gorilla cakap dia tak tau.
Lepas tu dia pandang Arsyad semacam dan tanpa rasa malu minah ni minta no telefon Arsyad. Ngerinya.. Arsyad dapat rasa kekuatan aura menggoda dia..sori sikit cik adik..Arsyad tak kan tergoda..Tapi, dia terus tenung Arsyad sampai nanah jerawat dia meleleh..ops silap..mengalir macam Sungai Nil pun dia tak sedar..Owhhhh..berangan yaaa..Arsyad pun ambil buah jambu batu kat tangan minah tu. Lepas tu Arsyad ketuk kepala dia sekali. Fuyooo..lenyek buah jambu batu. Minah tu apa lagiiiiiiiii..mengamuk lah. Sebelum gunung berapi meletus, Arsyad pecut laju-laju.
Tapi..Arsyad sempat dengar jeritan Baby. Dia cakap buah jambu batu tu Isya kirim kat Arsyad. Uishhhhh..Arsyad tak rela pergi kutip jambu penyek tu balik..Nanti sebelum sempat Arsyad kutip, Arsyad dah jadi lenyek kena pijak dengan Baby..Kalau Baby tak ada kat situ, Arsyad sumpah akan kutip jambu tu, jahit mana yang patut,pam guna pam basikal Along dan simpan sekali dengan koleksi berharga Arsyad.
Nampaknya sampai di sini jer hubungan Arsyad dengan Isya..Selamat tinggal Isya.. Terima kasih sebab sudi muncul dalam hidup Arsyad..Terima kasih banyak-banyak.. Walaupun kita kenal seketika jer, tapi kenangan tu cukup bermakna bagi Arsyad. Isya perempuan yang perfect. So, Arsyad doakan supaya Isya dapat perfect guy juga.Amin…
Arsyad naik gajah
Gajah merupakan salah satu binatang yang dijadikan kenderaan pada zaman dahulu.Untuk membuktikan fakta yang telah dinyatakan oleh Arsyad sebentar tadi marilah kita membelek tafsir Al-Quran yang ada kat rumah. Dalam surah ke-105, Al-Fiil ada menyebut pasal tentera bergajah yang diserang oleh burung Al-abaabiil sehingga menjadi hancur seperti daun dimakan ulat.
Memandangkan ilmu Arsyad hanya sejengkal maka tak dapatlah Arsyad menceritakan secara terperinci tentang apa yang berlaku dalam surah ni. Lagipun, tujuan sebenar Arsyad bukannya ada sangkut paut dengan burung abaabiil. Disebalik cerita ini, Arsyad ingin meluahkan satu persoalan yang telah terperam di sudut hati Arsyad. Kenapa orang guna gajah, lembu dan kuda ek sebagai kenderaan pada zaman dulu? Kenapa orang tak guna burung merpati, itik atau dugong?
Buat pengetahuan kau orang soalan bodoh ini telah muncul kerana Arsyad terlampau bosan naik bas yang besar macam gajah tapi lembab macam siput. Dah laa Arsyad tengah sedih sebab putus cinta, bas ni pula buat hal. Memang lah pemandu bas ni pasang lagu dangdut tapi itu tak bermakna bas ini akan diredhai kalau goyang macam penyanyi dangdut.Kus semangat, bas ni bergoyang setiap 5 minit.Kalau lah Arsyad ada penyakit jantung, tentu Arsyad dah jadi arwah 25 minit yang lalu.
Perjalanan pulang ke Terengganu agak menghibakan. Mata Aryad ni macam dah lupa nak menjaga imej tuan dia. Tanpa rasa malu, mata ni tak henti-henti mengeluarkan air mata. Adakah ini yang dikatakan air mata jantan seorang lelaki? Erm..Arsyad pun kurang pasti. Yang pasti, Arsyad dah rasa serik untuk jatuh cinta lagi. Cukup lah sekali Arsyad terseksa.
‘kau jangan menangis lagi. Relak lah bro.Betina bukan seekor aja. Lagipun muka engkau jambu, confirm ramai betina yang cair tengok engkau’
‘Tapi, aku tak nak betina! Aku nak Isya.Lagi satu! Muka aku bukan macam jambu atau macam betik. Muka aku macam manusia!’
‘camni lah bro..kau bawa bersabar. Balik nanti kau pergi workshop and then kau suruh mechanic repair balik otak dan hati engkau’
‘Apesal pula???’
“kau kena set balik otak kau. Ape kes nak jadi mat jiwang .Huish, tak betul tu.Hidup masih panjang, bercinta main-main cukup lah. Nak buat apa kau serius sangat. Lagipun minah macam tu berlambak lagi kat Malaysia. Sekali petik, 100 datang bergolek.Kalau tak nak perempuan, pondan pun bersepah.
“Argh! Diam!’
“Erm, ape kata lepas ni kau main kayu tiga . Lagi seronok. Lagi pun lelaki boleh kahwin empat. Sedangkan kahwin boleh empat, tak kan nak bercinta tak boleh lebih daripada empat. Kau kumpul 7,8 orang minah. Lepas tu, kalau bosan kau tinggal lah.”
“Hoi! Kau dah tak sabar ker nak tinggal dalam tanah? Dah bosan hidup ata tanah ek?.”
Muka Arsyad merah padam. Kalau diikutkan hati Arsyad nak cincang lidah pemilik suara laknat tu.Biar dia tak boleh bercakap seumur hidup sebab dia tak pandai menggunakan nikmat suara ke jalan yang betul.Bagi Arsyad dia memang melampau.
‘Orait la tu bro..Kau kapel 8 orang. 1 orang kau buat steady girlfriend. Lagi 7 orang kau buat spare masa terdesak..Berkahwin biar 4, bercinta biar 1000 beb.’
Ceh! Berani dia nak hasut Arsyad yang teguh iman ni.Arsyad genggam penumbuk. Tapi, Arsyad tak mampu nak tumbuk dia. Bukan kerana Arsyad takut kat dia. Bukan juga kerana Arsyad tak berani nak buat kecoh dalam bas. Arsyad tak kisah semua tu. Kalau semua orang dalam bas menggelepar sampai terbalik bas sebab takut tengok aksi ganas Arsyad pun, Arsyad tetap tak kisah.
Tapi, apa yang Arsyad kisah? Arsysd sebenarnya tak nak dia cedera sebab Arsyad sayang dia.Aik, tadi marah-marah, sekarang sayang pula. Buat pengetahuan pembaca yang sedang konfius, ‘dia’ yang dimaksudkan ialah suara hati Arsyad.
Biasa la tu. Bila ada masalah Arsyad suka mengelamun. Masa macam nie mulalah hati Arsyad mula ambil kesempatan nak hasut fikiran Arsyad. Macam yang Arsyad kata tadi, Arsyad ni teguh iman. Jadi, hati Arsyad perlulah terima hakikat ‘dia’ dah kalah..Hahaha..padan muka.
Erm..tiba-tiba Arsyad teringat Isya. Arsyad rasa kecewa sebab Arsyad tak sempat nak luahkan perasaan Arsyad kat dia. Kalau dia tolak cinta Arsyad pun Arsyad tak kisah asalkan dia bagi peluang untuk Arsyad meluahkan isi hati.Arsyad rasa sangat terkilan. Mungkin ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku. Mungkin lepas ni ada dato’ dan datin yang merayu supaya Arsyad jadi menantu dia orang. Mungkin juga kejap lagi ada orang bunian jatuh cinta pandang pertama dengan Arsyad. Malah, mungkin ada atuk alien yang wasiatkan cucu dia supaya bercinta dengan Arsyad..mungkin..mungkin..mungkin..krohhhhhh..urgh..krohhhhh..argh! Mamat sebelah ni dengkur kuat sangat lah. Benci betul. Kacau orang nak mengelamun aja.
Sekali dengar macam bunyi anak gajah tercirit. Dua kali dengar macam bunyi guruh dilangit..Tiga kali dengar..oh! Arsyad tak sanggup dah nak dengar buat kali ketiga. Ape kes la dengkur dasyat sangat. Makin lama bunyi dengkur dia makin menakutkan.Kenapa semua orang dalam bas ini boleh buat selamba aja bila dengar dia dengkur. Telinga dia orang tersumbat ker? Argh! Arsyad tak tahan!
Arsyad cuit bahu dia tapi dia tak bagi apa-apa respons.Lepas tu Arsyad goncang perlahan bahu dia tapidia salah tafsir goncangan Arsyad. Dia ingat Arsyad buat macam tu sebab nak dodoi dia. Dia pun apa lagi. Terus parking kepala dia atas bahu Arsyad..Ewah-ewah. Dia ingat bahu arsyad ni parking lot ke.
‘Khairul..oo..rul..bangun woit.Kau dengkur kuat sangat. Orang lain tak boleh tidur’
Arsyad nampak kelopak mata dia bergerak. Lepas celik mata satu saat, dia pun sambung tidur lagi.Sekarang ni dengkur dia lagi mengerikan. Macam bunyi ribut taufan la pula.Adoi! Membara hati Arsyad.Kalau rebus telur confirm masak.Arsyad pun ambil mp3 lepas tu arsyad sumbat earphone dalam lubang telinga.Tidur lagi bagus daripada mengelamun tak tentu pasal. Baru aja Arsyad nak pejamkan mata, bas pun berhenti mengejut.Serentak itu Arsyad rasa macam ada orang simbah minyak masak cap buruh atas hati arsyad yang membara.Sekarang nie jangan kata, goreng telur, goreng mak ayam pun confirm masak.Arsyad buka tingkap dan jengukkan kepala kat luar.Hati Arsyad jadi sejuk balik macam kena tindih dengan iceberg.
Terengganu. I’m back!!!
Nampaknya Arsyad dah sampai ke Terengganu.Gembiranya Arsyad. Selamat pulang Arsyad!
************************************************************************
Along yang sengal
Bila Arsyad jejak kaki aja kat bilik, Arsyad dapat hidu satu bau. Bau kebencian dan bau memualkan.Sah! Ini memang bau stoking Along yang disembur dengan sebotol perfume boss made from pasar malam.Ceh! Along guna bilik Arsyad. Sekarang ni bilik Arsyad tak layak digelar bilik. Istilah yang sesuai untuk menggambarkan bilik Arsyad ialah tempat perlupusan sampah.Cadar katil bilik Arsyad dah bertukar jadi pink lembut. Langsir pun dah ada corak bunga-bunga. Paling kronik ada teddy bear atas katil Arsyad. Kalau sikit tak apa juga.Kalau Arsyad tak silap ada satu kerabat bear atas katil.
“Along!!!”
Serentak dengan itu Arsyad dengar bunyi mak badak sumbu panjat tangga. Kuat gila bunyi nya sampai bergegar semua barang dalam bilik. Tiba-tiba, Along pun menjengulkan diri. Ceh, badan kecil macam semut tapi sekali melangkah bergegar macam gergasi mengandung.
“oit! Kenapa panggil aku? Kau tak ada nama lain ke nak panggil selain daripada nama aku?? Aku sibuk ni. Nak lepak dengan kak Qorak pula”
Eh..eh.. siapa pulak kak Qorak? Haha..Arsyad tergelak sampai bergoyang bulu hidung.Ceh! nama elok-elok Qura’tul Aini, dia pergi tukar jadi Qorak pula..Lantak engkau lah Along. Macam lah Arsyad tak tahu apa sebenarnya aktiviti Along dengan si Colgate tue, eh, silap pula nama.Maksud Arsyad si Qorak tu. Petang-petang macam ni dia orang selalu makan pisang goreng 2,3 ketul sambil bergossip sampai penuh 2,3 baldi air liur. Memandangkan watak utama dalam novel ini termasuk dalam kategori orang baik- baik, jadi tak perlu lah Arsyad huraikan secara terperinci tentang perbualan gadis yang bakal dapat dosa mengumpat sekejap lagi.
“oit sengal! Kenapa kau tersengih macam kerang busuk ni? Eh, apa kau buat dalam bilik aku? Siapa bagi kau masuk bilik aku?”
Kawan-kawan sekalian, adakah kau orang perasan apa yang terpancut daripada mulut Along sebentar tadi? Tanpa segan silu si mumia kering ini telah mengaku bahawa bilik Arsyad telah menjadi kawasan jajahan dia. Patutkah Arsyad mengamuk dan bertukar menjadi The Hulk sekarang? Ataupun, Arsyad lagi patut menjerit sekuat hati dan bertukar menjadi pondan kat Lorong Haji Thaib? Salah! Jawapan kau orang semua salah dan tak logik.Arsyad sebenarnya patut berlari selaju mungkin dan keluar dari bilik ini.Haha..malunya Asyad. Arsyad lupa bilik Arsyad kat bawah. Lantai yang Arsyad pijak sekarang ini adalah sebahagian daripada milik bilik Along. Hal ini bermakna sekarang ini Arsyad berada dalam kandang Along.
“Erm..Acap..Acap masuk dalam bilik Along sebab..”
Mata Arsyad melilau di sekitar bilik Along untuk mencari idea. Along dah mula mengerutkan dahi.Muka dia pun dah sedikit demi sedikit berubah menjadi tenuk yang beli jeans tapi tak muat nak pakai sebab salah saiz.Tiba-tiba Arsyad nampak tulisan pada bungkusan atas meja Along.Erm, perkataannya macam pernah Arsyad lihat tapi di mana ya?
“Arsyad masuk bilik Along aaa..sebab…aaa..sebab Arsyad nak ‘kotex’ satu”
Selepas membuat kenyataan itu muka Arsyad terus bertukar menjadi biru, hijau, merah dan macam-macam warna pelangi lagi kerana terlampau malu. Along tergelak besar sambil tepuk-tepuk bahu Arsyad.
“haha..pandai kau buat lawak!Okey, aku dah puas gelak. Sekarang ini dipersilakan Encik Kotex untuk keluar secara hormat dari bilik aku..Tak payah segan-segan. Keluar aja.”
Menonong Arsyad keluar.Sebelum Along menutup pintu bilik dia, dia melemparkan satu bungkus pad kat Arsyad.
“Nah, ambillah ‘whisper’ ni.Aku dah berhenti pakai yang ni. Kalau tak pandai pakai, rajin- rajin lah ketuk pintu bilik aku..hahaha”
Maka. Pada hari itu telah terpalitlah sejarah hitam yang telah mencemarkan maruah Arsyad sebagai lelaki paling tulen antara yang tulen.Waaaaaaa..malunya Arsyad. Kat mana Arsyad nak sembunyikan muka ni.Arsyad baling bungkusan pad tu kat pintu bilik Along. Hek eleh! Arsyad tak nak. Bagi free pun Arsyad tak ingin pakai.Tanpa disangka, Along buka balik pintu bilik dia. Arsyad pun apa lagi. Terus Arsyad lari lintang pukang sebab tak sanggup berdepan dengan Along. Nampaknya, terpaksa lah Arsyad makan malam dalam bilik selama seminggu..Owh! maruah lelakiku tercabar kerana perempuan yang tak cantik. Malangnya nasib.Apakah yang akan terjadi pada Arsyad selepas ini? Adakah dia akan menghilang selama dua minggu untuk menghadiri kursus memakai pad ‘whisper’? Ataupun dia akan menghilang selama-lamanya kerana diculik oleh agen Guiness Books. Maklumlah dia kan merupakan lelaki pertama dalam sejarah yang memakai pad. Huahua.Kita tunggu jawapannya selepas ini.
******************************************************************************
INI BUKAN CERITA HANTU
Pada malam itu hujan turun lebat. Kilat sabung-menyambung. Bunyi salakan anjing berselang-seli dengan dentuman guruh di langit.Arsyad pejam mata rapat-rapat. Di telinga Arsyad masih terngiang-ngiang lagi bunyi dentuman guruh dari langit.Iyalah..Mesti lah dari langit tak kan dari dalam kubur pula.Arsyad dapat rasakan sukar untuk lelapkan mata kembali.Semuanya gara-gara guruh sundal yang mengejutkan Arsyad daripada mimpi indah yang membuai jiwa Chewah! Puas Arsyad cuba tidur, tapi usaha Arsyad tetap gagal macam biasa.Kelopak Arsyad bergerak-gerak. Arsyad dapat rasakan seperti ada kuasa yang menarik kelopak mata.Arsyad merenung kipas yang galak berpusing ligat.Kemudian, Arsyad mengerling ke arah tingkap yang terbuka. Yaallah! Kenapa lah aku lupa nak tutup tingkap?
Arsyad berlari anak kearah tingkap. Sayup-sayup telinga Arsyad menangkap satu bunyi halus germisik.Bunyinya lebih kompleks daripada biola, lebih menguis jiwa jika dibandingkan dengan bunyi piano.
Pang! Arsyad tutup tingkap kamar dengan kasar sebagai tanda memproses bunyi yang didengari sebentar tadi. Namun, bunyi itu berlarutan. Malah, sekarang ini irama itu makin rancak.Fuyoo! high class betull bunyi ni, siap ada chorus lagi.
Argh! Diam! Kenapa sekarang harus Arsyad dengari bunyi itu? Kenapa tidak pagi tadi?
Kepala Arsyad berdenyut-denyut..Arsyad kerah semua sel dalam otak untuk mencari jalan penyelesaian..Argh! Arsyad jerit macam doktor gigi baru kena cabut gigi dengan budak umur lima tahun..erm, macam tak betul aja ayat Arsyad.. Ada salah tatabahasa ke??ops.. macam doktor gigi cabut gigi budak umur lima tahunArsyad buntu.Arsyad gagahkan diri untuk melangkah keluar dari bilik..Di saat itu juga Arsyad dengar bunyi kucing jiran sebelah mengiau dengan nada sumbang..Dasar kucing murtad! Tak bersyukur langsung jadi kucing. Siapa ajar kau mengiau macam Pontianak mengilai. Dahlah tempo lari.Siap lah engkau kucing. Esok Arsyad paku leher engkau.
Arsyad pekakkan telinga. Arsyad mengorak langkah laju ke bilik itu. Nah! Di depan Arsyad tersegam peti besar. Dan buat sekian kalinya Arsyad cium peti itu macam orang cium bini waktu malam pertama..Buat pengetahuan kau orang peti yang baru dapat ciuman pertama Arsyad tadi ialah peti sejuk.Lapar wOo..Dari pagi tadi Arsyad tak makan sebab malu nak bersemuka dengan Along..Hari ini Arsyad telan 2 benda aja..Benda tu pun tak layak dkategorikan sebagai benda..Arsyad telan air liur basi dan air liur yang tak basi lagi.Adoi..lapar bangat dong!
Mata Arsya melilau sekitar dapur..Arsyad rasa seram sejuk.Bulu roma Arsyad menegak 9o darjah.Argh! Lantak lah..Nak rotate 270 darjah pun Arsyad tak kisah.Janji perut Arsyad kenyang.Arsyad ambil puding roti dari peti sejuk..Ceh! dua ketul aja tinggal! Dah lah kecil, ada kesan gigitan Along pula. Arsyad selongkar lagi peti sejuk.Arsyad nampak bakso special yang bibik masak petang tadi.Adoi! Kena hangatkan pula.Malasnya.Tiba-tiba, telinga Arsyad menangkap satu bunyi.Arsyad pusing belakang.Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Arsyad nampak hantu rambut panjang tengah duduk atas kerusi meja makan.Confirm ni bukan Pontianak sebab rambut Pontianak cantik dan panjang macam lepas rebonding. Rambut hantu ni kusut masai, mata merah, muka pula penuh jerawat.Eh! hantu pun ada jerawat..Erm, hantu moden kot.Pendek kata hantu ni saling tak tumpah macam hantu yang Arsyad tengok dalam tv.Cuma hantu nie berganda lagi hodoh dan ngeri.Mungkin hantu ni tak sempat buat plastic surgery sebelum mati.Arsyad baca semua doa yang terlintas dalam kepala otak Arsyad.Doa mandi junub pun Arsyad baca sebab takut sangat.
Hantu moden nie senyum kat Arsyad.Arsyad senyum balik.Lepas senyum Arsyad angkat kening dan bagi pose paling macho.Hehe..imej mesti dijaga walau di mana jua anda berada. Badan Arsyad dan basah sebab berpeluh.Arsyad kaku.Hantu moden tu makin galak tenung Arsyad.Dia gerakkan bibir seakan-akan ingin beritahu sesuatu kepada Arsyad. Mungkin apa yang Arsyad tengok dalam tv bakal terjadi sebentar lagi.Kemungkinan besar hantu ni nak suruh Arsyad cari mayat dia yang gagal dijumpai sehingga hari ini.Alah, tak akan kau orang tak boleh nak agak apa yang akan jadi kejap lagi.Tiba-tiba, telinga Arsyad dapat menangkap suara parau milik hantu moden(bukan nama sebenar). Maka, bermulalah dialog pendek antara kami
Hantu moden(bukan nama sebenar): Acap enggak tidur lagi ya..Buat apa kok malam-malam gini enggak tidur lagi.
Sah! Hantu moden yang dimaksudkan tadi made from Indon.Bibik rupanya!.Hanya bibik yang memiliki wajah beribu kali ganda lagi ngeri daripada hantu.
Hantu moden..ops silap..bibik: Acap..acap pergi mana tadi petang..kok bibik enggak nampak Acap hari ini..Acap udah makan enggak..bibik ada bikin menu special sama Acap.
Arsyad: belum bik..lapar bangat udah..bibik bikin apa ya sih? Udah malam gini masih ngak tidur..Bibik lapar jugak iya?
Entah mengapa Arsyad yang mempunyai ic made in Malaysia begitu fasih berbicara macam bibik Indon yang pakai visa palsu made from Golok.Mungkit berkat banyak sangat tengok cerita indon.
Bibik ku: Bibik enggak bisa tidur.Bibik enggak ngantuk dong
Arsyad merenung wajah bibik.Suram.Tapi, Arsyad renung 20 saat aja. Arsyad mana berani renung lama-lama.Ngeri dong! Dalam kegelapan, Arsyad dapat lihat bibik pegang foto. Arsyad buka lampu dapur. Lepas tu Arsyad labuhkan punggung atas kerusi, bersebelahan dengan bibik@hantu moden dalam cerita ni.
Arsyad: Bibik.Foto siapa ni bik?
Arsyad menarik foto dalam genggaman bibik.Kelihatan gambar seorang gadis cantik berambut panjang bersinar macam lepas buat rawatan steam rambut. Di sebelahnya, ada seorang lelaki yang akan kena tendang keluar salon kalau dia nak buat rawatan steam rambut.Si botak yang memang sudah terang lagi bersuluh lagi bertorchlight ketidak-henseman sepatutnya tidak layak nak bergambar dengan si cantik manis ni.Ceh! ada hati.Alaaa..Nak tumpang glamer la tu.
Bibik ku: Itu ya..Itu..itu foto bibik waktu muda dulu.Ngapa sih?
Serentak dengan itu laa mata Arsyad terbeliak.Mulut pula ternganga. Kalau nak sumbat lori pun gerenti muat.Masakan begini! Gua ngak percaya sih! Pandangan mata Arsyad silih berganti antara wajah bibik dengan foto.Dua dunia yang berbeza.Mustahil.Mata Arsyad tertacap pada wajah bibik yang memang tak sedap dipandang dan ditenung. Baik tenung pokok kelapa sawit belakang sekolah rendah Arsyad. Kalau pokok kelapa sawit tu dah kena tebang, Arsyad lagi rela renung monyet yang panjat pokok kelapa sawit daripada pandang sejenak pada wajah bibik.
Arsyad: Ala bibik.Tak nak gurau macam ni.Siapa ek perempuan dalam gambar tu? Cantik laa bibik
Di saat itu juga serta merta Arsyad lupa bahasa Indon yang merupakan bahasa ke-3 paling penting di Malaysia.Konon!
Arsyad tenung wajah bibik dalam-dalam.Kening bibik macam kening manusia.Alaa..tu satu aja benda normal yang ada pada wajah bibik.Mata bibik pula warna merah dan berair.Saiz mata agak besar kalau nak dibandingkan dengan buah kelapa tepi pantai.Tapi tak apa, bak kata papa, besar itu seksi.Haha..bibik seksi..hahaha..huh ngeri.Hidung bibik pula macam macam cerombong asap..bila bibik bernafas boleh nampak dengan jelas udara masuk dan keluar.Bagus! sistem pengudaraan yang baik macam air-cond Samsung dalam bilik Arsyad. Nampak sangat taraf bibik sama tinggi dengan Samsung.
Dalam foto tu, ‘bibik comel’ rambut panjang,cantik dan berkilat.Tapi, rambut bibik ‘kurang comel’ ni pula agak kurang comel macam tuan dia.Rambutnya dah la mengerbang, kerinting macam afro,bergulung macam spring. Pendek kata, rambut bibik lagi kronik daripada sarang tebuan.Kalau tebuan tengok rambut bibik, gerenti semua tebuan tu kena heart attack.
Muka bibik da latest ni putih melepak.Lebih putih daripada tepung. Tapi, tahap keputihan ‘bibik dalam foto’ tak dapat dikenalpasti sebab foto tu hitam putih.Berbalik kepada bibik yang lagi putih daripada tepung ni, buat pengetahuan hadirin yang dihormati sekalian, keputihan ini akan terjadi secara automatik bila bibik pakai bedak sejuk. Bedak sejuk ini la yang berjaya mengubah wajah bibik menjadi Maya Karin.Ceh! Konon! Saling tak tumpah macam muka Maya Karin masa dia jadi hantu dalam Pontianak Harun Sundal Malam aja.
Konklusinya, muka bibik memang jauh berbeza dengan gadis dalam foto tu.Mungkin bibik salah tunjuk orang kot.Kemungkinan besar bibik merupakan lelaki botak dalam foto tu.Hah! yang ini baru logik.
Bibik ku yang perasan comel: Acap, tu foto bibik 13 tahun dulu dong.Yang ganteng sekali itu, cowok bibik.
Merujuk kepada kamus Indon edisi pertama terbitan Jakarta sdn. Bhd, ganteng bermaksud hensem.Adakah ayat yang baru meluncur keluar daripada mulut bibik mempunyai maksud tersirat? Entahlah.Hanya bibik yang mengerti definisi sebenar hensem.Mungkin selepas ini bibik bolehlah mengeluarkan kamus Indon edisi baru mengikut naluri hati bibik.Isyh..apa yang Arsyad melalut ni.
Memandangkan novel Arsyad ni terbitan Malaysia, bukan terbitan Indonesia, so tak perlulah Arsyad paparkan setiap inci perbualan Arsyad dengan bibik.Nanti banyak pula bahasa alien yang bakal mengkonfiuskan kau orang.Dengan ini, Arsyad ambil keputusan untuk buat sipnosis pendek tentang perbualan kami.
Sebenarnya, foto tu diambil ketika umur bibik baru mencecah 19tahun.Foto ini diambil di Jakarta, sebelum bibik datang ke Malaysia secara haram..Ops, tersalah gurau pula. Maksud Arsyad, menduduki Malaysia secara halal. Jika dihitung dan ditolak, usia bibik sekarang ni sudah mencecah 32tahun . Wow! Arsyad ingat umur bibik 65tahun.
Lelaki yang bergambar dengan bibik ialah teman lelakinya. Cinta monyet bibik tak mampu bertahan lama kerana bibik terpaksa kerja di Malaysia. Bibik terpaksa tinggalkan soul mate@ sweetheart nya kerana ingin menyara keluarga tercinta.Besar betul pengorbanan perempuan yang bergelar bibik ini. Tapi, kenapa baru sekarang perempuan yang cekal hati ni menangis? Kenapa bukan 10 tahun lepas ataupun 10 hari yang lalu? Anda tidak perlu menunggu jawapannya selepas iklan sebab Arsyad akan bagi tahu jawapannya di muka surat akhir novel ini.Woha! Arsyad tipu aja. Bibik menangis kerana semalam dia melihat Wak Karjo( darling bibik yang terpisah 13tahun) bekerja sebagai tukang kebun jiran Arsyad. Maka, winter sonata pun bermula.Cinta lama kembali berputik. Bibik mengaku yang dia masih sayang Wak Karjo. Tapi, bibik tak tahu macam mana mahu bersemuka dengan kekasih hatinya selepas terpisah berabad lama. Bibik cakap..oh! esok la pula sambung cerita bibik. Arsyad dah nak nazak sebab terlampau lapar. Arsyad tak nak kerana kasih tak kesampaian antara bibik dan Wak Karjo, gambar Arsyad maut sebab kebuluran terpampang dalam surat khabar Metro esok.
Mata bibik makin merah.Arsyad nampak bibik sapu air mata waktu dia menyediakan bakso special untuk Arsyad. Kesian bibik. Arsyad yang baru putus cinta amat memahami situasi bibik. Arsyad rasa risau kalau-kalau bibik menangis tak henti-henti. Nanti, air mata tu tumpah dalam mangkuk bakso special Arsyad.Demi bakso tercinta, Arsyad kena selamatkan keadaan. Arsyad pujuk bibik suruh sambung tidur dan lupakan masalah tu. Arsyad janji, esok Arsyad akan selesaikan masalah bibik.
Alhamdulillah! Satu masalah dah selesai. Bibik dah masuk tidur.Baru aja Arsyad nak memulakan suapan pertama, Arsyad dengar bunyi rangka berjalan. Alamak! Itu Along! Tapi, Arsyad tak rasa terancam sebab Along sebenarnya masih lentok dibuai mimpi. Rupa-rupanya, Along berjalan sembil tidur. Arsyad pun apa lagi, terus ambil gambar tidur Along yang 250% lagi kiut kalau nak dibandingkan dengan wajah bibik pakai bedak sejuk. Esok, Arsyad nak ugut Along yang Arsyad akan tag foto dia dalam Facebook.Huahua..ops..tak boleh gelak kuat-kuat. Nanti Along bangun tidur. Erm, gambar aja tak cukup , baik Arsyad rakamkan kenangan terindah Along ni.Camera, role action!
Arsyad, remp-it
Di pagi yang sepoi-sepoi bahasa, waktu tu bibik tengah tuang tea dalam cawan Arsyad, mama suarakan sesuatu yang Arsyad tak pernah bermimpi pun nak miliki. Mama suruh Arsyad ambil lesen kereta dan motor.Adakah Arsyad patut rasa gembira.Jawapannya mungkin ya atau tidak.Er, entah laa..
Kerana pagi yang sepoi-sepoi bahasa inilah Arsyad tercongok kat sini, berjemur tengah panas. Kalau Arsyad tunggu 10 minit lagi tak mustahil Arsyad akan bertukar menjadi Arsyad golek ataupun Arsyad panggang.Dah satu besen Arsyad berpeluh, tapi dia masih tak sampai-sampai. Janji pukul 1, tapi sampai pukul 3 pun tak nampak batang hidung.Bosan betul. Ni la orang Melayu, janji tak pernah nak tepati.Tahu tabur janji aja, tunaikan janji tak tahu.Ingat syok ker tunggu lama-lama kat sini. Tahu tak Arsyad ada banyak kerja kat rumah. Asyad ada berlambak game computer tak main lagi. Komik pun bersepah yang Arsyad tak baca. Diorang tak tahu ke masa itu emas.Tak pasal-pasal Arsyad bazir masa buat kerja tak berfaedah.Hidup manusia ni tak panjang. Baik Arsyad isi masa Arsyad dengan alunan zikir dan solat sunat. Chewah! Tersasul alim la pula orang yang tak solat zuhur lagi hari ni. Erm, subuh pun tak qada lagi..aiseyman..Inilah umat akhir zaman.Iman senipis kulit bawang. Masyaallah!
Hah! Dah sampai pun siput babi mengandung yang ditunggu. Bagus! Nampak sangat siput babi yang mengandung 3bulan lagi laju daripada insan yang ditugaskan untuk hantar Arsyad ke kelas memandu. Adoi, bosannya tunggu. Penat goyang kaki kanan, Arsyad goyang kaki kiri.Kalaulah goyang kaki boleh dapat duit, gerenti Arsyad dan jadi jutawan dunia sekarang. Silap hari bulan, jutawan gula pun boleh tabik spring Arsyad.
Syukur Alhamdulillah. Insan yang ditunggu selamat sampai ke destinasi yang dituju.Arsyad ingat dah tercampak ke Taman Barzakh. Apa la perempuan ni. Bawa kereta pun terkedek-kedek macam orang baru dapat lesen P pagi tadi. Naik Kancil aja tapi muka dah kerek macam orang bawa Aston martin warna hijau lumut. Dah la ini hari pertama Arsyad belajar bawa motor.Arsyad tak nak la datang lewat ke kelas memandu
Arsyad buka pintu kereta bahagian belakang. Maklum la dah terbiasa duduk belakang. Perempuan yang tidak dapat dikenalpasti lagi namanya pun memaksa Arsyad duduk di sebelahnya. Ceh! Ikut sedap dia aja nak paksa orang duduk sebelah dia. Awak ingat awak bini saya ker??? Oleh sebab muka dia boleh tahan juga ayu, Arsyad pun dengan rela hati duduk depan. Sebenarnya, kalau dia merayu suruh Arsyad duduk dalam bonet kereta pun Arsyad sanggup. Menurut tips playboy yang diwasiatkan oleh datuk sebelum dia mati kena hempuk dengan kuali logam nenek: adalah haram dalam kamus hidup kasanova untuk menghampakan permintaan perempuan cantik.Sila ambil perhatian! Hanya perempuan cantik sahaja ya.
“sorry, saya lambat.Tadi banyak kerja sikit. Baru aja nak ambil awak, ibu suruh saya hantar adik rumah Kak Anie.Maaf ya.Oh, nama saya Nadira”
“Alaa.Bukan lama sangat pun saya tunggu.Lagi pun bus stop ni dekat aja dengan rumah saya.Masuk aja lorong XXX, terus jumpa rumah saya.Panggil saya Acap”
Oh! Bertapa sopan santun nya Arsyad hari ni.Sejuk perut mama yang mengandungkan Arsyad sembilan bulan.
“Laa..Kenapa tak cakap? Esok Nadira ambil Acap kat rumah ek. Acap, kita pergi makan dulu boleh tak?Lagipun Acap punya giliran pukul 4 petang”
Amboi, suruh Arsyad bersiap pukul satu. Tapi, belajarnya pukul 4.Arsyad sabar bro.Tak rugi maintain sabar depan awek cun.Ingan pesan atuk!
“Boleh juga. Arsyad pun tak makan dari pagi tadi”
Dalam kepala Arsyad dah terbayang 2pinggan mee goreng mamak yang baru aja Arsyad telan tadi.Perut pun masih berasap lagi. Demi Nadira yang cun, Arsyad dah menipu 2 kali petang ni.Tak apa! Tak salah angkur pesan arwah atuk.
Sebenarnya ada hikmah juga Arsyad makan dengan Nadira. Nadira ni perempuan yang cool giler. Arsyad tak sangka disebalik keayuan dan kelembutan yang dimiliki, Nadira ni expert gila pasal motor.Nadira cakap dia minat gila pasal superbike teruamanya R1 Yamaha. Nadira cakap dia dah biasa setting caborator motor. Arsyad ternganga bila dengar Nadira cerita pasal motor.Nasib baik tak masuk lalat. Dah la lalat banyak kat kedai makan ni. Agaknya pemilik kedai makan nie bergiat aktif dalam penternakan lalat.Dah! Sampai di situ saja adengan mengutuk kedai makan yang makanan dia langsung tak sedap tapi harga mahal macam harga pisang goreng hotel 5 bintang.
Sampai kat kelas memandu Bitara, mulut Arsyad masih kekal ternganga.Nadira cakap dia pernah ditaja untuk mewakili Terengganu dalam Malaysian Cub Prix di litar Sepang .Tapi, Nadira tolak sebab waktu tu dia sibuk dengan PMR. Penaja tu cakap Nadira ada bakat dan dia sayang nak lepaskan Nadira.Kalau Najihah terima tawaran penaja tu, Najihah merupakan perempuan pertama bawah 17tahun yang bergiat dalam Malaysian Cub prix.Hebatkan?? Eh, kenapa pula kau orang yang lebih-lebih ternganga??? Hehe..kagum laa tu.
Nadira tinggalkan Arsyad kat Bitara sebab dia kena ambil pelajar lain pula.Memandangkan Arsyad tak pernah bawa motor, Arsyad diajar bawa motor di luar litar.Alaa..kacang aja bawa motor rupanya.Arsyad tak sabar nak bawa motor atas litar.Adoi, lambatnya dapat lesen kereta dan motor.Hari ni belajar bawa motor, esok belajar bawa kereta. Yahoo, esok boleh lepak dengan Nadira lagi.
Apa yang paling tak syok hari ni, ialah waktu balik.Arsyad ingat Nadira yang hantar Arsyad balik.Rupa-rupanya ibu Nadira Arsyad yang hantar.Adeh! Tak syoknya. Ibu Nadira, Ummi Raihan cakap, dia akan mula mengajar Arsyad lepas Arsyad dapat lesen L. Arsyad rasa gugup pula bila dapat tahu kena berguru dengan bakal mama mertua.So, Arsyad berjanji akan buat yang terbaik demi kebaikan hubungan Arsyad dengan Nadira.Chewah! Nadira tak cakap apa-apa, Arsya pula yang feeling lebih-lebih.
Tengah Arsyad layan perasaan jiwang ni, radio dalam kereta mainkan lagu Cinta Datang Lagi..Fuyoo! Dina ni macam boleh baca apa yang bergelora dalam hati Arsyad.Jangan-jangan Dina cipta lagu ni khas untuk Arsyad.Yaallah! Selamatkanlah hamba-Mu ini daripada menanggung dosa perasan terlebih.Penyakit perasan dia dah sampai kategori paling kronik.Lamunan Arsyad akhirnya terhenti bila Ummi Raihan tarik break.Eh, Ummi Raihan berhenti kat kedai buku.
“Kejap ek, Arsyad. Auntie nak beli Mastika”
Hati Arsyad ingin mengutuk, tapi Arsyad tak ada masa yang cukup untuk menjalani aktiviti sumpah-menyumpah dan kutuk-mengutuk.Arsyad pun menggunakan peluang yang ada untuk membeli majalah pasal motor dan kereta. Tengah Aryad sibuk belek majalah, Ummi dah ajak Arsyad balik.Arsyad pun capai aja mana yang patut. Dekat counter baru Arsyad sedar yang Arsyad ambil majalah Motorsikal.
‘Hek eleh! Apa kelas majalah Motorsikal’
Mungkin itu yang bermain di benak fikiran kau orang.Memandangkan Arsyad ni kuno dan jahil pasal kereta,so, apa salahnya Arsyad baca majalah ni.Lagipun kita kena sokong majalah tempatanOh,yeah! That’s my style! Maka dengan ini bermula lah trademark baru Acap Rempit: Bergaya,macho, stylo dan beriman! Cayalah beb!
“Erm, adik.nak bayar atau tak?? Dah ramai orang beratur kat belakang.”
Ceh! Ter-mengelamun lagi.Aduish, kenapa tiba-tiba rasa bengang.Arsyad pun cepat-cepat bayar dan berlari masuk kereta.Dalam kereta, Arsyad belek puas-puas majalah Motorsikal.Erm, boleh tahan juga kandungan majalah niLepas ni Arsyad nak buat koleksi majalah kereta dan motor. Esok, Arsyad nak bagi Nadira pinjam buku nie.Arsyad senyum.Bukan senyum biasa tapi senyum miang yang sangat lebar dan Arsyad pasti, senyuman Arsyad ni amat ngeri pada pandangan Ummi Raihan. Kalau dia tak rasa ngeri, tentu dia tak kan tertukar gear 3 dengan gear reverse.
Owh, maafkan daku wahai bakal ibu mertuaku yang bakal kusayangi sepenuh jiwa raga.
Jatuh cinta lagi..
Masa berlalu dengan pantas.Tinggal lagi 2minggu, Arsyad akan dapat keputusan SPM.Tak apa, lepak la dulu.Lagi 2minggu.Lama lagi tu.Sempat lagi nak bertaubat apa yang patut.Arsyad dah habis belajar bawa kereta.Sekarang Arsyad kena tunggu lesen L Arsyad diproses.Lepas ni boleh la ambil lesen P pula.Bosannya lepak kat rumah.Kalau dulu, boleh la juga lepak dengan Nadira 3kali seminggu.Sekarang, kita orang dah tak jumpa.Adakah keadaan ini mengecewakan pembaca sekalian? Jangan mudah rasa kecewa, kelak nanti akan terluka.Walaupun kami dah tak jumpa, itu tak bermakna kami tak berhubung langsung. Arsyad selalu la juga ber-sms dengan Nadira. Melalu SMS ni la kita orang dapat selami dari hati ke hati antara satu sama lain.Woha!
Sekarang, baru Arsyad tahu yang Nadira ni bukan sahaja pencinta motorsikal.Dia ni juga kaki lumba.Apa yang buat Arsyad terkejut sampai terkeluar biji mata ialah, Nadira ni kaki lumba haram.Memandangkan kat Terengganu tak ada litar Sepang, Nadira and the gang biasanya berlumba kat Durian Burung. Dia penah ajak Arsyad turut serta dalam perlumbaan tapi Arsyad selalu tolak.Entahlah! Walaupun, Arsyad suka sifat Nadira yang cool, tapi itu tak bermakna Arsyad selesa dengan semua tindak-tanduknya.Bagi Arsyad, perempuan kurang manis untuk bergiat dalam lumba haram.Bagi masyarakat, phanya perempuan murah yang terkinja-kinja berkecimpung dalam lumba haram.Arsyad tak nak orang anggap Nadira macam perempuan murah yang lain.Nadira unik.Dia berlumba bukan untuk dapatkan lelaki, tapi untuk kepuasan diri.Kalau la semua orang faham akan tujuan sebenar Nadira, pasti tak aka nada orang yang memandang seroong pada Nadira.Arsyad tak suka orang buat tanggapan buruk pada Nadira.Arsyad kenal Nadira dan Arsyad sayang Nadira, masa depan Nadira.
Arsyad pam tandas.Adoi! Tengah buang air besar pun Arsyad boleh mengalamun pasal Nadira.Sah! Arsyad memang angau,Adakah ini yang dinamakan cinta? Entahlah..
Masuk aja bilik, Arsyad tengok ada 2mesej dalam handphone, satu daripada orang yang memang tak penting.Walaupun dia mati tergolek sebab kena langgar basikal roda tiga, dia tetap tak akan jadi insan terpenting dalam hidup Arsyad.nak jadi watak tambahan pun belum tentu dia layak.Jadi, tak pelu letak nama dia dalam dalam novel ni Mesej satu lagi pula datangnya daripada Nadira Suhaila binti Fuad.
Mesej pertama:
Hai! Nama saya Dyra.Ingin menonton video peribadiku? Tapi YES dan hantar ke 38288 untuk melanggan
Hah! Kan Arsyad dah cakap tak penting pun untuk dibaca.Eeww..gelinya.Da laa guna nama Dyra.Sengaja laa tu nak cemarkan nama buah hati Arsyad
Mesej kedua(mesej daripada Nadira)
Salam Acap? Acap free x pagi esok?
Erm, Arsyad rasa macam free pagi esok. Baik Arsyad periksa jadual untuk esok dulu.Maklumlah, Arsyad ni sibuk orangnya,banyak hal negara perlu diselesaikan.Pagi esok kena buat apa ek? Oh,ya! Pagi esok Aryad kena main game God of War 2 sapai level 5.Lepas tu makan nasi lemak sambil tengok anime Yakitate Japan pukul 12.30.Kemudian, gosok gigi pukul 1.15p.m.Tapi, tak apa.Dalam jadual tu tulis, main game bermula pukul 11.Ini bermakna, sebelum pukul 11 Arsyad free.
Acap free.Kenapa?
Tak sampai seminit, Arsyad dengar suara budak kecik merungut:
Alamak! Ada mesej pula!
Suara anak siapa pula ni? Oh, lupa! Tu bunyi mesej alert Asyad.Cepatnya Nadira balas mesej
Boleh tak Acap teman Nadira pergi jogging esok kat Pantai Batu Buruk?
Arsyad angguk laju.Di saat itu juga Arsyad dapat rasakan anggukan Arsyad sebentar tadi hanya melambangkan kebodohan si pengangguk tersebut.Arsyad juga terpaksa mengiyakan bahawa anggukan tanpa gaji itu tidak membawa apa-apa faedah melainkan sengal-sengal tulang dan lenguh-lenguh badan yang mengakibatkan Arsyad berkunjung ke Seven Eleven sebentar lagi untuk membeli panadol active5.Hek eleh! Walaupun Arsyad angguk lagi laju daripada kereta F1, Nadira tetap tak tahu yang Arsyad bersetuju.Untuk tidak membodohkan diri sendiri yang agak kurang cerdik, Arsya pun membalas mesej Nadira dengan segera.
Boleh.Kita jumpa kat sana pukul 7.15
Arsyad tersenyum bangga.Maka esok, akan tercatatlah dalam sejarah bahawa seorang remaja berusia 18 tahun akan bangun awal demi seorang lagi remaja berlainan jantina yang turut berusia 18tahun.Memandangkan Arsyad ini termasuk dalam kategori manusia yang susah bangun pagi, Arsyad kena buat langkah persediaan drastik malam ni.
`Langkah pertama ialah, mengunci jam loceng ‘hello kitty’ yang berada di sebelah katil bibik.Hal ini kerana Arsyad mana ada jam loceng.Lagipun kalau Arsyad ada jam loceng sekali pun, belum tentu Aryad akan bangun tidur.Jadi, baik kejutkan bibik aja.Bila bibik bangun,bibik kejut la Arsyad pula.
Langkah kedua ialah, mengambil jam loceng yang ada dalam bilik papa dan mama.Kerja ini mudah aja.Pendek kata, makan nasi lagi susah daripada kerja ini.Langkah ketiga adalah langkah yang paling rumit dan memualkan.Langkah ketiga melibatkan pengorbanan jiwa dan raga.Malah, langkah ketiga ini memerlukan persediaan fizikal dan mental yang secukupnya.Langkah yang dimaksudkan ialah, menyelinap ke bilik Along untuk ‘pinjam sekejap’ jam loceng ‘mickey mouse’ Along..Ewww, dah tua kerepot pun masih pakai jam loceng ‘mickey mouse’!! Patutlah otak lambat berkembang.
Seterusnya adalah langkah terakhir.Langkah yang dimaksudkan ialah dengan mengunci dan meletakkan jam yang berada dalam bilik papa dan mama serta along ke dalam bilik bibik.Dengan ini secara tidak langsung, bibik akan bangun awal esok.Bila bibik bangun awal, bibik bakal mempunyai masa yang banyak untuk memastikan Arsyad bangun tepat pada masanya.Bergeliganya otak anak mama dan papa, dan cucu kepada atuk serta nenek serta anak didik kepada juulatih PLKN,cekgu Roy!(erm..nama siapa lagi Arsyad lupa nak letak?Alamak! lupa nak letakkan sekali nama cekgu taska Arsyad!)
Selepas menyempurnakan apa yang dirancang, Arsyad bergegas pergi ke bilik bibik.Waktu itu jam telah menunjukkan pukul 12.35malam. ni semua salah Along laa. Dia bergayut dengan kat Qorak lama sangat. Arsyad terpaksa tunggu Along pergi ke tandas untuk menggosok gigi.Selepas bergayut 45minit , baru Along menunjukkan tanda-tanda untuk pergi ke tandas.Firasat Arsyad jelas menyatakan Along ada perasaan istimewa pada kat Qorak.Memandangkan misi penting belum terlaksana, maka Arsyad tangguhkan dulu gosip liar ini untuk digosipkan di hari dn waktu yang lain.
Nasib baik bibik belum tidur lagi.Bibik tengah sibuk sikat rambut sambil menyanyi-nyanyi kecil.Hairan! Arsyad ingat sikat akan patah bila terkena rambut bibik.Jangan-jangan, bibik guna sikat besi kot.Agh!! abaikan.
Arsyad pesan pada bibik supaya kejutkan Arsyad tepat pada pukul 6 pagi esok.Hal ini bermakna, pukul 5.59 pagi bibik dah wajib terpacak depan penjuru katil Aryad sambil memakai topeng.alaa..Arsyad mudah kena serangan jantung waktu pagi.Arsyad perlu buat persediaan yang cukup sebelum tengok muka bibik yang baru bangun tidur.Kalau tak buat persedian secara rohani, Arsyad bakal jadi arwah sebelum sempat sarapan pagi.Bibik mengangguk tanda bersetuju dengan permintaan Arsyad.Arsyad ugut bibik untuk memastikan Arsyad benar-benar bangun tidur pagi esok.Bibik angguk macam biasa.Tapi, anggukan bibik tidak mampu memadamkan keraguan dalam diri Arsyad.Jadi, Arsyad pun ambil keputusan untuk menggunakan plan B(Brilliant,Bravo dan Bertawakal).Arsyad buat tawaran untuk benarkan bibik dating dengan Wak Karjo kalau bibik berjaya kejutkan Arsyad.Secara spontan, bibik terus melompat sambil cakap.”Yes, boss!”
Eh,eh, speaking laa pula bibik ni.Tapi, tak apa.Janji Arsyad bangun awal esok.
Arsyad pun terus balik ke bilik dengan rasa senang hati. Baring aja atas katil, Arsyad terus capai handphone.Eh, ada mesej bergambar daripada Nadira.
Gambar Nadira berbaju tidur sambil mengenyit mata sudah cukup untuk membuatkan jantung Arsyad melompat keluar dari badan selama 20 saat.Jantung Arsyad berdebar-debar.Mms itu berbunyi bergini:
Thanks Acap,selamat malam.Sayang awak sangat-sangat
Arsyad pasti Arsyad tidak melompat seperti bibik bila dapat tawaran istimewa daripada Arsyad.Arsyad memang tidak melompat,tapi,Arsyad terbang sampai pecah bumbung bilik.Ku bahagia! Hati Arsyad berbunga riang.Inilah yang dinamakan cinta!
Sebelum tidur, Arsyad tenung sekali lagi gambar Nadira.
‘Sweetnya’, Perkataan itu terus meluncur daripada mulut Arsyad tanpa disedari. Tidak dapat dinafikan, Nadira memang tampak ayu malam ni.Muka melayu asli. Wajahnya lembut keibuan, bibirnya mungil,warna merah delima. Mata dia nakal.Ya,nakal. Kenyitan matanya sudah cukup menggambarkan kenakalan Nadira.Ketika berbaring atas katil,Arsyad pusing kiri,pusing kanan dan bermain pusing-pusing.Alamak tersalah tiru aksi dalam filem Hindustan! Nampaknya Arsyad angau lagi.Macam mana nak bangun awal kalau malam ni tak boleh tidur?
Arsyad gelisah.Arsyad ambil keputusan untuk menatap gambar Nadira sekali lagi.Cantiknya dia! Gara-gara Nadira, Arsyad tidur sambil menggenggam kemas handphone di tangan.Pengajaran kepada kaum wanita, jangan mms gambar pada kaum lelaki sebelum dia orang masuk tidur.Kalau langgar hukum alam ini, teman lelaki anda akan terkena bala tidur tak lena. Kalau tak percaya, kau orang boleh tengok apa yang jadi pada Arsyad malam ni.Semua ini gara-gara si ayu Nadira yang memakai pyjamas warna merah jambu bercorak teddy bear.
Tiba-tiba persoalan nakal terbit dalam benak fikiran Arsyad.Kenapa ya Nadira hantar gambar sebelum dia tidur? Kenapa Nadira tak hantar gambar selepas dia bangun tidur. Arsyad ingat lagi pesan arwah Opah. Opah cakap kalau nak tengok kecantikan sebenar seorang perempuan, tengok la ketika perempuan itu tidur dan selepas perempuan itu bangun tidur.
Erm, macam mana agaknya muka Nadira bangun tidur.?Mungkin kah masih kekal ayu macam gadis melayu terakhir ataupun macam muka makcik cleaner Indon kat tandas Perpustakaan Awam negeri Terengganu?Tiba-tiba, Arsyad terbayang muka bibik baru bangun tidur.Oh, mustahil! Mungkin wajah Nadira serupa macam Along bila bangun tidur.
Di saat itu juga Arsyad terbayang peristiwa ketika Arsyad berumur 10 tahun. Waktu tu kita orang baru pindah rumah. Along ni penakut. Dia merengek macam ayam baru hilang telur 3 biji sebab takut nak tidur sorang-sorang dalam bilik.Syahdu gila suara rengekan Along. Pendek kata, kalau Jacko, ayam jantan milik atuk dengar gerenti ayam jantan tu pun akan teresak-esak menangis macam orang baru mati bini muda akibat dibunuh oleh bini tua.
Oleh sebab Along menangis tak henti-henti kerana takut yang extreme (Kononnya!), papa pun paksa Arsyad untuk teman Along tidur. Arsyad pun apa lagi, terus geleng kepala tanda memprotes.Mana macho tidur dengan perempuan yang tak cun. Nanti jatuh la saham Arsyad. Tapi, papa pandai memujuk. Papa janji untuk belikan Arsyad set jet perang. Jadi, Arsyad terpaksa juga lafazkan ayat, “yes, boss!”(Arsyad pinjam ayat bibik kejap)
Diringkaskan cerita, pagi tu Arsyad pula yang menangis teresak-esak.Pukul 4pagi, Arsyad terkejut daripada tidur.Arsyad pandang sekeliling. Kawasan sekitar Arsyad gelap gelita. Belakang Arsyad rasa sakit. Arsyad tertanya-tanya di mana Arsyad berada. Firasat Arsyad mengatakan Arsyad telah ditendang oleh Along sehingga jatuh tergolek ke bawah katil. Tapi tu hanya firasat yang berlandaskan teori budak berumur 1o tahun semata-mata. Hakikat sebenarnya lagi ngeri daripada apa yang Arsyad jangkakan. Along tidur terlampau brutal sampaikan Arsyad tercampak ke luar rumah.Oh! patutlah gelap sangat. Bila Arsyad masuk bilik Along kembali,Arsyad tengok rambut Along mengerbang macam pokok bongsai, air liur basi pula mengalir ke Selatan,Utara, Timur dan Barat.Adakah ini yang dimaksudkan opah kecantikan ketika tidur?Oh! tidak!
Oleh sebab itu Arsyad tak sanggup membayangkan keadaan Nadira selepas bangun tidur.Tak perlu la dia mms gambar selepas bangun tidur. Arsyad dah cukup bahagia dengan gambar yang sedia ada. Selamat malam Nadira! Selamat malam Malaysia.Arsyad tidur dulu.
Bibik vs sang siput khinzir
Pagi yang begitu damai sekali.Burung berkicau, ayam berkokok dan harimau mengaum dengan manjanya.Siput babi pun nak join sekaki.Tertonggek-tonggek sang siput babi.Mungkin sang siput babi ingin menonjolkan diri yang agak kurang menyerlah sejak akhir-akhir ini. Siput babi menonggek lagi.Kali ini tonggekkannya lebih tinggi dan juga lebih seksi daripada biasa. Ya! Akhirnya si siput babi sampai ke destinasi yang dituju. Siapa sangka, selambat-lambat siput babi akhirnya mampu juga sampai ke destinasi yang didambakan. Oleh sebab itulah kita patut mengaplikasikan kegigihan siput babi dalam kehidupan seharian.Tahniah kepada siput babi yang akhirnya berjaya ke pejabat pendaftaran untuk menukar kad pengenalan diri.Kini, siput babi bukan lagi siput babi tapi telah bertukar nama menjadi siput khinzir.woha!
Tujuan sebenar Arsyad masukkan cerita sang siput babi yang gigih adalah untuk memupuk elemen gigih dalam diri kau orang dan juga bibik.Kalau kita tak gigih,kita akan gagal peroleh apa yang kita hajati selama-lamanya.Inilah yang terjadi kepada bibik pada pagi ini. Walaupun siput babi@ siput khinzir(sudah bertukar nama!) berbeza alam daripada bibik, tetapi kalau dibandingkan daripada perspektif kegigihan dan kecekalan nescaya bibik akan jatuh tersungkur pada kedudukan paling bawah.Takziah kepada bibik kerana gagal kalahkan sang siput yang dulunya bergelar babi tetapi kini sudah naik pangkat menjadi khinzir
Bibik gagal pada hari ini! Kenapa bibik gagal? Sebab bibik tak gigih dan cekal.Kalaulah bibik cekal, mesti kepercayaan yang Arsyad letakkan pada bibik tak akan hilang.Ini semua salah bibik!Bibik janji nak kejutkan Arsyad awal pagi ni.Memang la bibik kejut Arsyad, 2,3,4,5,6,7 kali, tapi cara bibik kejut tu kurang berkesan.
Arsyad ni memang liat nak bangun pagi Keliatan tu akan bertambah bila perempuan yang kurang comel serba-serbi ditugaskan untuk kejutkan Arsyad.Tapi, nasib baik bibik adalah bibik.Kalaulah bibik bertukar menjadi Wak Karjo, walaupun dihunus pedang samurai kat leher Arsyad sekali pun belum tentu Arsyad bangun.Baik pejam mata selama-lamanya daripada tengok muka si gondol pujaan bibik.Ngeri!
Mungkin kau orang masih gagal menangkap apa yang terjadi pada pagi yang agak dajal ini.Tak apa! Biar Arsyad terangkan satu persatu.Cerita bermula bergini:
Pagi tu bibik kejut Arsyad pukul 6.3o pagi.Tapi, waktu tu Arsyad terlampau mengantuk.Mata Arsyad tak boleh buka.Arsyad rasa mata Arsyad macam kena tindih dengan 3 ketul bas,4 biji lori dan sehelai basikal.Eh,apa yang Arsyad melalut pagi-pagi buta ni??Oleh sebab Arsyad mengantuk gila pada pagi yang sangat tidak bertuah tu,Arsyad pun minta bibik kejut Arsyad lagi 5 minit.Memandangkan cubaan pertama gagal, bibik pun melakukan cubaan kedua selepas 5 minit.Bibik goncang lembut bahu Arsyad sampai Arsyad buka sebelah mata.Kali ni, Arsyad cakap kat bibik supaya kejut Arsyad lagi 10 minit.Bibik yang memang tak banyak songeh terus bersetuju.Selepas menunggu 10 minit, bibik pun melancarkan cubaan ketiga. Cubaan ketiga ini agak extreme kalau nak dibandingkan dengan cubaan yang lain.Pada cubaan kali ni, bibik goncang badan Arsyad sampai bergegar bulu ketiak bibik.Tapi, Arsyad tetap berkeras tak nak bangun.
Waktu tu dalam diri bibik ada sedikit keazaman si siput khinzir.Maka, bibik pun berusaha kejut Arsyad sampai bangun. Tak cukup dengan goncang arsyad, bibik goncang pula katil Arsyad.Tapi, macam yang Arsyad cakap sebelum ni: Arsyad ni liat bangun tidur. Dan, keliatan Arsyad ni telah mendorong mulut Arsyad yang tak pernah sayang tuan dia mengungkapkan kata-kata hikmat pada bibik.
Dalam keadaan mata terpejam rapat, Arsyad telah berjaya mempengaruhi bibik dengan teori yang direka sendiri.Teori Arsyad berbunyi begini:
“Bik, bik tahu tak sebenarnya tak elok bangun pagi-pagi”
“Ngapa ya sih nggak elok bangun pagi-pagi? Bibik bingung dong”
“bibik..oh,bibik..kita memerlukan tidur yang cukup untuk memastikan kulit sentiasa sihat dan cantik.Baru lah kulit sentiasa muda bik”
“Begitu ya dong.Tapi kok, bibik udah tidur banyak semalam”
“Udah bik..Usah bikin ribut.Ayuh jom tidur bik,5minit aja.Ayuh bik, demi kejelitaan berpanjangan bik”
“Tapi bibik sarapan pagi nggak beres lagi dong.”
“Alaa..tidur 5minit aja bibik.Apa salahnya tidur sekejap demi kecantikan hakiki buat Wak Karjo bik.Ayuh bibik,usah tangguh-tangguh.Tidur aja di kamar ni.Kok, sofa Acap kan ada.”
Bila bibik dengar aja nama Wak Karjo, benteng keazaman bibik yang seteguh keazaman siput babi terus roboh.Bibik mengambil keputusan untuk tidur selama 5minit di atas sofa,dalam bilik Aryad.Kita merancang,tapi Tuhan yang menentukan.Sipa sangka 5minit dah bertukar menjadi 45 minit.Tepat pukul 7.30 pagi handphone Arsyaad berdering diikuti dengan jeritan Arsyad dan juga jeritan ala-ala manja bibik ku sayang.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!
Selepas menjerit 20 saat, Arsyad pun menjawab panggilan.
“Er,hello Nadira..ehem..ehem”
“Hai..Baru bangun tidur la tu.hahaha..Confirm solat subuh pun terbabas”
“Aik,macam mana Nadira boleh tahu?”
“Alaa..suara Acap serak macam orang bangun tidur.Acap bersiap cepat-cepat tau.Nadira on the way nak ambil Acap”
“Haaa???”
“Ok, bye..Kejap lagi Nadira sampai”
Nadira pun mematikan panggilan.Arsyad terpinga-pinga.Biar betul! Nadira nak jemput Arsyad? Macam tak macho aja.Argh, abaikan! Arsyad dah lambat ni.Serentak dengan itu Arsyad dan bibik terkocoh-kocoh keluar bilik.Arsyad berlari menuju ke tandas, bibik pula berjalan dengan laju ke dapur.Alaa..bibik mana larat berlari.Boleh jalan laju pun dah kira bagus.Dah boleh kira kejayaan besar.Kalau tak percaya dengan segala hormatnya dipersilakan tanya bibik. Betulkan bik?
Dia datang!
Arsyad meluru ke tandas.Arsyad kunci pintu dan tanggalkan baju dalam masa 3 ½ saat.Wah! pencapaian yang amat memberangsangkan.Kalau dihari lain Arsyad akan bangga gila,kembangkan hidung selagi yang termampu.Tapi, benda ini tak akan terjadi pada hari ini.Hidung Arsyad tak kan mengembang seperti payung,mahupun belon ataupun adunan tepung bercampur kismis yang diletakkan ibu yis(oh!tiba-tiba rasa macam nak tengok anime yakitate! japan)
Sambil gosok gigi, Arsyad renung cermin.Arsyad dapat rasakan macam ada sesuatu yang akan terjadi.Arsyad rasa berdebar-debar.Arsyad bingung.Dah puas Arsyad fikir tapi Arsyad masih buntu.Naluri lelaki Arsyad dapat rasakan ada sesuatu yang tak kena.Tapi, apa? Fikiran Arsyad mengerawang seketika.Satu persatu wajah muncul di benak fikiran Arsyad.Bermula dengan wajah perempuan yang tidur atas sofa Arsyad selama 45minit, diikuti dengan wajah Along dan pasangan sulitnya,Qorak.Kemudian Arsyad terbayangkan wajah mama dan papa.Oh,ya! Kedut mama dah bertambah tahun ni! Saiz pinggang papa pula dah naik dua inci, melebihi rekod bulan lepas.Seterusnya, fikiran Arsyad menjalar pada wajah jejaka pujaan seantero bibik di Malaysia.Siapa lagi kalau bukan Wak karjo yang miskin rambut tapi kaya janggut.
Siapa lagi ya calon seterusnya?Oh, Nadira si pemilik senyuman yang boleh membuatkan Arsyad kena penyakit kencing manis kalau renung lama-lama.Nadira berbeza dengan Lisa.Tapi, Nadira mempunyai keistimewaan tersendiri.Ah, Lisa! Dah lama Arsyad tak fikirkan tentang Lisa.Tiba-tiba, Arsyad rasa sedikit rindu pada Lisa.Tak banyak, sikit aja.Sekecil duit syiling 5sen yang dibelah lapan.
Entah kenapa hati Arsyad masih tak tenang setelah memikirkan wajah-wajah penduduk planet bumi tersebut..Ternyata bukan mereka yang menyebabkan Arsyad berdebar.Mungkinkan Arsyad jadi begini kerana Arsyad lupakan sesuatu yang paling bernilai dalam hidup Arsyad? Mustahil! Arsyad bukan pelupa.Arsyad pejam mata rapat-rapat.Arsyad tarik nafas panjang-panjang.Uh! Hancingnya bau tandas ni.Kemudian, Arsyad buka mata luas-luas.Di depan Arsyad berdiri seorang insan yang agak bergaya dan seksi.Mungkinkah insan ini tahu masalah sebenar yang bersarang di hati Arsyad.Tak mungkin, kalau dia tahu tak akan lah dia berkerut memerah otak,berteleku di depan cermin.Ceh! syok la pulak tengok muka sendiri kat cermin.Rasa macam nak jatuh cinta pula..Eh,Arsyad! Fokus!Fikir dalam-dalam.
Hah! Arsyad dah ingat kembali.Baru Arsyad sedar kesilapan Arsyad.Sebelum ni belum pernah sekalipun dalam hidup Arsyad lakukan kesilapan macam ini.Arsyad harap ini merupakan kali pertama dan terakhir.Kesilapan Arsyad memang tak boleh dimaafkan.Ada ke patut Arsyad lupa nak bawa tuala masuk tandas.Nanti, Arsyad nak lap badan pakai apa.Adoi, lecehnya! Hilang mood nak mandi! Tak jadi laa mandi.Basuh muka pun dah cukup.Seterusnya,Arsyad pun menghempas pintu dan berlari keluar daripada tandas dengan muka merah padam.Konon-konon ini reaksi spontan impak kemarahan maksimum sebab terlupa bawa tuala.
Buat pengetahuan para pembaca budiman, apa yang berlaku sebentar tadi merupakan gimik semata-mata kerana jejaka yang bernama Arsyad malas nak mandi.Ceh! Alasan aja tu.Dasar insan lahir tahun kambing!( 1991 kan tahun kambing dalam calendar cina).Hehe..penat Arsyad buat drama dari tadi sebab tak nak mandi.Alaa, kalau mandi pun bazir air ajaa.Nanti, lepas jogging kena mandi balik.Isyh! dah tak banyak masa yang tinggal.Bila-bila masa aja Nadira boleh sampai.Cepat bersiap!
Kau dan aku
Dalam keadaan tergesa-gesa, Arsyad berlari ke bilik.Tiba-tiba Arsyad terlanggar tengkorak kering.Memandangkan ini bukan rumah hantu ataupun tanah perkuburan, adalah tidak logik sama sekali untuk diletakkan watak tengkorak kering dalam cerita ni.Agak-agak la sikit.Jadi, elok lah kalau kita gantikan watak si tengkorak kering dengan watak Along.Hah! Baru lah ngam sikit!
Tengah Arsyad sedap-sedap berlari anak ke bilik,Along langgar Arsyad macam bas sekolah langgar mak semut.Dah la langgar, tak nak minta maaf pula.Situasi Along ni saling tak tumpah macam penggali kubur yang gali kubur tak ikut saiz mayat tapi ikut saiz dia.Nampak sangat cari nahas nak kena tanam.Along pun nampaknya cuba mencontohi akhlak si penggali kubur.Tak sabar nak kena tanam hidup-hidup dalam tanah la tu.Berani dia cari pasal dengan Arsyad!
Along!!!(Arsyad jerit dengan penuh gaya kelakian)
Acap!!!(Along pun jerit dengan penuh gaya kelakian, terampil dan unggul)
Eh,eh dia pun nak tunjuk jantan juga.
Sebelum Arsyad buka mulut, Along lantas bersuara
”Acap,ada perempuan naik motor cari Arsyad.Dia cakap nak jemput Arsyad pergi mana entah”
Oh!Dia dah datang!!Jap..Apa??Naik motor!!
Apakah perasaan kau orang bila kali pertama dating? Berdebar? Gembira? Bahagia? Teruja? Itu lah yang Arsyad rasa sekarang.Percayalah cakap Arsyad bahawa semua perasaan ini boleh menjadi berganda lagi syok sehinggakan jantung kau orang berdegup lagi laju daripada mat rempit speed motor,senyum lagi lebar daripada mat rempit yang baru dinobatkan jadi juara dan melompat lebih tinggi daripada mat rempit yang dapat tajaan kahwin free, ditaja khas oleh bapak sendiri pula tu.(Eh,kenapa bila sampai segmen nikmat dunia,nama mat rempit lagi banyak disebut daripada nama Arsyad?)Pendek kata semua kenikmatan ini akan anda kecapi jikalau anda berada di situasi yang sama dengan Arsyad.
Cuba bayangkan betapa bahagianya jika kau orang berada di atas motor Yamaha RXZ yang berwarna merah hitam.Motor itu pula boleh tahan juga hangatnya dipasaran sehingga para penunggang motor kapcai,pemandu lori sampah dan pembawa basikal roda tiga menjeling anda sampai mata nak naik juling.Kenikmatan ini diupgradekan dengan kehadiran awek yang cun melecun bersama anda menaiki motor..Banggakan? Rasa gah sekali! Situasi Arsyad lebih kurang macam ini juga tapi agak rendah sikit gred kemachoan kerana Arsyad ni pembonceng aja.Nadira yang bawak motor tue.Aisey, gugur lah kemachoan seorang lelaki pada hari ni.Nasib baik Arsyad ni muka tebal macam kerak bumi.Kalaulah muka Arsyad ni nipis macam tisu dah lama Arsyad terjun ala-ala superhero dari motor tu.
Walaupun situasi Arsyad agak pelik kalau nak dibandingkan dengan adengan romantik pasangan cintan cintun yang lain,tapi Arsyad tetap rasa bahagia.Dalam diam-diam, Arsyad tenung Nadira.Bibir dia seksi.Warna merah.Sweet sangat kalau dia senyum.Jantung Arsyad dah tak boleh duduk diam.Asyik dupdapdupdap dari tadi.Siapa rasa tak gelisah cik abang oi, kalau duduk dekat dengan anak dara cun.Dah laa bau dia pun boleh tahan wangi juga.Isyh!tergoda teruna mama dibuatnya.Sesekali, lengan Arsyad bergesel dengan kulit suam-suam kuku Nadira.Arsyad rasa macam kena karan.Nasib baik tak jatuh motor.
Arsyad rasakan bertapa peritnya bila jadi penumpang.Nak ajak Nadira bersembang, tapi Arsyad takut Nadira tak boleh tumpukan perhatian pula.Nanti, tak pasal-pasal kami dapat gelaran ‘arwah’ kejap lagi.Kalau Arsyad peluk pinggang Nadira, nanti dia cakap Arsyad ni miang pula.Tapi,kalau tak peluk nanti Arsyad jatuh tergolek dari motor pula.Sudahnya,Arsyad pegang aja palang kat belakang motor.Arsyad tenung Nadira sekali lagi.Kepala dia agak kelakar.Saiz kepalanya agak besar kalau nak dibandingkan dengan manusia normal..Atuk cakap orang yang besar kepala ni degil.Tapi,Nadira tak pernah pun tunjukkan symptom degil.Kepala Nadira agak pelik.Mungkin Arsyad anggap macam tu sebab Arsyad terlampau mengamati bentuk kepala dia.Arsyad tenung lagi kepala dia.Oh! rupanya yang berbenjol besar tu bukan kepala dia.Tu helmet la.Lupa pula Arsyad yang Nadira pakai helmet sekarang.Tapi tak apa,Nadira tetap nampak cun walaupun pakai helmet yang saling tak tumpah macam kepala tuk penghulu alien planet Marikh.
“Acap..Acap..tak nak turun ker? Dah sampai la”
“Hah! Er..cepatnya..er”
“Mengelamun la tu.Apa la Acap ni.Cepat, kita dah lambat.Nanti bila cuaca dah panas tak syok pula nak jogging”
Arsyad pun membontoti Nadira.Arsyad rasa tak perlu lah Arsyad ceritakan secara terperinci bagaimana kami berjogging,di mana kami melakukan aktiviti yang penuh bermakna itu dan apakah aktiviti sampingan yang kami buat.Kau orang bayangkan sendiri aja lah.Arsyad malas nak cerita panjang-panjang sebab Arsyad ni pemalu orangnya. Arsyad segan nak sebarkan hal peribadi kat pembaca budiman.Apa yang penting, Arsyad bahagia luangkan masa dengan Nadira.Bahagia Arsyad ni mencapai tahap infiniti hingga jumlah kebahagiaan ini melebihi kuantiti peluh yang tengah menitik sekarang.Kami jogging macam orang gila.Sebenarnya Nadira aja yang fanatik sangat jogging macam orang gila.Lutut Arsyad dah longgar macam tercabut skru pun Nadira tak nak berhenti lagi.Adoi,kalau minum susu Anlene 3tin pun belum tentu Arsyad larat berlari macam dia.Nadira ni lagaknya macam kena rasuk dengan hantu sukan.Erm, wujud ke hantu sukan dalam dunia ni? Ah, hentam aja la labu.Janji bunyinya best
“Acap dah penat ker?”
Ya! Itu la soalan yang Arsyad tunggu daripada tadi lagi.Tapi, soalan tu macam liat aja nak terpancul daripada mulut si cantik manis tu.Kalau la menunggu tu satu pekerjaan, gerenti Arsyad dah jadi denjutawan muda degan gaji sebagai penunggu berhemah.
“Nadira, jom berhenti rehat.Acap dah penat la.”
Arsyad tak tipu.Arsyad memang penat.Walaupun kat dahi Arsyad belum ada tercop perkataan penat tu, tapi, mata,hidung,mulut dan seluruh anggota badan Arsyad termasuk encik bulu kaki dan puan bulu ketiak mengaku yang dia orang dah kehabisan tenaga.Lidah Arsyad pun dah terjelir-jelir macam binatang yang haram disentuh apatah lagi dipeluk.Silap haribulan orang pun samakan Arsyad dengan spesies yang fitrahnya hanya menjelir dan menyalak.Wahai binatang yang tak penting untuk dipopularkan namanya dalam cerita ni,buat lah kerja yang berfaedah sikit seperti memancing.Kalau kena umpannya, bukan aja ikan yang dapat dipancing, anak dara orang pun gerenti dapat.Ni tak, asyik-asyik menyalak dan terjelir.Adoi, bencinya Arsyad kat binatang super bodoh lagi hodoh.Kesimpulannya, jangan samakan Arsyad dengan binatang tu walaupun cara menjelir kami agak seiras macam saudara kembar.Kami tak serupa!
“Alaa..Acap..Ni baru warm up.Tak start jogging lagi ni”
Dan serentak itu juga Arsyad pengsan dan jatuh tergolek atas pasir Pantai Batu Buruk.Oh, itu tak berlaku pun sebenarnya.Acap acah aja.
Arsyad ni bukan jenis keturunan yang ikut aja apa yang orang cakap.Arsyad bantah dengan lembut dan berdedikasi.Arsyad cakap kat Nadira yang Arsyad lapar.Pagi tadi Arsyad tak sempat nak sarapan sebab bibik bangun lambat.Hah! yang ini Arsyad tak tipu.Cuma Arsyad sembunyikan faktor yang mendorong bibik bangun lambat.Nadira kasihan kat Arsyad. So, kami pun berjalan menuju ke port makan Arsyad yang dipanggil KFC.
Itu memang keputusan yang bijak.Sesudah kita bakar kalori dengan berjogging,apa salahnya kita menambah kalori dengan mengkayakan lagi pihak KFC.Maka, kami berdua yang baru kehilangan kalori ni pun memasuki ke tempat yang bergelar KFC itu untuk mengisi kalori yang hilang.Mungkin istilah yang paling lemak manis digunakan sekarang ialah, menqada kalori yang kurang.Em, baru la bunyi macam beriman sikit.Ceh! sia-sia aja jogging berbatu-batu sampai nak tercabut usus perut.
Kami makan snack plate pada pagi itu.Diulang! kami makan snack plate.Mungkin Arsyad tak perlu ulang banyak kali tapi, izinkan Arsyad ulang sekali lagi.Kami makan snack plate bersama-sama. Bersama-sama yang dimaksudkan di sini bukanlah bermaksud kami telah mencapai kata sepakat untuk memesan menu yang sama.Tidak sama sekali!Sangkaan itu teerlampau lapuk untuk insan yang up-to-date seperti kami.Bersama-sama di sini membawa maksud, kami berkongi pinggan memakan hidangan yang sama.Dan, kerana perkongsian pinggan ini la yang mendorong kami untuk melakukan suap-menyuap ala pengantin.Ya, itu la yang Arsyad rasa.Arsyad rasa macam pengantin baru la pula.Arsyad rasa sungguh bahagia sehingga membuatkan Arsyad bukan sahaja menjilat jari, malah menjilat pinggan KFC.Kalaulah kebahagiaan ini berpanjangan,tidak mustahil Arsyad sanggup menjilat semua lantai termasuk lantai toilet di KFC.Wah, ini la yang dikatakan penangan cinta.
Buat pengetahuan kau orang, feel disuap oleh mama agak berbeza dengan feel disuap oleh bakal menantu mama.Kalau tak percaya cuba la suruh mama kau orang tolong suapkan makanan waktu dia tengah sibuk melahap dengan suami dia(er,papa laa tu kot.Iya,laa..siapa lagi suami yang dia ada setakat ni). Kalau mama kau orang jenis yang loving mother,yang suka manjakan anak, gerenti kau orang akan disuap dengan penuh kasih sayang.Tapi, kalau mama kau orang jenis yang horror mother,alamatnya tertelan garfu la kau orang pada hari itu.Buat insan yang malang tersebut,jangan la bersedih.Nanti bila dah berada di alam perkahwinan, paksa la isteri kau orang suap sampai tercekik.tapi, kalau dia pun tak nak juga baik kau orang redha aja.Seterusnya kau orang boleh la beralih cita rasa untuk makan suap atau makan riba di alam pekerjaan.Woha!
Berbalik kepada topik kita sebentar tadi, disuap oleh mama bukan la sesuatu yang tak seronok.Seronok sebenarnya.Bukan senang nak bermanja-manja dengan mama kita.Tapi, situasi ini agak berbeza dengan disuap oleh perempuan yang tak mengandungkan kita 9bulan.Suapan dia orang berganda lagi seronok daripada mama.Sumpah tak tipu.Ketika saat-saat disuap oleh perempuan kategori ini la kita dapat mempraktikkan kisah-kisah cinta yang kita tengok dalam tv.Well, practice makes perfect bro.Oleh sebab falsafah yang cerdik tadi lah, Arsyad dapat suapan sulung daripada Nadira.Ceritanya bermula dengan Nadira menyuap Arsyad dan berakhir dengan Arsyad menyuap Nadira.Wah, romantiknya! Ini la yang dinamakan cinta!
Selesai aktiviti saling menyuap di kfc yang hanya berlaku sekejap aja(ceh! Baru nak mula rasa syok), kami pun berjalan menyusuri pantai.Terbukti la di sini yang Nadira kusayang kurang selesa duduk atas kerusi lama-lama.Arsyad tak sempat nak panaskan punggung, dia dah ajak Arsyad jalan-jalan.Seperti lembu yang dicucuk hidung(oh, sangat tidak canggih peribahasa ini), Arsyad pun menuruti permintaan Nadira walaupun kaki Arsyad dah tak larat nak melangkah.Nasib baik la idea bernas tiba-tiba melompat keluar daripada otak Arsyad.Arsyad ajak Lisa pergi makan aiskrim kat A&W.Walaupun Arsyad ni agak anti pakcik beruang A&W, Arsyad terpaksa juga menjejakkan kaki ke sana untuk menyelamatkan kaki daripada tercabut.
Arsyad nak belikan Nadira Banana Split, tapi dia tak mahu.Dia nak aiskrim kon biasa aja.Memandangkan dia ni satu-satunya gadis pujaan Arsyad, Arsyad pun turuti permintaannya.Rupa-rupanya Nadira ada agenda sendiri.Adakah anda menyangka selepas membayar harga aiskrim di kaunter kami akan duduk dan makan aiskrim itu sampai habis.Tidak! Bukan itu yang berlaku walaupun Arsyad harapkan itu la yang terjadi.Nadira ajak Arsyad berjalan menyusuri pantai sambil makan aiskrim.Memanglah aktiviti itu agak romantik tapi bagi Arsyad,azab untuk berjalan sudah meranapkan segala sisa romantik yang berbaki.Seperti biasa, Arsyad turuti juga walaupun hati Arsyad menyumpah seranah aktiviti dating yang paling tak bertamadun ni.
Memang haram disisi cinta untuk mengutuk awek dan bakal awek kita.Oleh sebab itu, anggaplah kata-kata yang bakal Arsyad ungkapkan sebentar lagi bukanlah sumpah seranah atau umpatan.Cukuplah la kalau kau orang anggap itu sebagai pengajaran yang boleh digunakan ketika menjelang hari tua.Tapi, jika kau orang rasa ayat ini terlampau dramatis, tak usah lah kau orang kenang-kenangkan ayat ini.Cukuplah jika kau orang berfikir setahun sekali tentang ayat ini ketika sedang membalun maruku pada pagi Deepavali di rumah Muthusami anak lelaki Muthusaman.
Ayat ini bukan lah ayat-ayat cinta.tapi, ayat mengutuk perempuan yang Arsyad cinta.Arysad syak ada sesuatu yang tak kena dengan Nadira.Arsyad rasa macam something wrong somewere.Arsyad tak ada bukti tapi firasat Arsyad kuat merasakan yang Nadira ni ada bisul kat punggung.Sebab itu la dia tak nak duduk lama-lama.Mungkin dia tak ada bisul.Mungkin apa yang dia ada lagi teruk daripada bisul.Kemungkinan besar juga Nadira mengidap buasir.Jadi, tak selesa nak duduk lama-lama.Tapi, diharap kau orang jangan ambil serius tentang apa yang Arsyad cakap.Seperti yang kau orang sudah sediamaklum, sematkan ayat ini untuk jadikan pedoman ketika memilih teman wanita yang bersih daripada bisul,ketuat ataupun buasir.Woha!
“Er, kenapa Acap senyum seorang?Ada apa-apa yang menggelikan hati Acap ek? Tak nak kongsi ke?”
Nah! Itu dia soalan maut daripada Nadira.Aik! Macam mana dia boleh perasan yang Arsyad senyum macam devil? Tadi Arsyad tengok dia tengah tekun kutip kulit kerang.
“Acap jom duduk.Nadira penat la”
Oh,tidak! Ramalan Arsyad salah rupanya.Sah! Nadira tak mengalami penyakit yang disebut sebentar tadi.Muka Arsyad merona merah.Eleh, malu la tu.
“Acap tahu tak,Nadira paling suka lepak tepi pantai.Dulu,abang selalu bawak Nadira lepak kat sini kalau dia menang lumba motor”
“Abang?Er..Abang angkat atau special boyfriend Nadira”
Arsyad telan air liur.Bukan sekali, tapi berbelas-belas kali.Nasib baik tak mati tercekik air liur.
“Apa la Acap ni.Abang kandung la”
“Nadira tak pernah cakap pun Nadira ada abang..”
Arsyad bersuara perlahan.Sebenarnya Arsyad rasa terkilan kerana sebelum ni Arsyad tak pernah ambil tahu pasal keluarga Nadira.Arsyad jadi lebih terkejut tapir, bila Nadira cakap abang dia dah meninggal sebab kemalangan motorsikal.Arsyad tengok mata Nadira berair.Nadira cakap dia sayang abang dia.Sayang sangat-sangat.Dia tak boleh terima kenyataan yang abang dia dah meninggal.Air mata Nadira semakin lebat.Tapi,Nadira langsung tak tunjukkan tanda-tanda nak berhenti berbicara pasal abangnya.Arsyad biarkan aja Nadira berceloteh kerana bagi Arsyad,Nadira dah lama pendamkan perasaan sedih tu.
Nadira cakap, abang dia yang ajar dia pasal motor.Nadira selalu ikut abang dia lumba motor.Tapi,Nadira tak berlumba, dia jadi penonton aja.Kalau abang Nadira menang, dia orang akan raikan di pantai ni.Abang dia akan bawa guitar dan dedikasikan lagu untuk dia.Pantai ni dah jadi saksi kasih sayang dia orang adik beradik.Nadira cakap ini la kali pertama dia menjejakkan kaki di pantai ni selepas abang dia meninggal.Arsyad rasa terharu sebab Nadira sudi kongsi nostalgia dia dengan Arsyad.
Suara Nadira sayu bercampur gembira.Kadang-kadang Nadira tergelak kecil apabila mengimbau kenangan lama dia dengan abang.Nadira cakap dia orang hampir kena tangkap basah sebab lepak berdua-duaan di pantai ni.Arsyad terlopong aja mendengar cerita Nadira.Mesranya dia orang sampai pencegah maksiat pun salah sangka.Arsyad rasa cemburu bila bayangkan kemesraan dia orang.Tapi,itu tak bermakna Arsyad mengharap pencegah maksiat tangkap kami pula.Itu kerja gila namanya.
Nadira terus menerus bercerita pasal abangnya sampai Arsyad rasa sesak nafas sebab cemburu melampau.Selepas menarik nafas panjang,dan menyedut oksigen dalam-dalam (Maklumlah..tadi kan Arsyad semput sebab terlampau cemburu).Arsyad tanya kenapa Nadira masih terus berlumba walaupun perlumbaan haram merupakan punca Nadira kehilangan abang.Arsyad suruh Nadira berhenti lumba haram.Arsyad cakap Arsyad tak nak pisang berbuah dua kali.
Terkejut cipanzi Arsyad bila tiba-tiba Nadira meraung dalam tangisan.Kalau diikutkan hati, mahu aja Arsyad dakap Nadira.Tapi,ini Terengganu,negeri Pantai Timur.kalau nak kahwin free sekarang, main la peluk-peluk.Sebagai langkah keselamatan, Arsyad peluk diri sendiri aja.Best juga! Arsyad sebenarnya panik melihat keadaan Nadira, tapi Arsyad pura-pura tenang.Arsyad labuhkan pungguh sebelah Nadira.5minit kemudian,Nadira kembali bersuara.Agaknya dah penat meraung la kot.Nadira cakap dia terpaksa berlumba sebab nak lepaskan rasa rindu pada abang.Isyh, pelik betul.Boleh ke hilang rindu kalau buat macam tu.Nampak gayanya para ibu yang rindukan para anak yang mati kerana merempit, boleh lah mula merempit juga.Tapi,lain orang lain caranya.Mungkin itu cara Nadira untuk menghilangkan rasa rindu yang menggunung.
Sebelum kita orang berangkat pulang,Nadira telah mengikat satu janji dengan Arsyad.Janji ini bukan aja membuat Arsyad terkejut tapir berbau cipanzi,malah turut membuatkan Arsyad sawan khinzir seketika.Nanar Arsyad bila mendengar janji Nadira.Nadira berjanji, dia tak kan biarkan nyawanya terkoban dengan sia-sia digelek lori atau kaum kerabat lori.Dia tak kan mati dengan meninggalkan gelaran minah rempit.Dia tak kan benarkan darahnya tumpah kerana aktiviti merempitnya.Pendek kata, Nadira bersumpah atas nama abangnya, andai kata nyawanya terputus, putusnya bukan dilitar rempit tapi di tempat yang dingin.
“Dingin?”
“Ya,dingin.”
“Kat kutub utara ek? Tak takut beruang kutub ke?”
Arsyad cuba buat lawak paling bodoh di abad ini.Baca buku teks pun lagi kelakar daripada menghayati lawak bodoh Arsyad.Arsyad telan air liur sebelum teruskan lawak bodok yang memang disahkan oleh sirim tahap kebodohannya..
“Kalau nak tempat dingin, peti ais kan ada.tak payah pergi kutub utara kalau nak kiok”
Nadira tersengih.Sambil memandang jauh ke pantai, Nadira mengangkat jari telunjuk.
“Di sini. Andai kata nyawa Nadira terputus suatu hari nanti,di sini lah tempat Nadira akan menghembuskan nafas terakhir, dan di sini jugalah jasad Nadira akan bersemandi.
Arsyad tergamam.Lidah Arsyad kelu untuk melontarkan kata.Apa yang pasti Arsyad dapat rasakan wajah Arsyad pucat macam Zombie pakai bedak sejuk.
“Acap,jom balik! Matahari dah membahang.Panas!”
Arsyad angguk perlahan.Panas? Arsyad dongak ke langit.Langit mendung.Semendung hati Arsyad.Arsyad renung laut yang suatu hari nanti akan menghanyutkan mayat Nadira binti Abdul Hamid.Laut bergelora,bergelora seperti hati Arsyad.
“Acap!”
“Yup?”
“Kan best kalau boleh mandi laut sekarang.Dah lama Nadira tak mandi laut.”
Pandangan Arsyad mula kelam.
Malam ni malam minggu.Malam paling sesuai untuk tengok cerita hantu bersama wanita-wanita yang mukanya 100% lagi tulen daripada hantu.Tak payah pakai make up pun muka dah original macam hantu.Mungkin faktor salah pilih susu tepung masa kecil kot yang mendorong pembentukan wajah yang mampu membuatkan rombongan meminang berlari lintang pukang pulang sampai terlondeh seluar.
Argh!!!!awwwwwwwwwwwwwwwwwwohoen
Ini bukan typing error.Sebaliknya, ini lah sound effect hantu dugong yang tercekik jambu batu.Itulah! Degil tak nak pakai gigi palsu.Kerana kedegilan jelmaan dugong yang memakai seluar pink bercorak hati itu, pandangan kami yang sebelum ini tertumpu di kaca tv beralih kepadanya.
“Ops,sorry.Ada orang call.Lala,Aku masuk bilik dulu”
Ceh! Abnormalnya nada dering telefon dia.Sebijik macam bunyi dugong yang disebutkan sebentar tadi.Pandangan mata Arsyad mengekori kelibat Qorak.Arsyad lantas bersuara separa berbisik bila kelibat itu menghilang.
“Along,kenapa Kak Qorak kena tidur rumah kita? Dia hilang ingatan sampai lupa jalan balik rumah ke? Ataupun, dia dah lari dari rumah sebab papa dia kahwin lagi ke?Kemudian,Along pun ambil kesempatan untuk sewa bilik Along sebab Along dah sesak sekarang.Tu la Along. Acap dah pesan,kita kena berjimat cermat.Ni tak,pantang nampak benda comel sikit terus nak beli.Tengok, kerana duit Along sanggup ambil kesempatan atas Kak Qorak.Ah, Acap kecewa dengan Along.Inikah yang dinamakan sahabat sejati?”
“Acap,boleh Along tanya satu soalan?”
“Apa lagi? Along nak ambil kesempatan pada Acap pula? Along,Along.Tak cukup ke Kak Qorak seorang yang jadi mangsa mata duitan seperti Along!”
Wah! Agak bernada dewasa dialog yang digunakan oleh Arsyad.Rasa macam pelakon wanita utama dalam drama Melayu la pula.
“Sabar dulu Acap. Bagi peluang untuk Along cakap dulu.Along nak tanya Acap, dari mana Acap dapat ilham untuk melalut macam orang gila ni.Meroyan ek?”
Memandangkan ini bukannya cerita Hindustan yang scene gaduhnya sama banyak dengan scene menari, jadi tak payah la Arsyad masukkan adengan tarik rambut dan hantuk-menghantuk dalam cerita ni.Mintak maaf dah cukup.Lalu,Arsyad pun menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada telanjur kata,terkasar bahasa.Eh, macam déjà vu di pagi raya la pula!
“Haha.Sorry,sorry.Acap terbawa-bawa watak dalam cerita tu.Isyh,terlebih emosi la pula.Along, berapa lama lagi Kak Qorak nak tidur rumah kita?Tiap-tiap, hari Acap tengok muka dia aja.Kalau dihitung dan ditolak, Acap rasa Acap tengok muka dia lagi banyak daripada Acap tengok muka Acap kat cermin.”
Gedebuk!
Gedebuuk!
Gedebuukkk!
Agaknya begitulah bunyi kepala yang diketuk dengan remote control.Mungkin bunyinya agak serupa dengan beruk jatuh dari pokok kelapa lalu menghempap tuannya, tapi gred kesakitannya agak minimum kalau nak dibandingkan dengan si beruk malang yang berpotensi akan disembelih hidup-hidup oleh pemiliknya sebelum menjelang hari raya korban.Walaubagaimanapun ini bukan bermakna pukulan daripada remote control itu tidak sakit langsung.Percayalah, sakitnya seperti ditikam pisau mainan.Tak cedera, tapi sakit juga.Sedikit sebanyak, benjolan kesan daripada ketukan remote control yang derhaka itu masih jelas kelihatan.Kalau kau orang tak percaya, cubalah ketuk kepala kau orang 13kali secara berturut-turut.Mahunya berpinar mata.Begitulah yang Arsyad rasa sebentar tadi selepas diketuk secara histeria oleh Along.
Tak cukup dengan 13ketukan, Along tambah lagi dengan bebelan yang agak tinggi tone nya.Sekali dengar bunyi nada suara Along macam orang berkempen politik.Iyalah, suara Along kan lantang dan bertenaga macam ahli politik yang baru minum 20 gelas kopi tongkat ali dan 1/2cawan besar kacip Fatimah.Dua kali dengar bunyinya macam orang baca sajak sebab nadanya bervariasi.Kadang-kadang nadanya naik dan kadang-kadang juga nadanya turun dan mendayu.Namun, apabila kali ketiga mendengar,Arsyad dapati tone suara Along agak rancak dan tiada penghujung ibarat leteran mak pada anak terunanya yang rambut dan beruban tapi tak boleh berenggang lagi dengan bantal busuk.
“Acap.Kau ni ada masalah jiwa raga ke asyik melalut dari tadi? Kau salah makan ubat ek? Kak Qorak kan tumpang rumah kita sebab parents dia buat umrah.Kau lupa ek yang kau juga yang minta Auntie Sue belikan kau unta kat sana”
Buat pengetahuan pembaca sekalian.Auntie Sue tu bukanlah mummy mana-mana anak mat salleh(orang putih), ataupun wife mana-mana pak salleh.Auntie Sue ini juga telah ditakdirkan satu bangsa dengan Arsyad iaitu bangsa yang kadang ‘ter’lupa bangsa.Bangsa yang dimaksudkan ialah tak lain tak bukan bangsa Melayu.Kerana kadang-kadang ‘ter’lupa lah, kita dapat saksikan Melayu yang kian aktif mempraktiskan bahasa rojak.Tapi, ini fenomena biasa.Ceh!Kononnya, bahasa jiwa bangsa.Ini bukan tuduhan liar tapi berasaskan bukti semata-semata.Kalau tak percaya kau orang boleh belek novel ni daripada awal.Tiliklah sehelai demi sehelai guna kanta pembesar, gerenti kau orang akan jumpa banyak perkataan inggeris tersesat.
Tambahan pula, jika dirujuk dalam kamus, ‘auntie’ tu bermaksud ‘makcik’.Memandangkan perkataan ‘makcik’ tu bunyinya agak matang dan begitu simbolik dengan lambang ketuaan dan kekampungan, eloklah kita gunakan kembali perkataan ‘auntie’ yang berganda lagi glamer dan ‘kebandaran’.Oh,ya! Arsyad lupa nak cakap yang Makcik Sue mama Qorak.Tengok! Kan dah tak jadi tak glamer!
“Lala, aku kena balik rumah dulu la.Aku ada hal la”
Eh, sejak bila pula si Qorak ni muncul.Tadi gayut telefon dalam bilik dengan Abang Kamal.Cepatnya siap gayut.Terkejut Arsyad bila Qarak muncul secara tiba-tiba.Dah la salam pun tak bagi,tiba-tiba mencelah.
“Qorak,biar betul kau nak balik malam-malam macam ni.Kau terasa hati ke dengan budak tiga suku ni?”
Buat pengetahuan saudara dan saudari,hanya Arsyad aja calon yang layak digelar budak tiga suku.Tak ada dah calon lain yang lebih layak daripad Arsyad.Serentak dengan itu juga Along sekeh kepala Arsyad.Apa, dia ingat kepala Arsyad ni kepala paip ke.Suka hati dia aja nak sekeh.
“Ala Along.Biar aja lah dia balik.Rumah dia bukan jauh pun.Sebelah rumah kita aja.”
“Acap!”
Along menjeling tajam.Matanya bersinar,sinaran yang cukup panas untuk membakar sebiji kek.Kalau la badan Arsyad ni dibuat daripada tepung,tulang pula daripada mentega,gamaknya sekejap lagi bolehlah kita menjamu kek perasa Arsyad.Nasib baik, Qorak bersuara untuk menyelamatkan keadaan.Dia cakap dia kena balik sebab dia ada hal dan faktor dia balik langsung tak ada kena mengena dengan Arsyad.Fuh,nasib baik.
“Lala,Aku kena balik.Taufiq tunggu aku.”
Along mengangguk tanda memahami situasi yang terjadi.Arsyad pula menggeleng kerana terlampau bingung.Siapa Taufiq? Apa hak dia nak suruh Qorak balik?Kenapa kena balik sekarang?Kenapa tak balik pagi semalam je?Soalan ini bertubi-tubi menerjah fikiran Arsyad.Dasar soalan tak bertamadun.Datang lah satu-satu.Ni tak, tiba-tiba semuanya datang menyerbu fikiran dalam satu masa.Ni mesti waktu sekolah dulu cekgu tak ajar beratur.
Sesudah,perempuan yang ada hubungkait dengan manusia yang bernama Taufiq tu beredar, Along menjelaskan pada Arsyad situasi sebenar tanpa ditanya.Bagus,macam itu lah pengikut yang taat.Tak payah Arsyad rumitkan diri cuba menghuraikan apa yang terjadi.Maklumlah imaginasi Arsyad ni agak melampau.Nanti, adalah Arsyad sedut mana-mana babak dalam cerita Hindustan untuk dikaitkan dengan apa yang terjadi antara Qorak dan lelaki misteri yang bernama Taufiq.
Dirawayatkan alkisah, si Qorak dan Taufiq ni merupakan pasangan cinta yang paling bahagia kat muka bumi ni.Si Taufiq ni walaupun nampak ganas tapi dalam hati ada taman.Romantis sekali der.Sebab itu la kot,Qorak ni boleh cair dengan teruna bernama Taufiq..Taufiq dan Qorak ni suka tengok bintang.Kalau ada kesempatan dia orang akan tengok bintang sama-sama.Lepas tengok bintang,barulah dia orang rasa nak tengok bulan,tiang lampu dan apa jua yang bercahaya.Malang tak berbau, cinta bulan bintang dia orang tak berkekalan.Taufiq terlibat dalam kemalangan.Erm, kau orang janganlah sangka Taufiq mati sebab kemalangan tu.Dia hidup lagi, cuma patah kaki dan patah gigi.Tapi,dua hari lepas kemalangan,Taufiq bunuh diri tanpa sebab yang diketahui.Qorak pun meraung macam orang mati suami la.
Lepas peristiwa kematian Taufiq yang misteri,Qorak jadi sasau,Pergi kolej tak nak, makan tak nak,pakai deodorant pun tak nak.Nasib baik Along dan Kamal bagi semangat.Walaupun peristiwa tu dah 3tahun berlalu, tapi Qorak masih tak boleh lupakan Taufiq.Setiap tahun, pada malam 17Mac, Qorak akan berdiri di balkoni sambil mendongak langit berjam-jam.Auntie Sue cakap Qorak nak cari bintang kegemaran dia dan Taufiq.Tapi, Along tahu punca sebenar Qorak tengok bintang.Along cakap, selepas Taufiq kelar tangan dia dengan pisau pemotong buah, Taufiq dial no. telefon Qorak.Dengan suara tak bermaya, Taufiq suruh Qorak keluar ke balkoni dan cari bintang paling bersinar.Qorak yang tak tahu apa-apa, ikut aja la arahan buah hatinya.Diorang bersembang seketika sebelum talian terputus.Esoknya,jenazah Taufiq ditemui menghadap tingkap.
Nostalgia pahit ni memang membuatkan Qorak berputus asa nak meneruskan kehidupan.Qorak jadi tak terurus.Merujuk kepada keadaan tidak stabil Qorak, Arsyad rasa jika Qorak tu berjantina lelaki, pasti misainya tak dicukur sehingga tumbuh sampai ke kaki manakala janggutnya pula memanjang hingga cukup untuk melilit bumi.Di sinilah Kamal memainkan peranan sebagai superhero.Akhirnya, Qorak pulih seperti biasa berkat usaha Kamal.Bravo,Kamal!
Kenapa Arsyad masukkan kisah cinta Qorak? Jawapannya ringkas sahaja.Kisah Qorak telah menyuntik semangat yang tinggi dalam diri Arsyad untuk tolong Nadira.Dulu,Qorak pun selalu cakap pelik-pelik pasal mati lepas Taufiq kiok.Kecekalan Kamal dah berjaya padamkan hasrat Qorak untuk kiok juga.Jadi, Arsyad bersumpah Arsyad pun akan ubah persepsi Nadira tentang kematian.Kalau Arsyad gagal, kau orang jangan anggap Arsyad lelaki lagi.Sebaliknya, kau orang bolehlah anggap Arsyad sebagai teruna, jantan idaman ataupun jejaka macho.Chewah!
Mungkin Arsyad bukan lelaki yang terbaik untuk Nadira.Mungkin Arsyad tak layak nak tandingi kasih sayang yang abang Nadira curahkan sebelum ni.Tapi, ini tak bermaksud Arsyad tak mampu bahagia dan pulihkan Nadira.Sedangkan Qorak yang mati bakal tunang pun boleh terubat,inikan pula Nadira yang putus kasih seorang abang.Patah tumbuh hilang berganti, bersatu teguh bercerai kahwin lagi(isyh, macam tak kena aja peribahasa ni).Arsyad dah nekad mencuba selagi termampu untuk gantikan kasih yang Nadira hilang.Seperti Kamal yang tak pernah halang Qorak merenung langit, Arsyad pun tak kan halang Nadira merenung pantai.Bagi Arsyad, itu merupakan satu-satunya penyambung kerinduan Nadira kepada abangnya.Selain itu,Arsyad juga rela jadi kekasih dan abang dalam satu masa.Kalau Nadira nak lebih daripada tu pun Arsyad sanggup.Kalau nak Arsyad jadi suami lagi la Arsyad sanggup.Alamak! Hormon androgen dah menyerang secara mengejut. Nyah kau dari sini! Hiyaak!
Honda C70
Sekarang ni beta berada di negeri yang agak pelik pada pandangan mata beta.Beta sendiri agak khuatir nama negeri ini kerana bunyinya agak lucu.Hulubalang beta mengatakan tempat ni bernama kg Durian Burung.Laksamana beta pula mengatakan namanya Burung Durian.Anih sekali! Beta telah menelefon ahli nujum untuk mendapatkan nama sebenar negeri ini,tapi ahli nujum beta gagal dihubungi.Pada firasat datuk laksamana,ahli nujum tengah sibuk berchatting dalam facebook.Maklumlah, ahli nujum beta pintar dan pandai menyesuaikan diri mengikut peralihan zaman.
“Ampun tuanku! Sudahkah tuanku sedia untuk berangkat sekarang?”
“Ya,beta sudah sedia zahir batin.Ayuh,kita berangkat sekarang Datuk Paduka Nadira”
“Patik menjunjung perintah tuanku.C70 akan dihidupkan enjin sekarang”.
“Beta…”
Argh! Sakit jiwa Arsyad guna bahasa klasik ni.Untuk memudahkan permahaman kita bersama elok kiranya beta..er..patik..argh! Arsyad kena hentikan penggunaan beta,patik ni sebelum kita semua bertukar jadi warganegara Melaka(zaman kesultanan dulu) ataupun Majapahit.Kenapa hari nie Arsyad gila-gila berbahasa klasik?Baru dengar klasik fm ke? Sebenarnya reaksi spontan ini berpunca kerana hari ni hari Jumaat
Memang tidak dapat dinafikan hari ni hari Jumaat.Kalau belek kalendar sampai lebur pun hari ni tetap hari Jumaat.Kalau Arsyad ponteng solat Jumaat tengahari tadi pun hari ni tetap hari Jumaat.Dalam masa 5minit lagi, hari Jumaat ni akan mengucapkan selamat tinggal kerana ingin memberi peluang kepada hari Sabtu untuk beraksi pula.Samada esok hari Sabtu ataupun tak bukan persoalan utama.Persoalannya hari ni hari Jumaat.Apa yang pasti hari Jumaat ini lain daripada Jumaat minggu depan atau Jumaat tahun lepas ataupun si polan yang bernama Mohd Jumaat.Pada hari ini,11.55p.m,Jumaat, Arsyad terpacak kat lorong Kg. Durian Burung.Bukan sorang-sorang tapi bersama Nadira dan kawan-kawannya.Si penakut ni mana berani berada di luar rumah keseorangan malam-malam macam ni.Eh,eh, Arsyad salah kutuk diri sendiri.
Malam ini Nadira ajak Arsyad tengok dia berlumba motor.Mula-mula Arsyad tak nak.Tapi, Nadira sungguh-sungguh ajak Arsyak tengok skill dia bawa motor.Nadira cakap dia nak pupuk sikap berani dalam diri Arsyad.Dia cakap Arsyad kurang berani dan tak ada keyakinan diri.Apa yang Nadira cakap tu agak betul.Tak ada la betul sepenuhnya.Tapi, hampir tepat.Nadira dapat tahu kelemahan Arsyad sebab Ummi Raihan bocorkan rahsia.Rahsia ini terbongkar kerana peristiwa pagi semalam.
Peristiwanya bermula kerana kecuaian Arsyad memandu.Waktu tu Arsyad bawa kereta saling tak tumpang macam apek belajar tebar roti canai.Sungguh tidak berseni dan kaku gayanya.Oh.ya! Lupa pula nak sebarkan informasi terbaru.Hari tu merupakan hari pertama Arsyad belajar untuk dapatkan lesen P
Lain yang Ummi Raihan ajar, lain yang Arsyad buat.Ummi suruh Arsyad jangan langgar tiang masa parking, Arsyad pergi langgar lima kali tiang tu.Jenuh Ummi Raihan angkat tiang tu balik.Arsyad tengok sampai berpeluh ketiak Ummi Raihan.Arsyad rasa simpati, tapi tangan ni macam hilang perikemanusiaan.Degil, tak nak ikut tuan.Gedegang! Aisey, terlanggar buat kali ke-6.Jap, tadi dah langgar 2 kali lagi.Jadi, campur tolak rupanya sekarang ni kali ke 8 la Arsyad langgar tiang.
Tak cukup dengan tu, Arsyad buat hal waktu naik bukit.Belum sampai garisan kuning, kereta berundur ke belakang.Dah la waktu tu Ummi Raihan tengah berbual telefon.Sampai terhantuk kepala dia kat cermin sisi kereta.Sedap juga sound effect terhantuk tu.Kemungkinan besar kesakitan akibat terhantuk tu lagi sedap daripada bunyinya.Nasib baik la, Ummi Raihan suruh Arsyad berlatih naik bukit sekali aja.Kalau dia suruh berlatih sampai 10kali, impaknya bengkak macam buah tembikai la kepala Ummi Raihan.Dengan keadaan kepala macam tu, kalau Ummi Raihan bawak superbike dari Terengganu ke Kuala Lumpur tanpa pakai helmet sekalipun Arsyad yakin dia tak kan dapat satu pun saman. Iya lah, polis traffic pun boleh salah anggap kepala dia helmet.Maklumlah, saiz pun sama.
Cabaran yang terakhir yang perlu Arsyad harungi hari tu adalah jalan mati.Memadangkan itu jalan mati, Arsyad ‘ter’salah matikan enjin kereta beberapa kali.Dah la kereta ‘ter’mati,tiang pun ‘ter’langgar sekali.Arsyad undur sampai terlanggar tiang belakang.’Ter’malangnya nasib, entah macam mana tiang tu boleh terlekat bawah kereta.Ummi Raihan tarik tiang tu sampai luka jari telunjuknya.Kesian Ummi Raihan.Tapi, Arsyad lagi patut dikasihani dan perlukan simpati lagi tinggi.Dah la tak pandai bawa kereta, cederakan guru memandu a.k.a bakal ibu mertua.Gerenti lepas ni nama Arsyad paling top dalam senarai calon menantu yang direject .Adoi,malangnya nasib badan!
Muka Ummi Raihan agak kelat dan masam.Senyumannya pun tak semanis senyuman Nadira.Jikalau Arsyad menatap senyumannya sambil telan sebotol madu,nescaya secara automatik rasa madu itu akan bertukar menjadi pahit macam ubat dan masam macam susu basi.Kalaulah Ummi Raihan berwajah macam ni waktu hari persandingan dia dulu, gerenti atas pelamin juga dia kena cerai talak tiga oleh suaminya.Demikianlah penerangan serba ringkas tentang gambaran raut wajah Ummi Raihan selepas mengharungi pengalaman sebagai guru memandu yang diancam bahaya melampau.
Ummi Raihan tanya Arsyad,apa masalah sebenar Arsyad.Iya lah,mana la tahu Arsyad ni ada penyakit fobia naik kereta sejak kecil ataupun berdarah gemuruh yang melampau-lampau sampai tak ingat dunia.Erm, Arsyad tak tahu la pula Arsyad ada darah gemuruh.Setahu Arsyad, Arsyad hanya ada darah merah yang berjenis AB aja.Ummi Raihan pun buatlah andaian sesuka hati dia yang Arsyad ni terlampau berdebar dan tiada keyakinan diri ketika memandu.Dia cakap Arsyad terlampau ikutkan perasaan takut.Dia suruh Arsyad atasi perasaan tu kalau nak dapat lesen cepat.Memandangkan Arsyad tak nak rumitkan keadaan,Arsyad iyakan sahaja serkap jarangnya walaupun berbeza 180 darjah daripada keadaan Arsyad sendiri.Arsyad bawa kereta macam tu bukannya sebab Arsyad takut tapi sebab Arsyad baru belajar.Dah nama pun baru belajar, tak akan la nak bawa kereta macam Jenson Button, juara Formula One 2009.Nanti kalau dapat lesen, Arsyad buat drift depan rumah dia.Erm,tapi mampu ke Arsyad dapat lesen? Bawak kereta pun macam kuda mabuk laut,tak kan la boleh dapat lesen dengan senang
Ceritanya tak habis di situ aja.Kerana peristiwa ini lah Arsyad ada di sini.Arsyad paksa Along hantar Arsyad pukul 11.30 tadi.Arsyad bagi alasan yang Arsyad ada perlawanan futsal.Hari ini perkara ajaib berlaku.Along dengan senang hati rela hantar Arsyad tanpa banyak songeh.Sebelum sampai kat sana Along berhenti kat stesen minyak.Along suruh Arsyad bayar duit isi minyak sebagai bayaran tambang.Ceh! Patutlah sudi hantar Arsyad.Ada udang di sebalik kuew tiaw rupanya.Tak apa lah.Arsyad anggap tu sebagai sedekah pada insan yang selalu terdesak duit.
Sampai sahaja kat port yang dijanjikan, Arsyad nampak Nadira lambai tangan pada Arsyad.Along tanya Arsyad kenapa banyak sangat motor.Nak lumba atau nak main futsal.Along tanya lagi, mana gelanggang futsal.Arsyad pun hulur 5keping not merah pada Along.
Along tersenyum lebar seraya berkata.“Hah, dah nampak gelanggang futsal.Kat sana kan?”
Arsyad tertoleh-toleh mencari di mana gelangang futsal.Mana ada gelanggang futsal kat sana.Tiang elektrik ada la.Ai, ni baru hulur rm50,kalau Arsyad hulur hulur cek rm1000,gerenti Along mengaku dia boleh nampak Chelsea lawan Malaysia secara live kat sebelah tiang tu.Sebelum balik, Along lambai sambil mencium not-not merah tu.Wangi ke? Kalau tak silap, duit tu jatuh dalam longkang hari tu
Sambil berlalu pergi, Along pun bersuara dengan nada agak kuat, “Have fun!”
Dalam bahasa Melayunya, have fun tu membawa maksud ‘berseronoklah’.Ceh! Ingat nak bagi salam tadi.Sampai hati Along.Kerana duit sanggup tinggalkan Arsyad macam tu aja.Langsung tak tanya Arsyad balik rumah nanti siapa hantar.Hati Arsyad kecewa,bernanah,punah!
Arsyad berlari anak ke arah Nadira.Dia tersenyum.Senyuman paling indah dalam sejarah hidup mana-mana insan kat muka bumi ini.Dari sudut hati,Arsyad yakin Nadira berniat suci untuk bantu Arsyad atasi ketakutan Arsyad.Dia nak Arsyad contohi keberanian dia berlumba walaupun menghadapi risiko berlanggar ataupun dikejar polis.Macam mulia aja bunyinya.
Mula-mula,Arsyad ingat Arsyad dikehendaki menonton aja perlumbaan Nadira.Jangkaan Arsyad meleset.Arsyad kena sertai perlumbaan dia orang.Bukan sebagai pelumba tapi sebagai penumpang.Arsyad pandang sekitar.Semua mat rempit yang akan berlumba dengan Nadira,membonceng minah rempit.Adakah Arsyad sama taraf dengan minah rempit? Oh,katakan tidak!!!!
Sebelum memulakan pertandingan,Arsyad tercari-cari di mana motor Yamaha RXZ Nadira.Sampai berpusing kepala pun,Arsyad masih tak nampak motor kesayangan ‘kami’ tu.
“Nadira,mana motor Nadira?”
Nadira menepuk motor yang di sebelahnya.Biar betul? Buruk bebenor motor ni.Kalau motor ni dioles gincu,dirapikan dengan lipliner dan disapu blusher pun belum tentu motor ni layak menandingi kejelitaan bibik.
“Aik,tak kan nak naik motor ni”
“Iyalah, motor ni la yang selalunya Nadira gunakan untuk berlumba.Tak kan nak gunakan motor RXZ.Nanti tercalar balar pula motor tu”
Arsyad mengangguk kecil.Kata-kata Nadira memang tak dapat disangkal kebenarannya.Tapi, tak kan la nak berlumba pakai Honda C70.Kalau baru tak apa la juga.Tapi,keadaan motor ini amat daif dan uzur sehingga susah untuk digambarkan dengan penulisan.Malu la Arsyad naik motor yang usianya sama dengan atuk.Jangankan kata nak membonceng, nak pandang sebelah mata pun Arsyad tak sanggup.Sekali pandang pun Arsyad dah boleh anggap motor ni hidup segan mati tak mahu.Kalau Arsyad jadi Nadira dah lama Arsyad humban motor ni dalam laut mati.
“Kenapa tak nak naik lagi? Arsyad segan ek naik motor buruk Nadira?”
“Eh,kenapa pula Arsyad nak segan? Arsyad tak kisah la.Arsyad cuma terfikir kalau Nadira menang perlumbaan malam ni Nadira dapat hadiah apa?
Sebenarnya memang Arsyad malu pun naik motor yang hanya layak jadi rakan kamcing atuk.Maklumlah sama-sama dah tua.Arsyad cuba alih topik untuk cover line.
“Kalau menang tak dapat apa-apa.Tapi dia orang tabik spring la kat kita”
“Alaa..Ingat dapat hadiah.Kalau kalah Nadira dapat apa pula?”
“Kalau kalah pun tak dapat apa-apa.Tapi,Nadira jadi ‘lauk’ dia orang la malam ni”,Nadira berkata sambil tersenyum misteri
Air liur berlumba masuk ke dalam kerongkok Arsyad.Badan Arsyad mula rasa seram sejuk.Arsyad tahu ‘lauk’ yang Nadira maksudkan bukan lah sambal sotong itimewa masakan bibik ataupun telur dadar hangit yang langsung tak istimewa,yang dimasak oleh mama.Lauk yang dimasudkan juga bukan sardin dalam tin yang bercap ayam(ayam brand tuna) ataupun ayam goreng crispy ayammas.Tapi, ‘lauk’ yang dimaksudkan ialah Nadira.Dia orang nak lakukan perbuatan tak senonoh pada Nadira! Selagi Arsyad masih bernyawa,Arsyad tak kan benarkan benda jijik ini berlaku.Nadira terlampau suci untuk dia orang.
“Nadira, biar Acap bawa motor.Nadira duduk diam aja”
Hah!Bukan Nadira aja terkejut, Arsyad pun terkejut besar.Dah la baru pandai bawa motor.Ada hati nak berlumba guna motor kapcai yang tak ada harapan nak hidup lama lepas ini.
“Nadira, memandangkan Acap yaang berlumba,biar Acap jadi bahan taruhan.Nadira tak payah buat apa-apa.Kalau kalah,biar Arsyad jadi lauk”
Nadira ketawa.Terhinggut-hinggut dia cuba menahan ketawa.Ketawa Nadira maih bersisa ketika seorang lelaki menghampiri kami untuk memberitahu perlumbaan akan bermula sebentar lagi
“Tak apa, serahkan sahaja pada Nadira.Harap Acap yakin dengan Nadira.Acap jadi penumpang aja ek sayang”
Serentak dengan itu Arsyad nampak roh Arsyad terbang ke langit.Melayang-layang roh tu.Terlampau gembira la tu.Wah,Nadira panggil Arsyad sayang.Oh,harap-harap ini bukan mimpi semata-mata.Hati Arsyad menyanyi kecil tanda riang tak terkira.
“Acap jadi penumpang ek.Kalau kalah kita sama-sama jadi lauk malam ni.”
Nadira mengenyitkan mata.Asyad rasa gelabah.Apa maksud Nadira untuk sama-sama menjadi lauk malam ni?Adakah Nadira merelakan tubuh kami berdua dinodai oleh…Argh! Tidaaaaaaak!!Arsyad tak sanggup memikirkan apa yang akan terjadi kalau kami kalah..Pandangan Arsyad kembali kelam.Semuanya kelihatan kabur..
Adik iparku yang istimewa
Hari ini Arsyad dipuji oleh Ummi Raihan banyak kali.Kembang bulu tengkuk Arsyad dengar pujian Ummi Raihan.Tapi, memandangkan Ummi Raihan ni spesies manusia yang dah berumur,muka pun biasa-biasa aja,reaksi hasil pujian Ummi Raihan tak ada la hebat sangat.Cukup la sekadar tersenyum yang lagi banyak tak ikhlas daripada ikhlas dan tersengih macam kambing tak gosok gigi.Hal ini berlainan pula kalau Nadira dan perempuan yang sama cun dengan Nadira puji.Sebaik sahaja pujian tu terpancul daripada mulut dia orang, Arsyad terus melayang ke Hawaii,menari tarian Hula-hula .Kalau bibik puji pun Arsyad melayang juga.Tapi,layangan tu tak ada lah membanggakan sangat.Cukuplah melayang kat Pasar Kedai Payang atau mana-mana pasar yang ada kat Terengganu ni.Alah, bibik aja kot.Tak payah lebih-lebih
Ummi Raihan cakap Arsyad dah semakin mahir bawa kereta berbanding tempohari..Maklumlah hari ini tiada satupun tiang yang tumbang gara-gara Arsyad.Jadi,dia tak payah la kerja sambilan sebagai pengangkat tiang tak bertauliah hari ni.Ummi Raihan tanya Arsyad apa sebab utama Arsyad menunjukkan perningkatan ketara.Arsyad tersenyum penuh rahsia.Ku utuskan biarlah rahsia.Ummi Raihan tak tahu yang anaknya merupakan punca sebenar Arysad membuat anjakan paradigma.
Memandangkan pada hari ini ada seorang rakyat Malaysia telah dipuji oleh seorang rakyat Malaysia yang lain,iklim dunia pada hari ini berubah menjadi tidak menentu.Mungkin kerana iklim dunia pun nak tumpang gembira atas kejayaan rakyat Malaysia itu.Terima kasih kepada saudara iklim kerana sudi mengalami perubahan secara drastik.Kerana perubahan itu,awan berarak mendung dan langit menunjukkan tanda-tanda awal akan hujan.Maka,dengan itu hujan pun turun lebat tanpa segan silu.Dengan itu, latihan memandu hari ini terpaksa dihentikan lebih awal.Ummi Raihan cakap, dia tak suka buat latihan di jalan raya waktu hujan lebat macam ini.Eleh,alasan aja tu.Sebenarnya dia takut Arsyad timbulkan masalah di jalan raya.Maklumlah,hujan-hujan macam ni kadar kepekaan Arsyad agak menurun berbanding biasa.Tak mustahil ketika Arsyad memandu,akan adalah budak sekolah dicium bonet kereta sebelum selamat sampai ke sekolah.
Ummie Raihan terpaksa menyelesaikan urusannya di pejabat Bitara sebelum menghantar Arsyad balik.Sementara menunggu Ummi Raihan,Arsyad menghabiskan masa di kantin.Seperti kantin-kantin yang ada ada kat serata dunia,kantin ini juga mengamalkan adat resam menjual makanan.Ala, tak kan la kantin nak jual manusia pula.
Di kantin,Arsyad beli karipap dan kuih ketayap.Ketika Arsyad nak memulakan suapan pertama, Arsyad dapat rasakan ada sepasang mata yang masih dipenuhi tahi mata sedang merenung Arsyad.Mata Arsyad melilau seketika.Di saat itu juga, Arsyad menangkap seraut wajah yang sebenarnya bukan sahaja dihiasi tahi mata,malahan air liur basi semalam masih bersisa.Arsyad kira,pemilik tahi mata dan juga air liur basi itu berumur dalam lingkungan 5tahun.Masih kecil dan masih terlalu comel untuk mengutuk orang seperti Arsyad.Si budak kecil ini melontarkan pandangan penuh simpati pada Arsyad.
Sedetik dengan itu,perasaan simpati terus menyelubungi diri Arsyad.Arsyad membuat tanggapan bahawa si kecil ini masih belum sarapan pagi lagi.Arsyad melambai tangan pada sang budak tersebut.Ya, Arsyad melambai menggunakan tangan kanan yang sepatutnya Arsyd guna untuk menyuap karipap daging yang agak tidak sempurna fizikalnya.
“Adik,nak karipap?”
Budak itu mengeleng.Fuh,nasib baik.Rasa lega hanya singgah seketika di hati Arsyad.Arsyad terfikir alternatif lain yang boleh mengenyangkan si budak itu selain daripada karipap.Memikirkan situasi budak itu yang agak daif dan kebuluran menyebabkan hati Arsyad rasa sebak.
“Habis tu adik nak makan apa? Adik nak muffin tu?
Arsyad mencapai muffin yang berharga rm2.50 tu.Nampaknya harga muffin itu agak menonjol daripada harga karipap cacat tu.Harga karipap Arsyad hanya 30sen sebiji.Jika Arsyad menghalang cubaan membeli muffin tu, Arsyad dapat beli 8biji karipap serta 2biji gula-gula.Tapi,apa la sangat kelebihan karipap dan gula-gula selain meningkatkan kandungan gula dan kolestrol dalam badan.Baik Arsyad buat kebajikan dengan membantu mangsa kebuluran.
“Adik makan muffin ni.Adik nak air kotak soya tak?”
Budak tu menganggup laju.Wah, budak kecil zaman sekarang lebih tinggi martabatnya jika dibandingkan dengan budak kecil zaman penjajahan Jepun dulu.Budak kecil sekarang sudah pandai demand .Nampaknya,karipap,bahulu dan kuih apam bukan lagi menjadi pilihan budan moden sekarang.Oh,moden la sangat.Sebab terlampau modenlah tahi mata merebak sampai ke dahi.
Memerhatikan budak itu makan dan minum buat Arsyad rasa bahagia.Memang tidak dinafikan budak kecil itu memang comel walaupun mempunyai tahi mata yang tak terkira banyaknya.Asyad mengusap umbun-umbun si budak tersebut.Budak itu tersenyum, menampakkan lesung pipit di kirinya.Tiba-tiba, satu ciuman hangat melekat di pipi Arsyad.Arsyad langsung tak menyangka kanak-kanak istimewa seperti budak kecil itu tahu berterima kasih.Arsyad merelakan sahaja ciuman itu walaupun Arsyad tahu bakteria daripada enzim air liur basinya akan merebak ke pipi Arsyad.Sah! Esok gerenti tumbuh jerawat sebesar penumbuk kat pipi.
“Oh,Adib kat sini rupanya.Puas Kak Dira cari Adib”
“Eh,Nadira..”
“Acap belanja Adib ke? Biasanya Adib ni malu-malu dengan orang yang dia tak kenal.”
Malu? Wah,terkejutnya Arsyad!tapi, Arsyad malu nak suarakan rasa terkejut tu.
“Adib ada susahkan Acap tak?Maklumlah Adib ni nakal sikit.Dia lain daripada budak biasa.Adib kan..”
“Down syndrome? Alaa,Acap tak kisah la.Adib lagi istimewa daripada budak biasa.Dah la pandai berterima kasih.Nadira tahu tak,Adib cium pipi Acap tadi.”
Arsyad memotong kata-kata Nadira kerana Arsyad tak tahan melihat reaksi wajahnya yang berubah menjadi redup apabila menceritakan keadaan Adib.Wajah Nadira berubah menjadi lebih ceria apabila mendengar Arsyad memuji adiknya.Buat pengetahuan pembaca sekalian,ini la cara yang paling berhasil untuk mendapatkan perempuan idaman.Kita bukan sahaja perlu memuji perempuan tersebut malah wajib juga memuji ibu,bapa,adik,sepupu,atuk dan juga moyang dia.Kalau nak lebih berkesan,anda boleh la cuba memuji tukang kebun sekolah rendah perempuan yang anda suka.Insyaallah berkesan.Ok,selamat beramal!
“Acap kena balik dengan Nadira hari ni.Ummi banyak lagi urusan.Tapi,kita kena hantar Adib balik rumah dulu.”
“Ok,no hal la.Kalau kena hantar semua orang yang ada kat Bitara ni pergi Uganda pun Acap sanggup tunggu”
“Hehe..iya la tu.Acap malam ni kita pergi pantai ek.Kita celebrate kemenangan kita hari tu”
“ok.”
Wah,ringkasnya jawapan.Agak ringkas jawapan itu kalau nak dibandingkan dengan perasaan riang di hati Arsyad.Siapa sangka Nadira boleh menang besar malam tu.Arsyad sebagai insan yang membonceng C70 turut terkena tempias kebahagian yang Nadira alami.Hati Arsyad jadi bertambah gembira bila mengenangkan malam ini ‘kita’ akan bersama-sama bermadu asmara di bawah sinaran bulan yang menyimbahi Pantai Batu Buruk ‘kita’.Adoi, tiba-tiba Arsyad rasa nak medeklamasikan sajak puitis untuk ‘kita’.
Arsyad pejam mata rapat.Arsyad tekupkan telapak tangan kiri di dada.Arsyad tarik nafas panjang.Kemudian,Arsyad hembus perlahan.Arsyad tarik nafas panjang sekali lagi.Kali ini lagi panjang daripada sebelum ini.Arsyad hembus nafas itu dan biarkan ia berlalu pergi.Kali ini keluarnya bukan nafas semata-mata tapi turut ditemani lelehan hingus yang agak panjang ukurannya.Kalau Arsyad tak silap panjangnya mencecah 10cm.Tergopoh-gapah Arsyad mengelap dengan hujung baju juraian hingus yang tak putus-putus tu.Adoi, malunya bukan kepalang.
“Arcap? Erm,nak tisu tak?”
Alamak! Nadira nampak! Malunya.Tatkala itu rona wajah Arsyad berubah..Apa yang Arsyad pasti pipi Arsyad dah bertukar menjadi merah jambu macam pipi anak gadis yang baru dilamar oleh jejaka idaman.Sumpah,Arsyad tak pakai blusher! Nenek kata ini memang kecantikan semulajadi
Eh,eh..Kenapa pipi Arsyad tiba-tiba merona merah?”
Oh,lidah Arsyad menjadi kelu untuk bersuara.
Aku,Nadira dan Pantai Batu Buruk
Kesejukan angin pantai mula terasa hingga ke tulang.Arsyad membaluti tubuh Nadira dengan sweater yang Arsyad pakai.Nadira tersenyum manja.Wah! Begitu romantis sekali kami pada waktu itu.Kami begitu bahagia.Kalau pencegah maksiat lalu belakang kami pun gerenti kami tak akan sedar.Tapi, itu bukan perkara besar kerana pencegah maksiat pun akan terharu melihat kasih suci kami sehingga melupakan tanggungjawabnya sebagai pencegah maksiat.Kemungkinan besar penjegah maksiat tu juga akan beralih selera untuk menjadi pencegah aides ataupun malaria.Iya la, mencegah anak nyamuk daripada lahir lagi senang daripada mencegah anak orang daripada berdating
Kami hanya berdua di sana.Kehangatan cinta kami disaksikan oleh obor-obor yang berbulu,ayam daging obesiti,tiang lampu yang memakai skirt dan pelbagai makluk lagi yang masih gagal dikenal pasti spesiesnya.Arsyad merasa rimas kerana setiap gerak geri Arsyad menjadi pemerhatian mereka.Walaupun Arsyad sedia maklum hanya kami berdua yang layak menjadi manusia sejati di sini, tapi rasa malu masih menebal apabila dikelilingi mereka.Arsyad pun hairan.Walhal sebelum ini Arsyad tak pernah malu berdangdut persis Inul Gerudi di hadapan para binatang dan objek tersebut.Pernahkan anda malu mengorek hidung di hadapan ayam? Pernahkah muka anda merah akibat malu kerana terlepas kentut di tepi tiang lampu? Pernahkah ada berasa segan apabila obor-obor mencuri sijil SPM anda yang kalau buat bungkus nasi lemak pun belum tentu laku.Jawapannya pasti la tak malu.Oleh sebab itu la Arsyad perlu mengikis perasaan malu ni jauh-jauh,dan abaikan aja pandangan mereka.
“Acap,cantikkan unggun api ni?Kalau api ni marak membakar lagi cantik kan?”
Waktu tu Nadira tak berada di hadapan atau belakang Arsyad.Dia berada di sisi Arsyad.Lebih tepat lagi ketika tu dia lentok atas bahu Arsyad.
“Cantik,sama cantik macam Nadira.Bintang pun cantik juga.Bersinar macam Nadira.Pendek kata semua yang cantik macam Nadira”
Pada pandangan Arsyad tak ada apa yang menarik pada unggun api itu.Panas ada la!Bagi Arsyad tengok bintang lagi romantik daripada berpeluh dihangatkan bahang api
“Tapi,Nadira lagi suka tengok api membakar waktu malam berbanding bintang.”
“Kenapa? Bukan perempuan lagi suka tengok bintang ke?”
“Bintang tak membara.Nadira suka api.Suka sangat-sangat.Api membara dan panas macam Neraka”
Arsyad merenung wajah Nadira.Raut wajahnya serius.Ternyata kata-kata Nadira sebentar tadi bukannya gurauan.
“Kau orang berdua tak nak makan ke? Dah nak hangus ayam ni kami bakar.Jom la makan,”Kata si tiang lampu yang memakai skirt sambil menepis tangan ayam daging obesiti yang cuba membalun ayam buat kali ke-13
Alamak! Dah terbocor rahsia! Sebenarnya Arsyad bukan berdua aja dengan Nadira.Kami ditemani oleh geng-geng motor Nadira yang bentuk badan mereka saling tak tumpah seperti makhluk dan objek yang Arsyad perkenalkan sebentar tadi.Semua yang ada di sini seramai 10 orang sebenarnya.
Arsyad ingin meneruskan perbualan yang terbantut sebentar tadi.Tetapi kehadiran ‘tong gas’ secara tiba-tiba telah menimbulkan huru-hara sehingga merosakkan mood kami untuk bersembang.Arsyad menoleh ke belakang,Kelihatan semua makhluk termasuk ‘lidi yang memakai skinny jeans’ dan’ lembu bercontact lense’ menghampiri si tong gas.Arsyad menoleh pada Nadira.Nadira mengangkat kening sambil menjungkit bahu.Rasa ingin tahu mula meluap-luap.Arsyad menarik tangan Nadira dan membawanya menghampiri kelompok tersebut.
Sungguh Arsyad tak percaya apa yang Arsyad lihat sebentar tadi.Arsyad jijik melihat kerakusan dia orang.Mereka berebut-rebut untuk menonton video clip adengan panas tu.Arsyad rasa bertambah jelik bila menyaksikan si ‘tong gas’ berlagak sebagai juruagih dengan mengagihkan video clip ni kepada malaun-malaun secara Bluetooth.Hati Arysad bergelegak dan panas.Arsyad terus mengangkat kaki membawa diri jauh daripada dia orang kerana Arsyad rasa khuatir kalau Arsyad berada lama lagi di situ alamatnya penumbuk sulung Arsyad akan mengakibatkan 2gigi jongang si ‘tong gas’ terkorban.Nadira membontoti Arsyad walaupun dia kurang memahami reaksi spontan Arsyad.Kami kemudiannya kembali duduk menghadap unggun api.Kali ini tiada adengan lentok melentok atau timang-menimang.Badan kami kaku.Hanya mata kami tertumpu pada liuk-lintuk api.Oh, bosannya menghadap unggun api ni.Bukannya perut boleh kenyang pun kalau renung api ni lama-lama.Nasib baik la selera makan Arsyad telah tertutup selepas melihat video yang tak bermoral itu.Kalau tak,tentu Arsyad telan aja unggun api dan abu yang berada 1meter daripada mata Arsyad.
“Acap tak paham apa yang best sangat tengok video lucah macam tu.Apa yang dia orang dapat selain daripada keseronokan dikuasai nafsu?Kalau dah tak boleh kawal nafsu baik kahwin aja terus!Isyh,tengok video lucah sampai lupa nak jaga maruah”
Suara Arysad agak keras.Nada suara Arsyad bunyinya macam sedang marah.Tapi,sesuai la tu sebab Arsyad tengah marah dan bengang.
“Ala Acap, dia orang dah biasa tengok benda macam tu.Kalau tak tengok sekalipun, dia orang boleh buat secara life dengan teman wanita dia orang.Arsyad rasa mana lagi teruk, buat benda terkutuk tu atau hanya tonton perbuatan terkutuk tu?”
“Bagi Arsyad, dua-dua pun teruk.Dua-dua pun tak bermoral.Nadira, cinta tak perlukan seks.Kalau Arsyad sayang perempuan tu,Arsyad tak kan suruh dia buat benda tak elok.Wanita untuk dilindungi bukan untuk dijadikan pemuas nafsu.Lagipun,buat apa tengok kejadah lucah macam tu? Benda tu bukan boleh buat kita kenyang pun.Hidup berlandaskan nafsu tak kan bawa kita ke mana.Bagi Arsyad cinta dan seks perlu dipisahkan.”
“Tapi Arsyad, kalau macam tu baik tak payah buat seks lepas kahwin.Cina sejatikan tak perlukan seks”
“Habis tu macam mana nak ada zuriat? Kalau seks sebelum kahwin,zuriat pun jadi tak menentu, keluarga porak peranda sebab anak tak ada bapa.Bahan lucah ni la yang menaikkan nafsu remaja untuk memilih seks sebelum kahwin.Bahan lucah ini juga telah membuatkan wanita menjadi hamba seks.Sebab tu la Arsyad benci semua unsur-unsur lucah”
“Arsyad,macam mana pula kalau seks tu melahirkan perasaan cinta?”
Nadira nampaknya begitu berminat untuk meneruskan perbualan kami.Arsya tidak pasti samada Arsyad tersalah pandang ataupun tidak, tapi matanya kelihatan berkaca..
“Isyh,mustahil.Arsyad tak pernah dengar pun.Kalau seks menghancurkan cinta, Arsyad penah dengar la.Kerana cinta,perempuan sanggup korbankan badan.Bagi Arsyad perempuan yang merelakan diri menjadi mangsa seks adalah perempuan paling sardin dalam bumi ni”
Iya,hanya istilah ‘sardin’ paling sesuai digunakan untuk Arsyad tunjuk kemarahan Arsyad.Mungkin lepas ni Arsyad boleh cuba gunakan istilah ‘tuna chili berapi’ ataupun ‘kicap cap jalil’.
“Ok, macam mana kalau seorang perempuan tu dirogol berkali-kali oleh seorang lelaki..Lama-kelamaan perempuan tu jadi ketagih seks.Disebalik ketagihan tu terbit pula perasaan cinta pada lelaki tu.Hinakah perempuan tu kerana ketagih seks?Tak suci kah cinta yang lahir dalam hati perempuan tu?”
Air mata Nadira menitik.Arsyad kurang pasti maksud sebenar air mata itu.Apa yang Arsyad pasti sudah sampai masanya Arsyad menamatkan perbualan kami yang terlampau meleret dan bosan untuk dibaca.
“Yang tu Arsyad kurang pasti la Nadira.Er,Nadira.Jom makan,Arsyad lapar la.Arsyad takut nanti Arsyad tersalah anggap Nadira ni makanan sebab terlampau lapar.”
“Erm,kalau Nadira jadi makanan,Asyad nak suruh Nadira jadi makanan apa?”
“Jadi Adibah Noor!”
“Arsyad!Adibah Noor tu bukan makanan la.”
“Malik Noor?”
“Haha..Semua yang ada nama Noor bukan makanan”
“Noor masak lemak chili api?”
“Oh,yang itu nanti Nadira pertimbangkan samada dia boleh di makan begitu sahaja atau perlu di makan dengan nasi..Haha”
Arsyad tersenyum simpul mendengar ketawa Nadira.Jantung Arsyad rasa bagai nak sampai tarikh luput bila tengok mata Nadira berair.Arsyad cuba berlawak dengan Nadira.Tapi,lawak-lawak itu sendiri gagal buatkan Arsyad tenang.Arsyad keliru.Tak akan lah seks boleh timbulkan cinta.Gila!
SPM ku
Mesti kau orang tertanya-tanya bagaimana keputusan SPM Arsyad.Maaflah,Arsyad ni termasuk dalam jenis lelaki yang penyegan dan pemalu.Sebab itu la bila ada kawan Along datang Arsyad akan berlari masuk dalam bilik.Lepas tu, akan terperap la anak mama berjam-jam sehingga kawan Along itu pulang ke rumah.Wah, cerita ini kedengaran terlampau sadis untuk dipercayai
Buat makluman kau orang SPM Arsyad tak ada lah secemerlang orang lain.Arsyad tak dapat 21 A’s, ataupun 18A’s mahupun 12A’s.Lagi pun tak kan la Arsyad dapat 21 A’s sedangkan Arsyad hanya ambil 10 subjek sahaja.Namun, andaikata Arsyad tetap dapat 21 A’s kemungkinan besar cekgu dan pengetua Arsyad akan dihantar beramai-ramai ke wad sakit jiwa ataupun ICU kerana mengalami tekanan mental mengejut.Memandangkan Arsyad tak nak satu sekolah jadi gila kerana Arsyad, Arsyad berdoa pagi,petang,siang dan malam supaya Arsyad tak dapat 21 A’s.Tolonglah,Arsyad tak nak 21 A’s!
Hasrat Arsyad tercapai akhirnya.Arsyad berjaya tidak mendapat 21 A’s.Arsyad tak boleh la bagi tahu berapa A yang Arsyad dapat kerana ini rahsia sulit kerajaan.Cukuplah kalau Arsyad yakinkan pada kau orang, A yang Arsyad ada boleh tahan bilangannya .Ok,memandangkan keputusan Arsyad terlampau sulit untuk dibicarakan elok kiranya kita cakap pasal topik lain seperti, adakah gajah pergi slim world pagi ini ataupun berapa kalikah Malaysia berjaya mengalahkan Real Madrid dalam perlawanan main batu seremban dan lompat tali.
Oh,lupa pula nak bagitahu kau orang pasal keputusan peperiksaan Nadira.Keputusan SPM Nadira tak apa kalau dibocorkan kerana keputusan pepeperiksaan dia bukan rahsia negara,negeri ataupun kampung.Nadira dapat 5A dan 4B.Tak ada la cemerlang tapi agak boleh tahan kerana masa dia SPM,abang kesayangan dia meninggal.Kesian Nadira kan.Info tambahan untuk kau orang ialah,kami berdua ditawarkan belajar di matrikulasi Melaka.Arsyad rasa gembira sebab Arsyad boleh bersama dengan Nadira lagi.Arsyad dah tak sabar nak melanjutkan pelajaran di sana bersama dengan orang tersayang.Oh,bahagianya hidup Arsyad.
Eh,silau la.Arsyad melangkah ke tingkap untuk menarik langsir.Tiba-tiba mata Arsyad menangkap kemesraan bibik dengan Wak Karjo.Amboi bibik,dah pandai berasmaradana ya sekarang.Nampaknya percintaan bibik semakin mantap.Tak lama lagi boleh la Arsyad makan nasi minyak.
Arsyad memang dah lama merestui hubungan bibik dengan Wak Karjo walaupun hati Arsyad kurang sukakan perangai Wak Karjo.Wak Karjo tu macam kurang mesra alam aja.Arsyad tak pernah tengok dia senyum.Kadang-kadang Arsyad tengok wajah Wak Karjo ni agak seiras macam banduan baru lari daripada penjara.Sebab itu la Arsyad tak berani memulakan perbualan dengan dia.Walaupun Wak Karjo memakai topeng berwajah Taylor Swift,belum tentu Arsyad berani nak bertegur sapa dengan dia.
Tiba-tiba Arsyad dengan bunyi berkeriut.Bukan bunyi pintu dibuka tapi bunyi perut Arsyad yang lapar.Perut Arsyad kosong sebab dari semalam lagi tak makan.Kalau sumbat gajah bunting pun belum tentu perut Arsyad penuh.Kerana kelaparan yang menggigit usus kecil Arsyad,Arsyad pun bergegas turun ke tingkat bawah.Nah! Di sana ada sekujur tubuh sedang sibuk memenuhkan perut dan mulutnya.
“Along buat apa tu?”
Arsyad menegur Along sekadar untuk menunjukkan keramahan yang dibuat-buat.Isyh, nak buat apa beramah mesra dengan Along.Arsyad rela dikerat kuku 1000kali daripada mengikhlaskan keramahan itu.
“Oh, adikku Acap.Along tengah sibuk buat bodoh.Tak kan Acap tak nampak kot”
Oh,rupanya Alongku tengah sibuk membuat bodoh.Oh,tahukah Along betapa bodoh itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat tapi sesuatu yang terjadi secara natural.Hakikatnya,bodoh itu bukan boleh dibentuk kerana bodoh itu sifat semulajadi.Maka,tak perlulah Along bersusah payah memperbodoh diri cuba berbuat bodoh kerana ciri-ciri bodoh itu sudah lama melekat dengan penuh kebodohon dalam diri Along yang bodoh kerana tidak menyedari diri diperbodohkan oleh kebodohan diri sendiri kerana terlalu asyik mencuba sesuatu yang bodoh untuk berbuat bodoh.Erm,siapa yang berjaya memahami ayat ni tolong terangkan pada Arsyad sebentar lagi.Pening Arsyad baca.
Apa yang Arsyad faham,mesej yang cuba disampaikan daripada ayat itu, jangan suka bagi jawapan bodoh.Arsyad paling anti ayat ‘sedang buat bodoh’.Entah siapa la yang amat tidak genius sehingga mengakibatkan ayat bodoh itu digunakan di serata Malaysia.Seronok sangat ke buat bodoh? Adakah sesudah buat bodoh itu nikmatnya umpama makan aiskrim vanilla? Kalau selepas buat bodoh itu tiada apa –apa hasil melainkan menjadikan diri sendiri lagi bodoh dan hodoh baiklah diadakan majlis perpisahan kepada aktiviti membuat bodoh itu.Lagi faedah kalau kita gantikan ‘buat bodoh’ kepada “buat cerdik’.Setidak-tidaknya,dengan berbuat cerdik akan membawa kepada kesan yang cerdik juga.
“Em,Along tengah makan apa tu? Boleh Acap join?”
“Tengah korek hidung pakai sudip.Bukan tak nak ajak Acap join tapi sudip ada satu aja.Ni pun bukan main susah nak sumbat dalam hidung”
Along menjawab selamba sambil menyuap 1ekor ayam dalam mulutnya.Oh,Arsyad tersalah pandang.Rupanya Along sumbat 1ketul aja ayam.Geramnya Arsyad.Rasa macam nak pecah kepala cakap dengan orang yang berkemungkinan besar gagal Bahasa Melayu waktu SPM dulu.Buang masa aja layan Along ni.Baik Arsyad makan cepat-cepat sebelum semua semua lauk ditelan oleh si pelahap ni.
Setelah sekian lama mendiamkan diri Along tiba-tiba bersuara.
“Bibik mana?”
“Bibik ada kat sini..”
Arsyad mengangkat lubang hidung sebelah kiri.
“Oit,orang tanya betul-betul dia jawab main-main pula”
Along melenting.Hah,padan muka! Tadi Arsyad tanya betul-betul dia jawab main-main.Arsyad tersenyum meleret tanda berpuas hati dapat mengenakan Along.Muka Along masam mencuka.Arsyad tahu Along marah.Tapi,Arsyad tak kisah.Lagipun berjaya membuat Along sakit hati merupakan nikmat paling hebat dalam dunia.Along mengacah penumbuk.Arsyad langsung tak takut pada penumbuknya yang lebih menyerupai ‘tepuk amai-amai’ berbanding penumbuk sejati seorang power rangers.Kalau adapun perasaan takut itu besarnya tidak melebihi penutup botol mineral.
“Ala,bibik tengah lepak dengan Wak Karjo la”
“Wak Karjo?
Along menoleh ke kiri dan kanan.Sesudah itu dia membisikkan sesuatu yang Arsyad tak pernah jangka dalam hidup.Memandangkan, teknologi di Malaysia belum lagi mencapai tahap infiniti, tak dapat la Arsyad rakamkan bau mulut Along yang bila bau baru tahu tahap longkangnya.Dengan menggunakan teknologi yang ada, Arsyad hanya mampu merakam separuh sahaja isi kandungan percakapan Along.
Dengan suara gergasi,biarpun hakikatnya ketika itu Along hanya berbisik manja, Along memberitahu Arsyad yang Wak Karjo itu sebenarnya lain daripada yang lain.Dia ada mengamalkan ilmu hitam untuk kepentingan diri sendiri.Setiap malam Jumaat, Wak Karjo akan mencari remaja lelaki yang berkulit kuning langsat,bertahit lalat di leher kanan dan bermuka iras-iras Lady Gaga versi lelaki untuk diliwat.Kemudian,Wak Karjo akan melakukan pemujaan dengan menyembelih ayam jantan dan melumurkan darah pada wajah mangsa liwatnya.Kemudian, mentera akan dibaca untuk mengelakkan si mangsa mengingati apa yang terjadi.Arsyad tanya Along, bagaimanakah cara untuk membuatkan mentera yang dibacanya tidak berhasil.Along cakap caranya mudah aja.Tukarkan sahaja ayam jantan tu dengan ayam bapuk ataupun ‘mak ayam’.Oh,agak kurang cerdik jawapan Along.
Arsyad menggigil ketakutan.Selepas penat menggigil,Arsyad meraba wajah Arsyad.Arsyad tahu warna kulit Arsyad kuning langsat.Arsyad amat pasti warnanya masih lagi kuning hingga sekarang.
No comments:
Post a Comment